15 January 2009

Potty Training & Spender Ultraman


“kau bolehla..kau ada maid”

Saya senyap. Masih berkira-kira jawapan yang bersesuaian apabila kawan saya katakan ini. Berkira-kira sebab a) tak mahu dia terasa hati dan b) memberi jawapan yang lebih kepada penyelesaian.

“maid aku takleh harap la”

Terukkan jawapan ni. Salah kan orang lain pula. Walaumacam manapun memang saya rasa patut menjaga hati dia sebab saya tak nak dia dah tak mahu sembang dengan saya dek sebab nak menangkan maid saya pula :) ( Dia memang tak menang pun, sebab kalau harapkan dia..alamat sampai sekarangla saya dok perhabis beli itu Hug*gies ) Tapi jawapan ini masih tak membantu kawan saya itu. Kesian dia.

“kalau aku takde, dia pakaikan juga diaper tu”

Ini memang betul masa awal-awal dulu sebab saya tahu dia tak larat nak mengemop dan membasuh carpet. Kesian juga. Tapi saya berkeras kerana ongkosnya saya yang tanggung tiap-tiap bulan. Dan jawapan ini juga masih tidak membantu kawan saya itu. Kesian dia lagi dan 2 kali teruknya saya.

Ini apa yang saya buat.

1. Minta jasa baik orang sekeliling.

Saya ambil keputusan untuk tidak pakaikan Balqis dispo diaper masa umur dia 2 tahun 6 bulan. Makanya saya telah bagitau semua orang yang Balqis tidak akan memakai dispo diaper lagi. Minta tolong setiap orang peka dengan permintaan ke tandas oleh Cik Balqis atau tanya dia sejam sekali samada nak ke tandas atau tidak.

Ini termasuklah minta jasa baik pengasuh yang jaga anak kita hari-hari. Saya takde pengalaman yang ini tapi saya rasa kita boleh cuba untuk berbincang dengan baik. Saya tahu banyak orang banyak ragam. Bukan semua orang sanggup melayan karenah anak kita seorang ( kalau jaga ramai ).

Siapa ada pengalaman? Boleh bantu kawan saya yang ini sebab dia menghantar anak dia ke rumah pengasuh. Katanya, mula-mula anak dia ok dah boleh pakai spender saje tapi bila lepas pegi rumah pengasuh, langsung dah tak nak pakai. Hadoh..dia yang nak senang tapi kita yang keluar duit. Tak boleh ke, kau yang nak senang, kau la keluar duit..

Cakap senang...pergi la sound makcik tu skali..hahaha..Ada berani?

2. Terus terang saje dengan Cik Balqis

“Balqis dah big. Shame la pakai pampers. Macam mana nak pergi school?”

“Shame kan mama?”

“ya..shame sebab Balqis dah big. Adik Hazzim memang kena pakai sebab adik Hazzim small lagi”

“adik Hazzim smoi (small) ye mama”

“ye..small”

Tiga minggu jugaklah skrip yang sama saya terpaksa mengulang. Kalau dapat kat Tuan Director Ahmad Nisfu…habis..


3. Ambil peluang masa cuti.

Masa cuti, saya ambil peluang sesunguh-sungguhnya walaupun saya nak keluar beli barang. Pernah sekali terlajak kat dalam Parkson sebab sebuk sangat tengok mainan. Nasib baik la ada cleaner dekat-dekat situ. Selalunya saya tak akan pergi jauh sebab takut jugak terbabas kat tempat yang bukan-bukan.

Kalau tak dapat nak cuti, cuba weekend dulu TAPI mesti buat. Tiada kompromi. Lama-lama mesti dia rasa tak selesa dan nak ke tandas juga. Saya
hanya akan pakaikan diaper bila Balqis SUDAH tidur atau dia memang sudah di atas katil untuk tido dan saya akan cakap;

“kalau Balqis nak pee, cakapnya..bangun tau” ----> walaupun saya tahu dia tak kan bangun.

Pendapat saya satu saje : mind setting is very important.


Akhirnya saya cakap pada kawan saya itu;

“kau tak nak try training pants ke?” ----> walaupun saya tak tau apa pekdahnya sebab saya tak guna ;p

“ah..tak nak la..aku beli je spender ultraman banyak-banyak, mana tau dia suka nak pakai spender pulak ke”


haha OK, I rest my case.

Abun : Aku heran gak..Geng Sang Kelembai semua takut dengan kau tapi Nabil selamba je. Memang hero sejati la :)

2 comments:

Anonymous said...

kui kui kui..pedih..pedih..mmg pedih betui nak train anak diaperless ni...
tp, sy juga guna tektik spender ultraman..mmg berjaya...sbb dia excited tgk ultraman dok kat pungkuk dia..cantik gamaknyer...or sbb mmg dia sememangnyer peminat tegar ittew otomen ;p

tp...kejayaan sy hanya sementara....setelah dia bosan dgn otoman..dan sy juga tak cukup berkeras dgn dia..huhuhu..i know it's my fault..now...tgh usaha lagik ni....

Mrs Azarol said...

hehe mmg berkesan tau spender ultraman ni...x nampak pulak superman ker batman ker..

 

Template by Best Web Hosting