09 January 2009

Jalan-Jalan Cari Makan Di Kuala Selangor

Acara jalan-jalan cari makan yang ini dah lama sebenarnya. In November 2008, I think. Baru hari ni terhegeh-hegeh rajin sikit nak upload gambar. Acara makan-makan yang ini adalah sempena birthday pn zawiyah pada 3hb November lepas. Disebabkan acara hari itu tidak mahu hanya tertumpu kepada makanan sahaja, jadi kami telah berjalan-jalan sekitar Kuala Selangor. Dato' Panglima telah mengambil peluang membuat rondaan sekitar pekan Batang Berjuntai di mana dato' panglima menghabiskan masa bujang di sini dan juga melihat rumah pertama disewa selepas berkahwin dengan pn zawiyah. Ruginya saya tak snap gambar rumah itu sebab saya pun sempat duduk di sini untuk beberapa tahun.

Saya ada hati juga untuk berjalan-jalan di Kampung Kuantan yang sangat glamer dengan kelip-kelip di malam hari. Satu bot, maksimum 4 orang sahaja dan dikenakan rm10 seorang. Hanya beroperasi di malam hari. ye laa..mana la nak berkelipnya kalau hari siang. Saya memang bijaksana kerana melawat tapak kawasan di siang hari. Konon-konon nak tengok dulu apa rupa jetinya sebelum naik bot malam nanti. Oleh itu, lupakan sahaja ya sebab macam ngeri ok kalau bawak budak kecik. Sungai sangat lebar dan dalam...waaa..mak memang suka bayang yang bukan-bukan ok.

Jadi, selepas itu adalah acara menaiki Bukit Melawati. Kalau 10tahun yang lepas, kami naik ke atas bukit naik kereta saje. Sekarang, dah tak boleh. Harus park di bawah dan naik trem. Mana nak cari naik trem murah rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak dan laju macam naik roller-coaster? haa..meh la datang sini. Laju tak hengat...

Sampai atas bukit..anda nampaklah muara sungai dan teruuusss ke laut. Rumah Api dan juga Kota Lama. Dalam Kota Lama ini ada beberapa meriam yang dibungkus kain kuning dan juga beberapa batu tempat pancung kepala orang..hohoho.. Saya tak masuk Kota ini sebab terlalu jakun sebuk melihat monyet terlalu banyak. Bila baru-baru ni, saya bagitau Mr.Bi yang dalam tu ada meriam bagai...Mr.Bi sangat frust okeyyy. Mana saya tau dia nak tengok..

Selepas solat Asar di pekan, kami semua meneruskan acara ke Jeram. Acara paling best : makan-makan. Hari tu kami makan : 1. Ketam masak cili 2. Udang Butter 3. Tom Yam Campur 4. Lala Tumis 5. Kerang Bakar 6. Ikan Siakap Steam 7. Kailan Goreng 8. Air Epal satu jug. Memang seeddaapp. Malam tu saya telah berhabis rm200 untuk pn zawiyah dan kami semua. Sangat puas hati. Sekali-sekala untuk ibu terchenta..

Saya seperti biasa tidak membawa Hazzim. Sori Hazzim..ayah suruh Hazzim duduk rumah saje. Alasan ayah : Hazzim kecil lagi. Ayah tak larat dokong tak sampai hati tengok Hazzim berpanas-panas. :)

Tengok rambut Balqis...baru bangun tidur daaa. Ini dekat jeti Kampung Kuantan. Tengok sungai tu..deras woo..banyak seram meh..

Ini bot yang digunakan untuk membawa pelancong untuk tengok kelip-kelip. Macam gitu je kan??




Bersedia untuk naik roller coaster trem :)

Rumah Api atas Bukit Melawati..masih digunakan.






see..see jakun banyak tak??


Acara makan-makan




Ini Cik Balqis memang sangat la sebuknya..

2 comments:

::Umi Sufira:: said...

Tang tengok makanan penuh semeja tuh yang terliur tuh! kekeke...macam sedap je!

Mrs Azarol said...

memang sedap..
orang kata kat sini murah sikit dan sedap banyak kalau pegi makan kat kelang..tak tahula.

 

Template by Best Web Hosting