18 January 2009

Kasuts oh Kasuts

Takde apa nak buat weekend hari tu...mak buat-buat selongkar gerobok kasut dan kotak-kotak barangan tok kadok. Tau apa yang projek mak dengan cik Balqis?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaaa

Ini kasut pertama Balqis. Beli masa umur Balqis 6 bulan, tahun 2006. Beli kasut ni untuk dipakai di Hari Raya. Walaupun kasut ni boleh dikira berapa kali je pakai tapi rasanya lama jugak tempoh masanya sebelum membeli kasut yang kedua sebab kaki Balqis sangat la lambatnya untuk memanjang membesar. Mak jarang pakaikan sebab senang tertanggal. Senang tertanggal sebab dia dah terpele'ot kat belakang tu kerana saya yang memijaknya. Kasut ni dari kulit kambing makanya ianya sangat lembut dan lembik.



Ini kasut pertama Hazzim. Beli masa umur Hazzim 4 bulan, Tahun 2008. Beli kasut ini untuk dipakai masa Kenduri Aqiqah. Kasut ni lagi la sangat jarang dipakai. Sebab apa eh? ooo sebab masa beli tu memang beli saiz besar sikit. Sekarang ni, umur Hazzim dah 10 bulan, baru ok dengan kaki dia.

hehe kasut Balqisnya idokler banyak bebenor tapi mak nak tempek jugak..hehe

Sejarah kasut bermula dari atas, kiri ke kanan ( memang dah takde keje sangat la ni )

  1. Kasut Biru Kecik --> Beli lepas 1st shoe tu. Dek sebabkan kasut yg mula2 tu senang sangat tercabut, makanya wujudla kasut ini.
  2. Kasut Biru Besar --> Beli lepas Balqis dah pandai jalan. wohoho Balqis lambat jalan. Umur setahun 3 bulan baru la nak berjengket-jengket. Orang semua dah lari.
  3. Selipar Kuning --> Ini dibeli oleh pn. zawiyah dekat H*ari-H*ari. eh H*ari-H*ari ada jual selipar ker? Selipar ini dibeli sebab pn. zawiyah dah tak larat tengok Kasut Biru Besar sudah terlalu lama dipakai dan telah buruks sebab mak malas beli okk
  4. Kasut Putih Bunga Pink --> Kasut ini dibeli Tahun 2007 untuk dipakai di Hari Rayaaaa...
  5. Selipar Pink Tapak Kaki --> Selipar ni maid saya belikan untuk Balqis.. mekasih la ye.
  6. Kasut Pink Kecik --> Ini la ghopernya kalau ingatkan anak tu kecik lagi. Kecik betoi kasut ni. Beli kat N*SK. Sori Balqis sampai melecet kaki dia.
  7. Selipar Hello Kitty --> Sekali lagi pn.zawiyah belanja beli selipar. Beli sebab nak pakai ke Masjid buat kenduri Aqiqah Hazzim..boleh? Sekali je pulak tu pakainya..dah hilang sebelah..
  8. Kasut Pink Besar --> Kasut ni banyak cerita. Ini kasut yang kedua sebab yang pertama sebijik sebotol itu telah hilang, tak tahu ke mana. Beli dekat Kuala Selangor. Mak beli rm7 hengget jer... mana nak cari 7 hengget kat kl ni. Semua kedai jual rm10. Rasa-rasanya pn.zawiyah tercicir kat Rawang masa mengangkat Balqis masuk ke dalam kereta. haih..nasib baikla rm10, kalau la yang jenama satu lagi itu..mau meraung la mak oi.. Sebab dek tak puas hati, mak beli la lagi yang sama. Ini pun dah tercicir kat kedai makan bagai. Esok pagi sanggup pergi usha-usha, kot-kot la ada lagi kat situ.. Memang elooook jer terjelepok kat tempat kitaorang park kereta malamnya tu. Sebab apa kitaorang sanggup usha? Sebab tempat kejadian nun jauh di Kuala Linggi, Melaka. Tak larat nak membeli kasut bagai di kala bercuti..letih tau Balqis..
  9. Kasut Bertali Pink --> Kasut ni suka-suka nak beli sebab takde kasut elok nak pi berjalan :)
  10. Kasut Love Pink --> Kasut ni pun suka-suka jugak nak beli sebab nak pakai dengan seluar :)
  11. Kasut Silver --> Kasut ni dibeli masa nak Raya Tahun 2008 huhu
  12. Kasut Pink&Hijau --> Kasut baru beli 2 minggu lepas. Mr.Bie memang sekali lagi suka-suka jugak nak beli, katanya nak dipakai dengan jeans. Yang Menurut Perintah Tuaaannn.. ( dah besor dah kaki cik Balqis )


tengok..mau tak laku jual kasut kalau dapat penjual macam ni ;p

sekian cerita kasut saya dan adik saya

4 comments:

MN said...

wohoooo...buat la garage sale! :)

~Umi.Sufira~ said...

Oh, sungguh kagum ngan Lub! Suma Lub simpan yek....anak2 saya ntah mana2 dah kasut tuh..kekeke...

Mrs Azarol said...

mrs noba: mak sayang weh :)
mimi : alaa ntah macam mana leh tersimpan..alang2 ada lagi..tu yang sebuk snap tu

FAM said...

dh nama anak pompuan kan?? kasut dh sama byk dgn mak nye. hehehehe

 

Template by Best Web Hosting