14 July 2009

Jepun oh Jepun

Semalam saya meeting dengan orang-orang jepun.
Empat orang ahli mesyuarat adalah terbang terus dari jepun, jadinya presentation segala adalah dalam bahasa jepun.

Yaa…saya telah gagal dan berasa confuse apa peranan saya disitu
dan benci kerana kelihatan seperti orang b*d*h

Harapkan presentation slide je in English.
Kalau tidak, ohhh sepatah haram mak tak paham.
weng satu hari.

Yang saya tahu tiga jam jugaklah saya mendengar
‘bla..bla..ano…bla..bla anooo..bla..bla..bla ano’.

Ano jelah memanjang.
tak pun ‘hait…hait..ali san..hait..khairul san’

Muahahaha

Ali san itu bos besar saya.
Khairul san itu is the chairman of the said meeting.

Apa lah yang saya nak kerepekkan dalam report saya kepada ali san itu.
hadoi..pening!!




psstt : bos, nak pergi kursus belajar bahasa jepun boleh? *berangan

10 July 2009

Orang Lambat Selalu Rugi

Hari ini lambat masuk kerja.

Alang-alang sudang lambat, mari kita melenggang-kangkung membeli kuih.

ok. mari kita cek duit dulu.
*
*
*
*
ok, tunggu jap...
*
*
*
*

jap..jap..
*
*
*
*

isk...mana purse ni?



'nape kak, apa tinggal?



'halamak dik purse akak tinggal laa'
( muka haku dah merah macam kuih lapis itu.. mencik!!!)


Nasib baik saya tak membungkus kuih itu siap-siap dengan perasaan konfiden dan lahapnya kalau mak dah bungkus, adakah?????
ohhh..mak tak sanggup membayangkannya weh!!!
*
*
pssst : mekasih la u, pinjam duit pi makan kfc ;p *mode : tak sedar diri

09 July 2009

seperti yang dijanjikan semalam

... saya akan bagitau jawapan ..cewah!!.. berkenaan samada kedai manhattan.fish.market sudah dapat sijil halal atau tidak.
ok. mari lihat satu-satu.

owh, saya baru bercakap dengan cik syarifah dari HDC untuk kepastian. Silap bagi info nanti mak susah okk :) kalau pening, buleh call 1-800-880-555 untuk keterangan lanjut :)
*****

LOGO

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi;

  1. bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;

  2. perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang

  3. diikuti tulisan rumi “HALAL”;

  4. bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;

  5. dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataanArab tersebut.

Walaubagaimanapun, HDC benarkan syarikat mencetak warna logo mengikut kesesuaian pembungkusan produk masing-masing selagi mana tidak mengubah spesifikasi logo asal yang dikeluarkan.

ok, senangnya macam ni, kalau logo halal tu ada tulis HALAL MALAYSIA, jadinya logo ini adalah dari HDC sendiri.

PENTING : syarikat masih boleh mintak sijil halal dengan kerajaan negeri, contohnya dari JAIS untuk mereka yang buka bisnes dalam selangor.

Logo diorang ada beza sikit iaitu takde perkataan MALAYSIA sebab sijil hanya sah untuk negeri selangor saje ( kalau apply daripada JAIS ). Sijil daripada HDC sah dan laku untuk satu Malaysia. Logo dari negeri masing-masing ni pun akan ada kod tersendiri dekat logo tu bermula dengan huruf H dan diikuti kod-kod negeri masing-masing.

Isu bentuk logo dari negeri, saya tak sure pula. Ingat tak colgate keluar logo halal bentuk tiga segi? macam mana tu? ( saya harus cek dengan negeri pulak ke? ye, nanti saya cek lah )

ok. panjang lebar pasal logo.

Dalam kes ni, MFM di Sogo ( saya tidak tahu di tempat lain ;p ) memang tiada logo/sijil halal.


*******

apa itu halal.

mesti orang tanya.. 'aik ikan ada haram ker?


Halal yang dimaksudkan adalah ( takrifan daripada HDC/JAKIM )
  1. bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; <-------- ikan / udang ....


  2. tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak; <-------- bahan masakan / awet ?


  3. tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; <------- tidak disahkan oleh HDC/JAKIM/Negeri


  4. tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. <-------- bahan masakan/awet?

********

REKOD

ya, pn. syarifah daripada HDC telah sahkan bahawa MFM tiada di dalam rekod HDC/JAKIM. Tapi beliau cadangkan agar semak dengan negeri. Isunya, kalau ada kelulusan daripada negeri, mana logonya?


mari lihat apa ada dalam rekod.


Tiada.


sekiranya ada, pasti dalam senarai NO. 758.


Alang-alang tengah cek, mari kita lihat McD dan KFC ( sila lihat daripada 609 hingga 612 ).


Satu perkara lagi, siji halal ke atas produk dan kedai adalah berbeza ye. sebab itu setiap premis kedai makanan contohnya restoren McD perlu mohon sijil halal bagi setiap restoren masing-masing ( termasuk juga sijil ke atas produk ). Bukannya satu sijil McD cover sume kedai McD di seluruh Malaysia. INI CONTOH. Jadi, sila hati-hati juga bagi restoren berkonsep francais.


kalau melibatkan produk, sijil halal perlu dipohon bagi setiap satu ke atas produk pengeluaran.


Contoh produk -----> kicap masin cap tamim. memang tiada premis restoren semata menghidang kicap. Maksudnya tak perlu sijil halal untuk kedai/restoren.

*****

Sebarang aduan/pertanyaan berkenaan dengan isu seperti ini atau kemusykilan kita sebagai pengguna islam ke atas produk halal / haram, buleh juga dirujuk kepada Bilik Gerakan, Bahagian Penguatkuasaan, KPDN di talian 8882 6088.


saya sudah telepon, tidak berangkat.

**********

ok. selesai kerja saya ( hoih..penat betul keje hari ni ;p )

apa kata anda pula?


08 July 2009

Halalkah Kedai Ikan itu?

ye saya tahu, belog saya memang agak sendu akhir-akhir ni. pernah tak berupdate selama sebulan lebih. sekarang pe'el itu datang balik. padahalkan hari-hari sampaikan tengah mandi pun buleh cakap sorang-sorang konon dalam kepala terbayang semua apa haku nak tulis dalam belog nanti muahahaha tapi duduk depan komputer mati kutu!!

ok. saya sebenarnya tengah buat research research??? citt!!! bukan....sebok google dalam JAKIM dan HDC saja. dapat sms dua hari lepas kata kedai ikan yang ini tak halal.


belum habis puas hati lagi walaupun macam dah dapat jawapan. esoklah update jawapan :P see..haku memang tengah malas didoakan agar rajin selalu, semoga bos sayang ( tetiba?? )

 

Template by Best Web Hosting