21 January 2009

Minum Guna Senduk ?

Pernah dengar petua minum air guna senduk?
Petua apa?

hehehe ( ini sesi membuka pekongs okk )
mak dengan buruks lantak telah tercekik tulang..
Sebok saja kawan mak tanya, “ikan apa weh?”

Ni haa..aku jawab..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ikan Cencaru

Ya..saya telah tercekik ikan cencaru.
Pagi pagi saya telah hantar sms pada Bos kata saya MC.
Serius mak tak boleh toleh sesuka hati..pedih betul. Besor gamaknya tulang ikan tu. Inilah padahnya kalau menggelakkan Mr.Bie tercekik tulang hari tu, kan mak dah kena.
Rasakan tulah suami..huhu..

Cepat-cepat pn.zawiyah mengarahkan saya minum air guna senduk.

"Minum aje, yakin. Jangan banyak tanya”

Tapi mak memang banyak tanya sampai kena marah ok. Dah tua-tua pun kena marah lagi.
Pernah buat ke?

Dahla pn.zawiyah bagi senduk kemain luas. Sekali minum, tak hilang. Dua kali minum, tak hilang. Tiga kali minum, makin sakit. Ma oi..kembong dah perut ni.. aduh…

Dato’ Panglima lagi best. Petua orang tercekik tulang. Ambik minyak kelapa, baca selawat dan alirkan pada alur bon*ot. Betul. Serius mak tak buat weh. Nasib baik minyak kelapa takde. Minyak Bunga Matahari ada la.

Pernah dengar?

Akhirnya saya ke klinik juga semalam.

Kalau anda tercekik tulang, buat apa eh selain pegi klinik ?

Setakat suruh nganga luas-luas tengok anak tekak, mak kena RM40 tau.. cis..cis..

5 comments:

~Umi.Sufira~ said...

First time dengar. tapi itulah kalu tercekik tulang...sakitnya!! Sabar yer Lub!

Mrs Azarol said...

thanx mimi..terasa lagi ni..pedih betul..

FAM said...

hmm, kalau baru2 masa tercekik tu, elok telan bebola nasi. maksudnya nasib tu gumpal2 agak2 blh telan, terus telan. logiknya, nasi tu akan tolak tulang ikan tu. tp ni kejadian smlm ke? xtau la cmne, cuba try. ke dh baik? aduss, slow btl aku nih...

Ann said...

Hi Lubna,

terjumpa your blog,how r u? kita pernah berjiran, ingat family makcik jah tak? Sampaikan salam to Cikgu Zawiyah & family.

Petua tercekik tulang, kelapa parut tu gaul dgn nasi sekali, buat jadi macam bebola, then selawat n telan terus, insyaAllah berkesan.

Ms Lola said...

Oh, ada lg petua org tua2 keluarga saya gunakan kalau tercekik tulang ikan.

Pusingkan pinggan makan itu 180 darjah! LAGI TAKDAK KAITAN!!!

 

Template by Best Web Hosting