29 December 2011

Wordless Thursday

Sukahati je nak letak hari Khamis padahal tak tau nak bebel apa.


Ok nak pi klinik bukak jahit...bai.

28 December 2011

Ikan Haruan & Jeli Gamat

Pagi ni bangun rasa kuat sikit, takdelah nak kena pegang perut teruk sangat. By tomorrow harap2 boleh jalan kuat sikit lagi sebab nak pi bukak jahit. Segan pulak rasa kalau jalan macam siput.


*Percaya ke tak ai tak pernah ambik segala bana jamu untuk orang lepas bersalin. Entah tak tahulah kenapanya tak nak makan. Maybe sebab satu semuanya 4 orang ceasarean jadi takut jamu panas dan tak sesuai dengan badan end up luka dalam perut lambat baik. Dua, sebabnya adalah ai exclusively breasfeeding jadi takut jugak jamu akan effect susu badan lalu susu akan berkurangan. . eceh. Makanya, tak pernahlah berasa sedap ke idok jamu nyonya mener ke hapa.


Tapi ada dua benda ai tak tinggal makan, satu kalau ada rezeki lebih sikit sepanjang bulan pertama akan makan ikan haruan hidup eh idokler makan hidup-hidup kak jah tapi masak ikan haruan yang dapat hidup-hidup bukan yang dah mati telentang.


*Ada orang tak lalu makan ikan sungai ni dan sanggup telan pil/pati ikan haruan. Entoh ler bila makan ikan haruan fresh ni rasa original kekdahnya hahahaha


*ok ok tak kelakar


*Makan ikan haruan fresh rasa cepat proses healing. Tapi kauuu. . seksa sikit nak mencari melainkan kamceng dengan kaki pancing. Pasar Rawang sini jual ikut kilo, tak tanyalah pulak en.somi sekilo berapa tapi dua ekor jatuh rm50 henggeett kak jah! Mahai NM weh! Itu pasai mak cakap kalau ada rezeki sepanjang bulan pertama dapat makan ikan haruan fresh. Kalau takde geng kaki pancing maknanya lebih kurang 2 minggu jelah dapat makan haruan fresh.


*Tip masak ikan haruan - jangan buang lendir ikan. Lendir ikan tulah yang buat ubat. Semalam cakap kat mak 'teringat pulak makan kari kepala ikan part bijik mata'. Bezanya satu masak sup satu masak kari. ahhh marvelous betul bau kari ikan mamak tu, melekat ke tangan sampai 2 hari!


*No. dua yang tak pernah tinggal tiap2 hari dua kali sehari adalah jeli gamat. Ini memang senang cari, boleh cari kat mana-mana kedai jamu. Sebotol dalam rm50. Setakat ni tengok brand dari Luxor yang paling likat/pekat which is good for me.



Jeli gamat ni ai makan everyday for 2 months or more


*Buah oren pun ok jugak for healing proses. Luka cepat baik tapi jarang pulak makan sebab takde orang yang rajin nak pi beli. Rasanya itu jelah kot yang dok pulun selama ni. Harap-harap badan sihat sampai ketua.


Oh ye. . Update on my varicose vein - as what the doc said, sakit masa berjalan dah hilang tapi masih rasa macam ngilu-ngilu sikit kalau kaki tersilap pusing. Maybe baru lagi so ai buat tak tahu jelah. Mak bagi petua or pantang - tak boleh makan sayur-sayur yang tumbuh menjalar macam kacang panjang, petola, labu etc. So, kena beringat lah lepas ni kalau tak nak kaki buruks kan. . . haih kak jah memanglah kaki tu tak secantik cameron diaz tapi naklah jugak berselera kalau laki tu tengok. eh.


*Okeh. . . habis jugak post mak bidan hari ni :-P Multitasking ok sekejap dok berblog sekejap yang besar nak menyusu lepas tu yang kecik pulak, tandem nursing ler kononnya lepas tu badan maknya yang sakit-sakit o_O


*daaa. . .

27 December 2011

Officially, a mother of 4!

Kalau ada orang tanya 'macam mana ceasarean kali ni?'


'sakit giler derr'


Hari ni masuk hari ke-6 berpantang tapi masih jalan tak boleh tegak lagi. Perut kena berpegang lagi kalau nak berjalan kalau tak, rasa tak boleh jalan. Sakit benor rasanya. Kalau boleh baring memang nak baring saja tapi kang darah tak jalan betul lagi lambat nak baik.. adeh.





Malam Khamis minggu lepas memang dah rasa sakit nak bersalin. Contraction setiap 10 minit tapi degil jugak menahan sakit dan air mata daripada pergi klinik malam-malam buta. Janji untuk ceasarean esok paginya jam 11 jadi malas nak bergesa-gesa.


Jam 5 pagi dah tak boleh tidor, nak bangun dari katil dah berat sangat. Mandi jugaklah pagi tu sikit2 daripada bau masam masuk bilik OT eh sikit apa, siap syampoo rambut lagi sebab pikir lepas beranak nanti mau tak dapat syampoo rambut seminggu lebih. Tak kuasalah aku mana nak basuh rambut lagi mana nak jaga luka jangan basah lagi. Jangan cari penyakit woh!


Siap2 pagi tu lebih kurang jam 8 pagi baru pergi klinik. entah apa la mak meroyan pagi tu tak boleh tengok muka si keciky Delisya. Nak keluar air mata malu ah dah tua2 nak anak 4 tetiba syahdu syahdan pulak. . . ah takde de, masuk je kereta terus drama air mata ler.


Ceasarean kali ni memang lain sangat2 dari yang lepas plus buat BTL, lagilah terseksa jiwa raga. Kalau dulu sakit hilang bius 3/4 jam lepas keluar bilik OT. Kali ni once kau keluar je dah terasa bisa. Itu takpe lagi kali ni badan jadi seeejukk ya amat. Tak terkata lah aku nak kata sejuk dia. Badan menggigil toksah cerita la. Nurse kata kesan dari ubat bius. Ya Tuhan memang sampai sekarang aku tak boleh lupa sejuk dia. Dahsat woh!


Macam biasa pagi hari pertama lepas ceasar, tak boleh bangun lagi. Petangnya baru berusaha jugak bangun dari katil dengan juraian air mata - eh apakehei banyak drama air mata pulak kali ni. Jangan bayang la sakit kali ni macam mana. Siapa yang decide untuk go 4th ceasarean, silalah bertabah! Kalau aku tau sakitnya macam ni, sumpah aku tak tanya kat doktor hari tu 'memang takde chance untuk no.5 la doctor?'


Hari Ahad lepas baru discharge dan berpantang di rumah mak di bilik yang nak buat renovation itu. Hari khamis ni kontraktor baru start buat keje renovation. . . haiyooo macam-macam!


Ok, jumpa esok ( nak sambung tidor :-P ) . . . daaaa

posted from Bloggeroid

15 December 2011

37 Minggu : Oh Oh Tinggal 7 Hari Lagi!

Hari ini hari Khamis bukan? Wallah weh. . . Ingatkan lama lagi rupanya Khamis depan dah masuk OT. Ini memang mengagumkan hahaha entah apa yang kagum aku pun tak tahu. Patutlah semalam bila hantar surat cuti segala kat ofis ada yang pelik2 sebab saat macam ni pun sanggup datang ofis. Kalau bukan nak uruskan segala hal cuti 2011 dan hanya akan masuk kerja bulan 4 tahun depan aish takde maknanya mak kena pi ofis kak jah!


Penangan daripada banyak sangat berjalan semalam, malam tadi menitik-nitik air mata aku menahan sakit urat & contraction. . aiseh syahdu betul jadi mak nih. Nasib malam tadi si Delisya tak bangun mintak susu (breast feed) kalau tidak satu hal pulak.Hari Khamis depan maknanya tinggal lagi 7 hari. Rasa macam ada banyak benda lagi tak setel. Ada 3-4 barang tak beli lagi, bilik (rumah mak) yang nak duduk masa pantang tak siap lagi (konon2 nak repair sikit bilik air & cat bilik ) even tak nampak lagi batang hidung kontraktornya dan yang paling tak best adalah adik-bongsu-sangat-manja nak pi merisik!


Dah nak bersalin pun suka nak kepoh adik nak bertunang kannn. . . iyelah pun itu jelah adik aku sorang yang sibuk sangat nak kahwin. Apa nak buat pun, semua nak tanya aku. Mak aku pun ada ke nak pi merisik ni nak hantar cincin bogel macam tu je, takdelah nak buat bekas cantik2 ke apa. Kalau iye pun bakal besan dah pesan tak nak apa-apa, tak nak menyusahkan tapi tak patut la aku rasa. Sudahlah awak tu memang tak nak ada Majlis Bertunang. Aku cakap belilah bekas elok sikit, kek seketul & satu bakul bunga lily letak buah2. Sudahnya sebab banyak sangat mulutnya, akulah yang jadi orang harapan pengantin. ceh, memang tiada belas kasihan di situ.


Plan-nya weekend ni nak pi Semua House - kagum lagi dengan diri sendiri hahaha lepas tu kau nangis la sorang2 atas katil tahan sakit kan. Tak buat, kesian pulak. Susah betoi bila jadi macam ni. Kau Dik, macam takde hari lain nak pi merisik, letih ahkak!


Baik, lepas tengok to-do-list (before masuk OT), yang rasa lojik untuk disiapkan adalah habiskan beli barang baby dan maybe pi Semua House. Repair bilik memang mustahil la aku rasa. Harap2 semuanya dapat setel satu2 walaupun aku rasa nak pi beli barang pun memang bercinta habis.


daaa

posted from Bloggeroid

14 December 2011

Mahal Tak Semestinya Sedap.

Dinner buffet at Istana Hotel Kuala Lumpur?


Hmm. . Hmm. . Hmm food dia biasa je kot. Sekali round, eh apa nak ambik ni ek. Dua kali round, alamak memang tak tahu nak ambik apa. Bukan sebab makanan semua nampak sedap jadi tak tahu nak makan apa dulu tapi semua food nampak biasa je lah kak non.


Siapa peminat kambing golek, mintak maap ye, Istana Hotel memang tak buat kambing golek. Agak keciwa di situ tapi nasib baik ada satu lauk kambing, memang sedap.


Dessert tak banyak and rasanya so-so je, takde yang meruntun jiwa kalau tengok. Rasanya aku ambik sekali je - cream puff yang tidak berasa & something like cream with coco pun tak ngam juga.


Ohh air yang boleh di refill hanya air di atas meja sahaja which is air sejuk. Kalau nak air manis atau panas kena order lain and of course it separated bill, tak masuk dalam buffet. Rugi bukan. Manggo juice memang meletop tapi lebih meletop kalau mak boleh ulang minum sampai kembong ekekeke


Servis macam biasalah kau tak boleh nak ngelat kalau dah dine in dalam hotel 5 star tapikan my personal view untuk ulang lagi di Istana Hotel macam taklah kot melainkan ada orang nak belanja makan free =p





Sampai awal - tunggu sekejap staff datang.




Antara seafood bakar2 - udang sedap tapi pedas.




Excited!




Tak payah la happy sangat bos, perut kena jaga jugak hehehe



Banyak benor aku komplen kannn. . Takdelah, sajalah nak bagi review pada siapa yang teringin nak makan sini. Apa pun, alhamdulillah bos dapat belanja makan sedap tahun ni. Ada la kemajuan perut eh hahaha ada la kemajuan compared to last year annual dinner buat kat Aroma Ikan Bakar, Jeram.



Daaaa



P/s : dua hari kiok atas katil, rasa hidup tak lengkap tak berblog kak jah! ececeh

posted from Bloggeroid

09 December 2011

Semangat Blogging Kak Jah!

Sepatutnya blogpost cerita makan char kue teow tu di publish tarikh hari ini tapi entahlah sebab nak try jugak application baru dia jadi caca merba.



Setakat ni ada 3 application yang diupload untuk blogging purposes. The new one is Blog It. Baru sekali guna untuk post char kue teow. Agak best jugak sebab agak similar dengan windows writer. Boleh masukkan banyak gambar dan boleh preview post lagi. Senang nak masukkan label tapi katakan nak save as a draft dulu nanti masa nak publish dia akan ikut tarikh masa save. aiseh tak tahu nak adjust kat mana. Sebenornya malas nak godek2.



Application yang digunakan sekarang adalah Bloggeroid. Ok jugak, boleh masukkan banyak gambar tapi simple sangat compared to Blog It. Nak masukkan label pun kena ingat dan type sendiri apa label yang dah sedia ada. Boleh save post dalam blog or tablet dan tarikh publish adalah tarikh we click publish button.



Paling hampeh adalah application Blogger-droid. Sudahlah boleh masukkan satu gambor je dan apa pun tarak. Memang basic gila untuk blogging.



Siapa ada jumpa application best sikit untuk samsung galaxy, habaq mai no. Al maklum ler, sejak naik taraf jadi housewife ni asyik mengadap benda alah ni je lah. Rasa sia2 pulak kehidupan kalau tak dimanfaatkan secara maksimum. eceh.



daaa

posted from Bloggeroid

08 December 2011

Jalan-Jalan Cari Makan > Bagi Gemuk Lagi!

Kalau dah takde kerje, inilah namanya. Konon-konon teringin nak makan street food kekdahnya, itu yang sanggup keluar rumah jam 10 malam pi redah ke area belakang Setapak sana ( depan kolej TAR ) cari char kue teow paling vogeh abad ini! Aku bab-bab makan kat gerai tepi jalan ni kalau sedap no hal punya. Asal sedap balun jugak. Macam ada orang bagi review kat Pulau Pangkor susah cari makan or makanan tak sedap. Aku ada blog pasal benda ni dalam post pi Pangkor tapi aku pi sana ok je food dia. Idokler tip top tapi idok ler sampai kebulur. Kalau nak hidup sedap pi lah duk Pangkor Island Resort kan, yang pi cari pasal kat Teluk Nipah memang la cari penyakit kecuali tekak kau boleh terima seadanya.
Tak clear gambar sebab snap using my nokia e71. Panjang sangat beratur dengan harapan lepas melantak nanti mak boleh bangun dari kerusi dengan jayanya. Nama gerai Mali's Corner dan en.somi claim sangat glamer masa zaman dia belajar di uia dulu dok melepak kat sini pekena char kue teow tengah malam. Setelah hampir 10 tahun, dia jumpa balik gerai ni, memang excited bukan. Macam jumpa awek lama. Menci ai! :-P
Jangan ditenung pinggan plastik merah yang tidak vogeh langsung itu, yang penting isi dalamnya kak jah! Percaya tak 40 minit ahkak tahan sengal pinggang untuk ini! Datang sini pun dalam 20 minit je, sabor jelah kan. Ini adalah kategori special, rasanya rm5 kot. Sedih bila en.somi kata masa belajar dulu mana nak dapat order special, rm5 tu rasa mahal sangat. Alahai ada segmen syahdu syahdan pulak kali ni. Baik, selepas menikmati char kue teow vavaboom malam tadi, malam ini sekali lagi ada sesi menggemokkan badan di Istana Hotel. wah! Ini memang betul-betul melantak nampaknya. Terima kasih lah kepada all bisnes partners in Rawang sebab consider keadaan diri mak kini lalu mempercepatkan sesi menggemokkan badan lebih awal ekekeke nanti mak lobi untuk bagi uolls bonus akhir tahun ok. ;-) Daaa

Varicose Vein is not a joke!

WARN : This is a very personal blogpost and a matured reader is highly needed here. I decided to write this as an 'alarm' to my three daughters insyaallah and to all pregger mommies who are interested what to expect an unexpected issues in your pregnancy journey. Thank you.


*


Sorry to say its very annoying when you are in a very painful situation and suddenly ada orang buat kesimpulan or assumption yang kau tak jaga pantang masa confinement days sebab tu jadi macam ni.


Dah tua-tua ni nasib baik drama queen dah kurang sikit jadi malas nak ambik pot apa orang nak kata. Akhirnya yang tanggung sakit diri sendiri jugak kan. Orang lain boleh tengok dan kata macam-macam. Jadi biarlah mereka!


Malam Selasa lepas aku surrended dari tahan sakit varicose vein (VV) ni plus premature contraction every 15 minutes sangatlah tidak selesa. Mengadap ikan siakap masak 3 rasa malam tu pun dah tak rasa apa2. Balik dari kerja terus singgah makan kat kedai bila rasa sakit macam tu terus decide lepas bayar pi DDMC straight away. Jadinya memang tak sempat jumpa anak-anak hari tu.


Aku tak expect kena warded malam tu sebab initially nak mintak ubat pil tahan contraction je tapi lepas buat CTG and urat pun dah swallon semacam, doc. tahan kat ward. Lagipun this time around kan cesarean yg ke 4 so, memang masing2 tak nak tanggung risiko lain yang bukan2.


Bila tengok VV makin besar & swallon, midwife nasihatkan jangan lagi pakai panty. Adoi la. Memang sakit pun tapi takdelah nak bagitau. Mind you, entah kenapa pregnancy kali ni Tuhan Maha Mengetahui aku memang beli maternity panties yang extra delicate konon2 jenis material dia. Walaupun besar tapi bukanlah yang jenis jahit tepi kasar2. Ini yang jenis renda tepinya pun dah besar seinci. Masa beli dulu takdelah terpikir benda lain melainkan konon2 nak pampered myself sikitlah sebab ini adalah last pregnancy. Lembut je pakai selesa no complaint.


Tapi itulah kan kita tak tahu rupa- rupanya bila teringin tu adalah ceritanya. Bila pakai panty macam ni, VV celah peha tu pun takdelah sakit sangat. Sampailah at one stage like me when i was in my 35 weeks, just imagine benda selembut macam tu pun bila kena urat adoi sakit tahu. Bila kat ofis mana nak rasa selesa sangat, takkan asyik nak tarik panty je depan orang. Nampak benor tak senonohnya. Nasib baik doc. paham benda2 macam ni and she said aku ni sebenornya dah tak payah pi keje. Alahai bestnya kalau dapat doc yang paham macam ni, tak payah nak terang lebih-lebih kan. She also mentioned yang aku ni kena lebih tahan sakit sebab normal kes urat keluar belakang peha, yang aku ni kena kat pangkal peha & vagina! Ohhh itu memang dah lama saya terseksa doc!





Balqis datang DDMC the next morning, buat teman satu hari kat sini. Biasalah, en.somi mana boleh tinggal keje. Malam tadi pun aku tidur sorang2 sebab katanya kesian kat anak2 dari pagi tadi keluar ofis tak jumpa lagi. Betul jugak tapi kesudahnya dia tidor sorang2 jugak kat rumah sebab budak2 dah tidor dengan maid kat rumah mak. ceh!


So, for one day at DDMC aku dapat 2 jab untuk matangkan paru-paru baby in case kena buat emergency cesarean, ubat tahan sakit ( Tramadol ), ubat kecutkan urat dan bil takde discount year end sale hohoho. En.somi datang jam 6, elok2 doc kata boleh discharge. Nasib la si anak dara sorang ni memang dari dulu jenis tahan melekat dengan mak dia walaupun tak buat apa2 pun. Kejap nanti buat latihan dalam exercise book dia, kejap kang melantak menghabiskan food yang ayahnya tapau, boring sangat tido sebelah mak dia. Takdelah kata merungut nak balik.


Today, i'm officially a housewife for almost 4 months! weee seronok jugak even masih kena tahan sakit VV until the cesareanp day - tahan sakit cesarean lain hal pulak o_O Kuat jugak rasanya ubat kecut urat tu sebab macam kurang jugak sakitnya.


Oklah, rasanya cukuplah hari ni dok membebel cerita sakit-sakit. Dah lama tak cerita progress buat rumah kan. Later later la kay.


Daaa

posted from Bloggeroid

07 December 2011

06 December 2011

Deep Vein Thrombosis (DVT) vs Varicose Vein (VV)

Baik, sekali lagi kita berjumpa di blog ilmiah sendu-sendu kak jah.. eh!!

 

Sajalah nak rekod segala kemaslahatan diri sendiri semasa preggy selagi ingat. Almaklumler lepas ni dah tak boleh preggy lagi huhuhu ( yang ni kita akan bincang dalam kelas ilmiah lain =p ) Sesiapa doktor yang tersesat baca blog ilmiah sendu ahkak ni yang rasa ada fakta-fakta mereng silalah tegur, biasalah ini semua dari bacaan layman ahkak dan nasihat2 dari O&G ahkak.

 

Sebelum disahkan aku ni memang betul2 kena VV, O&G yang biasa aku pergi tu dah membebel kenapa baru sekarang ( last week) nak bagitau dia yang aku sakit tak boleh jalan. Aku ni bukan apa, selagi boleh tahan sakit memang malas nak bagitau dia. Dah tak tahan sakit sangat la tu yang baru malu-malu nak bagitau. Malu bukan apa kak non.. asyik nak belek badan kita jerr kalau setakat betis takpelah jugak kann..

 

Manalah aku tahu ada kemungkinan penyakit lain… deep vein thrombosis (DVT) kekdahnya… Kalau aku kena DVT ni katanya kena masuk ward buat special treatment bagi darah beku yang bergumpal tu cair. aiseh.. leceh betul.

 

Masalahnya kat DDMC takde pulak alat scan yang nak confirmkan samada DVT atau VV. Satu hal pulak doktor refer aku ke Hospital Selayang untuk sahkan penyakit urat apa la yang aku kena ni. haih.. Sampai petang jugaklah aku kat hospital. Siap dapat katil, mihun goreng sebekas, buah betik & hot choc. nice….

 

Alhamdulillah lepas tunggu keputusan darah, confirmed bukan DVT - hanya VV. Lega tak lega balik rumah still kena tahan sakit sampai beranak. aiseh…

 

Deep vein thrombosis (DVT)

Picture of how red blood cells and platelets form a blood clot

 

Deep vein thrombosis (DVT) is a serious condition where blood clots develop, often in the deep veins of the legs (occasionally it can develop in the pelvis). It can be fatal if the clot travels from the legs to the lungs. Pregnant women are more likely to develop thrombosis than non-pregnant women of the same age. A clot can form at any stage of pregnancy and up to six weeks after the birth.

 

Other factors that put you at risk of thrombosis include:

  • having had thrombosis (a clot) before
  • being over 35
  • having thrombophilia (a condition that makes clots more likely)
  • being overweight
  • carrying twins or more
  • having just had a caesarean section
  • sitting still for long periods of time, including on flights of more than five hours
  • being a smoker (get support to stop smoking)

 

What are the symptoms of DVT?

The symptoms of DVT usually, but not always, occur in one leg only. Seek advice from your midwife or doctor immediately if you notice one or more of the following symptoms in your leg:

  • swelling
  • pain
  • warm skin
  • tenderness
  • redness, particularly at the back of the leg below the knee

During pregnancy it's common to experience swelling or discomfort in your legs, so this doesn't mean there's a serious problem. If you're worried, talk to your midwife or GP.

A pulmonary embolism (PE) is when a blood clot travels to the lungs. It can be fatal. Symptoms of PE include:

  • sudden difficulty in breathing
  • chest pain or tightness
  • in some cases, collapse

Once a DVT is diagnosed and treatment is started, the risk of developing a PE is very small.

 

Managing DVT in pregnancy

Injections with low molecular weight heparin are usually used to treat pregnant women with DVT. Low molecular weight heparin is an anticoagulant (meaning that it prevents the blood clot from getting bigger). It does not affect your developing baby. You can read general information about treating DVT in the Health A-Z section of this site.

Heparin prevents the clot getting bigger so that your body can dissolve it. The injections also reduce the risk of a pulmonary embolism and the risk of developing another clot in your leg.

Treatment usually lasts for the rest of your pregnancy and until at least six weeks after the birth. If necessary, it may continue for longer in order to complete a minimum of three months total treatment time.

Although medical treatment for DVT is essential, there are things you can do to help yourself, including:

  • staying as active as you can – your midwife or doctor can advise you on this
  • wearing a prescribed compression stocking to help the circulation in your leg

 

Travel

To reduce the risk of DVT while you're travelling:

  • drink plenty of water
  • don't drink alcohol, as it can lead to dehydration 
  • perform simple leg exercises, such as regularly flexing your ankles – most airlines provide information on suitable exercises to do during your flight
  • take occasional short walks when in-flight advice says that it's safe to do so
  • get off the plane during refuelling stopovers if possible, and walk about

sources

05 December 2011

Minggu 28 hingga 36 : Varicose Vein

Memang kagum betul pada preggy mom yang tak bernasib baik yang boleh tahan sakit daripada varicose vein yang keluar pada pangkal peha atau vagina.

 

Sakit sangat tahu sampai silap haribulan kalau terduduk lama sikit kena orang tolong angkat dari kerusi. Malu lagi satu hal sebab seronok-seronok melantak char kue teow tepi jalan tapi bila nak balik en.somi kena angkat sebab tak boleh berdiri dari kerusi. Rasa nak nangis pun ada! Tak kan setiap kali orang tanya aku nak cakap sakit ‘tuuutt”. Kalau cakap sakit urat nampak tak sesuai dengan gambaran kesakitan =p Sudahnya kalau orang tanya aku malas nak cakap apa-apa.

 

Selalunya pada orang yang terkena pada kaki mungkin tak rasa sakit sangat masa berjalan sebab jauh dari pressure pembesaran baby dalam perut. Varicose vein ni boleh jadi disebabkan pregnancy dan keturunan. Siapa yang dapat daripada keturunan masa umur belasan tahun lagi dah boleh nampak urat akan timbul sikit-sikit dan makin membesar bila preggy. 

 

Aku percaya aku dapat benda alah ni banyak daripada keturunan. All my aunties including my mom and also my nenda have this painful varicose vein. Two of my aunties dapat dekat pangkal peha macam i kena sekarang. So, bila aku cakap aku tak boleh jalan, they all memang paham sangat sampai kan kalau aku nak bangun dari kerusi pun my makcik tolong angkatkan. My mom hanya ada pada betis dan tak berapa besar sangat maybe sebab 3 kali je pregnancies. Nasib baik la aku kena masa pregnancy kali ni je kalau dapat dari 1st preganancy dulu, tak tahulah nak kata macam mana. Seksa derr.
 

Itu belum cerita masa tidor lagi. Nak bergerak seinci pun kau ambik masa 1 minit. Bayangkan macam mana aku nak bangun pergi bilik air. Tiap-tiap malam rasa nak nangis. Bila aku ingat doktor cakap sakit akan hilang once baby keluar sebab dah tak ada pressure pada urat, barulah buat aku kuat semangat sikit. Tapi itulah nak tunggu lagi 15 hari rasa macam adoiii sabar je lah.

 

Aku ada copy paste article pasal varicose vein. Sila lah baca macam kan ada test viva esok =p  Daaa

 
Vena Varikos.

Volum darah anda akan meningkat dengan banyak semasa hamil untuk memberikan sokongan pada bayi yang membesar. Aliran darah yang berlebihan menyebabkan urat darah biru timbul pada paha dan betis. Urat urat besar juga mungkin timbul pada persekitaran paha dan sekitar faraj dan ini boleh merisaukan anda. Memang sukar untuk mengubati masalah ini tetapi untuk mengurangkan ia menjadi semakin bengkak, elakkan dari berdiri atau duduk berterusan dan cubalah buat senaman kaki. Selalunya Vena varikos akan hilang sendiri selepas beberapa bulan bersalin.

sources
 
Punca dan Kesan Urat Simpul

 


Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

 


Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.

 


Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

 


Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.

 

 


Sering Dialami Wanita


Urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.

 


Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi.

 


Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul. Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

 

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.

 

 


Kesan Urat Simpul


Mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.

 

Pesakit urat simpul juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.

sources

04 November 2011

UTI & Rumah – tahu, memang tiada kaitan..

mode ibu mengandung : blur tapi nak menulis jugak.

 

waduh…waduh.. rindunya nak merepek dalam ni tapi tulah bila nak start je mulalah nak buat benda merepek yang lain. Selepas sebuk bercerita tentang kesakitan mengidap UTI dulu.. ingatkan sekali tu jelah kena. Sekali… bukannya sekali… mengulang sampai 3 kali menelan Munorol lepas tu. Sekarang ni pun di tahap dipaksa-paksa minum air masak banyak-banyak. Entahlah aku ni malas benor nak minum air masak kali ni. Paling rajin mengadap aiskrim. Kesian tengok laki mak kak non tengah malam buta kena pergi seven-e, nak cari aiskrim magnum punya pasal. Alaah bie.. nasib baik magnum je, dibuatnya mak mengidam mcd hari-hari, lagi sakit kannnn. Magnum baru 4 hengget. 

 

Minggu ni masuk 31 minggu, dah masuk 8 bulan dah aku ni. Kalau ikut hati memang nak duduk rumah saja. Tapi itulah kann.. malas nak cakap banyak-banyak kalau dah kerja dengan orang ni.

 

*****

 

Alhamdulillah.. kalau masin mulut aku ni memang betul lahir anak no.4 ni baru nampak jalan lebih cerah ke arah memiliki rumah idaman.. ewah.. rasa gelimat pulak.

 

Bukan apa memang serabut otak masa nak start enjin deal dengan semua orang. Macam-macam pikir sampai rasa dah fed up sangat and at one stage  aku rasa mungkin aku kena duduklah jelah rumah papan ni sampai bila bila-bila.

 

Tapi sekarang slow-slow dah appoint kontraktor & arkitek. Sebelum arkitek buat kerja, kerja surveyor untuk ukur tanah pun nak kena setel. Masuk hari ni alhamdulillah dah 2 hari depa ukur tanah. Next week katanya baru siap. Lepas ni nak finalize plan rumah, harapnya dapatlah siap dalam bulan ni. harap-haraaaap…. iskh! berdebor-debor pulak rasa. Rasa seram pun ada, tak tahulah apa hal aku ni.

 

Lepas surveyor habis kerja next week, kena deal dengan syabas pulak untuk kambus lubang najis rumah aku ni. Once dah kambus bermulalah kehidupan menumpang hidup di rumah mak aku nanti. Setakat hari ini, ini je yang aku boleh konfem insyaallah nampak apa benda nak kena buat dalam masa terdekat. Benda-benda angan-angan lain kena tolak tepi dulu.. hahaha tak nak mengaku tu hari-hari aku belek design rumah segala bana. 

 

Spruce Street modern living room

*

Divine Kitchens LLC traditional kitchen
*
Lagoon Residence @ Belvedere modern bathroom
*
Custom pantry traditional kitchen

Kalau berangan sampai ke langit pun tak habis..

30 September 2011

Side Effects of Monurol

What are the possible side effects of Monurol (Fosfomycin)?

Get emergency medical help if you have any of these signs of an allergic reaction: hives; difficulty breathing; swelling of your face, lips, tongue, or throat.

Less serious side effects may be more likely to occur, such as:

  • diarrhea, nausea, stomach pain or upset
  • headache
  • dizziness
  • weakness
  • stuffy nose, sore throat
  • menstrual pain
  • back pain; or
  • vaginal itching or discharge

Side effects other than those listed here may also occur. Talk to your doctor about any side effect that seems unusual or that is especially bothersome.

Sources & Read More

 

2011-09-27 16.37.44

 

Mokcik letih bukan apa.. sekarang masih terima tempias kesan daripada minum antibiotic ni. Ubat ni memang dosage dia hanya untuk sekali minum saje – dibancuh dalam 1 mug air masak. Nasib baik rasa sedap ( lemon ), kalau tidak tak tertelan jugak sampai 1 mug.

 

Tidor malam lepas ambik antibiotic ini memang sangat sedih. Rasa nak mengalir air mata apa kehei perut aku ni sakit-sakit. Sakit macam kena gastric plus sakit ulu hati gitu. Nasib baik esoknya mc (Rabu), boleh jugaklah balas dendam tidor tak bangun-bangun separuh hari. Hari ini kesan sakit perut dah hilang – mokcik dah tak letih.

 

Tapi sampai sekarang aku musykil apa kehei nya tiba-tiba prestasi bahan kumuh tidak memberansangkan. Nak kata cherry berry sangat macam sekali sekala je – mokcik masih letih.

 

Pinggang pinggul masih sakit-sakit. Kadang-kadang nak jalan pun ambik masa. Slow & steady katanyerr – memang mokcik letih.

 

Tak terpikir pulak ini adalah side effects daripada monurol. Saja lah takde kerja goggle pasal monurol hari ini… ooo bukannya punggong, pinggang dan pinggul yang boikot aku. Nasiiib baik, harap-harap minggu depan dah ok semuanya. Almaklumlah PIL ada kat rumah, prestasi diri harus cemerlang gitu.. eceh.

 

daaa

Its UTI – Letih Mokcik

Lepas mengeluh-ngeluh sakit pinggang..pinggul semua segala hari Selasa lepas akhirnya aku pi klinik jugak. Dah tak tahan sangat sampai nak jalan pun susah gil terus call en.somi and shoot ke DDMC.

 

Nasib tak ramai orang terus dapat masuk dan buat urine test. ohh yeah.. confirmed its UTI bebeh. *yikes* Badan sangat tidak sedap rasanya. Like ai said, dapat antibiotic sajalah untuk bagi hilang sakit and serbuk2 minum (Ural) untuk lawas kencing.

 

2011-09-27 16.37.44

 

Sakit-sakit jugak, teringin-teringin jugak. Perut mesti ikut nafsu terkini lalu telah menapau nasi briyani restoran si mahbub. Memang jatuh chenta betul lah dengan nasi briyani dia, sedap weh. en.somi kata aku dah termakan air spender mamak ni. amboiii tak hagak-hagak nak letak speku akan kesedapan nasi briyani pujaan mak kannn.. cuba kata makanan yang dia suka…. siapa yang sokong… maaakkk jugak =p

 

2011-09-27 17.48.08

 

Sekarang packaging kelllass kak non.. dah tak main dah balut-balut dengan surat kabar tamil nesan. Baiikk je mamak tu senduk terus masuk dalam kotak. Tapiiii getahhh tetap tak nak tinggal.. nak jugak jadi penyeri kat situ. Aku rasa baru je ni kot lepas raya. Sebelum raya hari tu berbalut lagi dengan surat kabar. Restoran Mahbub ni dekat-dekat DDMC jugak dan memang pantang kalau balik dari klinik mesti nak tapau sebungkus dua.

 

Hari ni balik dari ofis en.somi kata nak ke area sini jugak – damansara.damai. Perut ni macam dah memangggil-manggil je nama si mahbub ni lagi kannn.. haish.. seram pulak dengan speku spender-spender ni lah.. buat potong stim je.. =p

 

daaaa

27 September 2011

Penangan Teh-O

How can I prevent a UTI?

You may do everything right and still experience a urinary tract infection, but you can reduce the likelihood by doing the following:

  • Drink 6-8 glasses of water each day and unsweetened cranberry juice regularly.
  • Eliminate refined foods, fruit juices, caffeine, alcohol, and sugar.
  • Take Vitamin C (250 to 500 mg), Beta-carotene (25,000 to 50,000 IU per day) and Zinc (30-50 mg per day) to help fight infection.
  • Develop a habit of urinating as soon as the need is felt and empty your bladder completely when you urinate.
  • Urinate before and after intercourse.
  • Avoid intercourse while you are being treated for an UTI.
  • After urinating, blot dry (do not rub), and keep your genital area clean. Make sure you wipe from the front toward the back.
  • Avoid using strong soaps, douches, antiseptic creams, feminine hygiene sprays, and powders.
  • Change underwear and pantyhose every day.
  • Avoid wearing tight-fitting pants.
  • Wear all cotton or cotton-crotch underwear and pantyhose.
  • Don't soak in the bathtub longer than 30 minutes or more than twice a day.

sources

******************

UTI – Urinary Tract Infection atau ringkasnya bladder infection. Pernah kena? Adoi… inilah antara penyakit yang aku kena lalui masa pregnant. Selalunya akan terkena masa minggu-minggu terakhir like 2-3 weeks before EDD. Sumpah bila penyakit ni datang terasa baby nak terkeluar bila berjalan – UTI masa pregnant boleh sebabkan baby keluar awal dari sepatutnya.

 

Tapikan sekarang ( malam tadi to be exact ) aku dah tak sanggup nak harung. Aku saspek aku terlebih sangat minum teh-o (caffeine) semalam.  Jadinya malam tadi terus terseksa. Setiap 10 minit kau akan ke tandas sebab secara tiba-tiba terasa nak terkenc yang AMAT sangat TAPI bila kenc keluarnya tak banyak mana pun dan yang tak tahan adalah SANGAT sakit ok. Sakit bila penghujung air kenc  nak keluar yang macam boikot tak nak keluar.

 

Tak tahulah nak kata macam mana, siapa pernah kena memang tahulah tahap annoying dia!! Sudahlah malam tadi tiba-tiba si Delisya meragam menangis nak berdokong je…adoi memang uji kesabaran betul.

 

Tak tahu nak buat apa, malam tadi minum air masak memanjang bagi nak tambah air kenc dalam badan and flush out semua bakteria dalam air kenc. Jam 12 lebih baru boleh tidor dan masa tu rasa macam ok sikit dan terjaga sekali je sebab terbangun tiba-tiba sebab rasa nak terkenc atas katil tu jugak. Series memang rasa macam tu. Rasa macam tak sempat sampai toilet. Berlari-lari aku!

 

Pagi ni sakit masa kenc dah hilang tapi keluar symptom lain pulak, sakit pada lower abdomen. Tak boleh jadi rasanya ni. Kejap lagi nak pi ambik antibiotic kat klinik, tengahari nanti nak cari cranberry juice and vitamin c. Tak pernah lagi cuba minum cranberry juice untuk hilangkan UTI. Selalunya hanya ambik antibiotic je. Tengoklah nanti macam mana.

 

So, young mothers eceh.. kalau terkena  symptoms macam ai ni plus perut pun boleh mengeras secara tiba-tiba ( contraction ), bawak-bawaklah rajinkan diri jumpa doktor <--- mengata diri sendiri sebenarnya =p  Walaupun UTI ni benda common masa pregnant tapi ambil langkah selamat gitu. Harap-harap bila aku terkena sekarang ni takdelah lagi dia nak datang masa nak dekat-dekat bersalin nanti.

 

daaa

Suka Sangat!

Semalam balik kerja excited sangat si Balqis bercerita pasal sukaneka tabika dia dengan hadiah-hadiah yang dia bawak balik. Tak tahu pun dia ada sukaneka semalam sebab minggu lepas asyik ponteng sekolah je. Sudahnya neneknya yang bagitau hari Ahad lepas yang hari Isnin ada sukaneka. Nasib baik la kalau tidak naya anak aku pi sukaneka sekolah pakai baju kurung.


Lepas tu layan jelah permintaan dia nak bergambar dengan hadiah yang ada 3 ketul je sebenarnya. Excited betul anak aku sorang ni.





















posted from Bloggeroid

26 September 2011

Delisya : 1 tahun 6 bulan



Delisya 30hb ni masuk 1tahun 6bulan. Baru sihat dari demam & cirit birit. Kesian nampak sangat susutnya. Timbang berat minggu lepas 7.5 kg je berat dia tapi sebab anak-anak semua jenis kecik ringan aku dah tak ambik hati dah kalau ada orang senang-senang nak komen anak aku kecik gila.


Kalau dulu masa Balqis baya Delisya ni aku selalu kecik hati bila orang suka-suka nak komen anak aku kecik. Komen tu macamkan aku ni tak pandai bagi anak makan. Sedih ok. Aku ni pun beria-ia la jumpa pead tanya masalah kenapa kecik & kurus je si Balqis ni dan secara logiknya betul lah cakap doc. tu, kalau dah mak pak spesis kecik lagi comel. . eh! hahaha memang patutlah anak semua dapat gen kecik. Sejak dari tu aku pun ah lantaklah korang semua nak kata fizikal anak aku, janji sihat non.


Ingatkan aku je yang emo pasal orang komen anak-anak ni, rupanya en.somi pun emo sama. Tapi biasalah lelaki ni suka nak simpan-simpan. Patutlah rajin benor bagi Balqis makan telor masa tu. Boleh kata sehari memang tak miss la sebijik. Aku pulak masa tu rajin pulak bagi vitamin c hari-hari. Sekali.. . .hambek. . nak suruh dia stop makan sekarang ni susah betul. Umur 5tahun dah 24kg. Berat aku masa darjah 3-4 tu. Dapat tahu en.somi terasa hari tu sebab bila nak bagi makan telur kat Delisya, en.somi tak bagi makan selalu sangat sebab takut bila selera dah naik macam kakak dia nanti susah nak stop dan bagitau masa Balqis dia bagi telur sebab dia sedih orang kata anak dia kecik. Eh, terasa rupanya.


Now dah sihat banyak, selera makan pun kembali normal. Kuat makan si kecik ni. Pantang tengok kakak & abang makan, dia pun nak join sama.


Cakap tak berapa sangat lagi tapi dah faham apa orang cakap. Setakat mintak tolong ambik kain buruk dekat dapur memang dah cekap sangatlah :-P Orang perempuan kan, memang kena dera dengan maklah suruh kemas rumah :-)


Mama > mama
Ayah > ayah
Abam > abang / kakak
Wa > wan
Yang > yang (moyang)
Bu > susu
Nak air > nak air
Dah > sudah
Tet > cat
Ten > kitten





Delisya with Yang & Abam


Published with Blogger-droid v1.6.8

22 September 2011

Shout Shout

Fine, i put back the shout widget on the right side of this blog. Biasalah, emo diri ini seperti retis yang akan menjadi ibu beranak 4 memang macam ni =p.

 

ok, sekarang boleh bergoss di sana. Smile

 

daaa

21 September 2011

Raya Open House 2011

Adeh…  ingatkan badan ni larat sangatlah nak buat kerja buruh makan-makan. Sekaliiii.. terpaksa gila kuasa lantik diri sendiri jadi mandor ekekeke.

 

Terima kasihlah siapa yang jadik party planner ahkak hari tu aiseh… party la sangat. En.somi la ni semua punya plan, punyalah gelabah staff nak datang beraya sampai buat open house teruss… ekekeke  Padahal staffnya ada berapa orang je.. hover betoi.. =p Biorkan, jangan lantik aku jadi party planner sudah, jadi mandor takpe. Itupun, semput-semput je nak kena tengok makanan mana nak kena top up lagi.

 

Semput jadi mandor rasanya tak habis lagi ni. Kesian anak dara kecik mak tak boleh menikmati kehoveran bapaknya hari tu sebab demam dan cherry berry. Jadinya selain mandor, memang la kena melayan si kecik ni. Meragam dari pagi Sabtu lepas sampai la ke hari ini. Pagi tadi pun baru larat nak angkat kepala kalau tidak melepet je. Sedih aku tengok. Gambar dia pun takda, kesian tak larat sangat.

 

Adalah sikit gambor hari tu, sebelum semua jadi kelam kelibut (read :  walaupun mandor tetap rasa nak pengsan =p ).

 

2011-09-17 09.07.59

Bos Sedang Gelabah Mengelap Kerusi =p

 

 

2011-09-17 09.21.42

sukalah warna kali ni.. sejuk je rasa mata.

 

 

2011-09-17 13.15.54

Order dengan caterer Nasi Minyak + 3 lauk, yang lain2 party planner kata nak masak.. mak orraiitt jerr.. =p

 

 

308149_278766118818020_100000539013185_1072214_11316441_n[1]

Mee Hoon Sup

 

 

2011-09-17 13.16.15 

Lauk Nasi Minyak = Ayam Goreng Rempah, Dalca Ayam & Kerabu Mangga.

Ok, itu memang daun kari. Jangan konpius. Konon-konon tak nak bagi lalat datang. Walaupun jadi mandor tiada kuasa veto ( untuk tidak bersetuju ) melampaui party planner di situ. =p

 

 

321364_278766182151347_100000539013185_1072215_13692335_n[1]

Tauhu Sumbat. oh..oh.. ini sangat sedap. Terpaksa puji menu sendiri.

 

 

297166_278765058818126_100000539013185_1072193_664619619_n[1]

Pembantu mandor II yang tidak membantu langsung Laughing out loud

 

 

313422_278765972151368_100000539013185_1072211_140807278_n[1]

Pembantu Mandor I – bolehlah harap sikit-sikit

 

 

306304_278765712151394_100000539013185_1072207_829722174_n[1]

Bersama Assistant Party Planner

 

 

298860_278765208818111_100000539013185_1072196_2042276396_n[1]

Tadaaa.. memperkenalkan Party Planner @ Chef Raya Open House 2011!!

 

haih.. kalau takdak lah nenda terchenta aku ni.. memang tak merasa lah sos tauhu sumbat sangat sedap, bubur kacang hijau marveles & sup ayam tip top yang mandor sendiri tak sempat nak tengok. Konon-konon nak belajar buat sos tauhu sumbat itu pun tak menyempat-nyempat.

 

ahh.. tengok gambor-gambor ni rasa semput balik.. Laughing out loud

 

daaa

12 September 2011

Jangan Tertipu dengan Kecomelan

 

DSC_0079

Geng Pecah Dinding

 

Ahli : 15 orang setakat hari ini ( keahlian sentiasa terbuka selagi ibu bapa adalah produktif )

Umur : 2 bulan hingga 13 tahun

Kelayakan : Apa sahaja – Presiden tidak cerewet.

09 September 2011

Pre Raya 2011

Rupa-rupanya ada jugak terselit gambar-gambar merapu sehari sebelum raya. Memang sebuk betul hari tu. Semua orang ada agenda masing-masing. Semua nak ikut selera tekak masing-masing. Yang nak sambal petai ikan bilis buat cicah ketupat palas pagi raya, ada yang nak sambal ikan bilis sahaja takde petai, ada yang nak ketupat, nak rebus nasi impit lagi, aku pulak sebuk dengan lontong dengan kuah kacang. Tengah sebuk-sebuk tu dinding pulak terkopak kena karate dengan budak-budak kecik dalam rumah ni. Kecoh derr.

 

 

 

Biras aku sebuk layan sorang-sorang masukkan beras dalam ketupat. Tahun ni tekak dia selera ketupat, tak nak nasi impit. Ingatkan 60 bijik dah banyak dah. Silap..silap.. belum sampai petang raya pertama dah licin. 

 

 

edit

 

FIL dah cuak dinding rumah dah terlopong kena karate cucu. Sebelum tu tiang konkrit buat ampai baju rumah Pak Cik sebelah roboh budak-budak ni buat gayut – yang tiang tinggal separuh je tu. Bergegar sekejap. Pelik betul tiang konkrit pun boleh roboh. Sebelum tu pasu bunga dia dah pecah dah. Nasib baiklah orang tua tu tak mengamuk.

 

 

DSCN0521

 

Memang suka sangatlah kalau balik kampung depa ni. Mana nak pergi pun orang tua tak larang, lagi-lagi orang tengah sebuk kat dapur.

 

 

Antara yang setia jaga api 4 jam masak ketupat.

 

 

DSCN0488

 

Apakan daya, memang comot sepanjang hari – mak sakan nak raya Nak kurang perhatian huhuhu

 

Gambar paling hot raya ini – memang tak boleh lawan

*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

 

Depa suka nak pedajal buat lawak-lawak manja dengan mak kann!!

08 September 2011

2011 : Raya oh Raya

319264_2290313588428_1566634492_32449545_1924624_n[1]

Ini shot terbaik tahun ini di pagi raya. Lotih mokcik pujuk anak dara kecik ketakutan dengan camera besor. Meraung memanjang tak sporting lansung kat mak kau ni berangan nak gantung gambor family.

 

Rambut anak dara mak memang macam tulah dah tak boleh selamat lagi memang pesen tak nak lurus. 5 minit sikat 5 minit gerbang 5 minit sikat 5 minit gerbang, susah sangat tengok duduk diam. Nak blow hari-hari bagi nampak macam bentuk cendawan sikit, kang rosak pulak rambut kau Nak. Mak redho jelah.

 

Emosi anak bujang raya tahun ni ada peningkatan sikit. Ada la meraung melalak 3 –4 kali JE sepanjang 6 hari kat kampung. 2 tahun lepas sebab kecik sangat kalau meraung setakat letak kat dalam reban ayam tepi rumah tapi kali ni sebab dah besar sikit setiap kali meraung bapaknya pergi dokong letak kat pokok pisang tepi gunung. Memang ada unsur-unsur bapa zaman jepun. Biarkan, tak kuasa mak nak layan drama meraung hari-hari. 

 

Raya tahun ni turn balik Lenggong dan telah berpakat dengan maid nak masak lontong / kuah lodeh dengan kuah kacang malam sebelum raya. Tak tahulah mana datang super power dalam badan dengan nak bawak badan 6 bulan ni tiba-tiba rajin benor buat kerja kat kampung. Mungkin sebab kat rumah mak mertua, jadi ada unsur mencuri hati mak mertua di situ. Menyapulah, mengemoplah, sapu sampah belakang rumahlah dan paling tak boleh tahan cuci bilik air kak non. Sakit pinggang merana sendiri. Padahal ramai je sangat jejaka dalam rumah tu. Mokcik pikir kang yang nak mandi aku jugak, daripada mengarah menunggu orang lain basuh baiklah aku basuh sendiri kann. 

 

 

302576_10150309255269672_793199671_7648120_7731745_n[1]

 

 

Ini bukan buat-buat berlakon mengetuk dinding rumah ye kecuali tang aksi pelakon tambahan depan nun – nak jugak menyelit laki ahkak perasan ‘berketul’ ler tu huhuhu. Dinding rumah atas tu baru je berganti sebulan dua lepas tapi sebab cucu-cucu semua buas macamkan ada 50 orang dalam rumah habis di terajangnya sampai tercabut 3 keping. Nasib baik tak terjunam terus ke bawah, kalau tidak adalah yang raya kat hospital.

 

 

294538_2290323588678_1566634492_32449580_5051649_n[1]

 

 

Orang lain boleh kurus masa bulan puasa. Anak dara mak naik 2 kg. Feveret sangatlah tu nasi impit dengan kuah kacang. Tahun ni macam tak pandang je lemang denga ketupat palas. Nasib baik, kalau tak boleh tambah lagi 2 kg nak oii.

 

 

321615_2290317868535_1566634492_32449560_7395422_n[1]

alahai anak dara mak

 

Gambor memang tak berapa nak ada. Konon-konon tak sempat sangatlah tu nak melentok sana sini macamkan ada anak 10 orang. Tahun ni kenapa ntah seramai-ramai 9 adik beradik laki ahkak semua tak beria ambik gambor. Sendu-sendu je yang ada kat dalam tangan ni mengutip kat semua orang. Jadilah non asalkan ada, dah tua-tua tak berapa nak muda ni penyakit tergedik-gedik terkurang sikit. ahhh emo ler tuh gambor takde!

 

SALAM EID 2011

 

Template by Best Web Hosting