30 June 2009

Smocked Dress

Pada zaman bila wujudnya Smocked Dress ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi berdasarkan tradisi di England, Smocked Dress ini telah wujud sekian lamanya sehingga kini dan ia akan bertahan sampai bila-bila.

Pada akhir kurun-17 hingga akhir kurun ke-19 di British Isle, smocking yang kebanyakkannya dibuat pada kain linen untuk pakaian lelaki dan perempuan adalah mewakili cara hidup/pekerjaan seseorang. Misalnya kalau petani, smocking-nya macam ini. kalau peniaga, smocking-nya macam itu. Begitu sekali!!! Kedua-dua gambar ini kemungkinan di ambil pada awal kurun ke-19. Sangat klasik :)


Sekarang Smocked Dress ini, daripada asalnya di England & Spain ( oh mak sungguh jatuh cinta dengan embroidery dari England. Sangat halus dan berseni. ) ia telah berkembang ke Australia dan US dengan style smocking masing-masing.

pic. taken from House of Smocked Dress


Sekarang, paling terbaru dan hot adalah jenis smocking yang menggunakan silk ribbon embroidery. Mesti sangat cantik.

Kalau dapat white smocked dress, dipakai pulak di hari kenduri cukur jambul…owh…selain selesa untuk baby sebab kebanyakkanya guna kain cotton, ia mesti sangat cute untuk si kecil.

pic. taken from House of Smocked Dress


Sesiapa yang berkenan dengan smocked dress ini, jemput-jemputlah ke kedai pn.anon ni ye. Dia masih di UK, mana tahu nak warna yang berkenan di hati, mungkin empunya tuan kedai buleh tolong carikan. Berbaloi-baloi...buleh melaram di pagi raya :)

26 June 2009

sudah-sudahlah menyanyi di celah batu (siri 2)

Ini adalah antara lagu yang menjadikannya hebat.
Klip video yang hebat di zaman 80-an.
*
Tidak adil untuk saya bandingkan klip video rock kapak 80-an itu
kerana zaman rock kapak itu ada nilai seninya juga ngeh..ngeh..ngeh..
*
Layannnnn...
*
*
THRILLER

video

p/s : tak main batu bukit okk, batu kubur teruss ;p

sudah-sudahlah menyanyi di celah batu!!! (siri 1)

Saya baru lepas menonton berita terkini jam 9 pagi.
Curi masa 5 minit semata-mata nak tengok trivia jacko.

Tiba-tiba rasa macam muka rasa mengembang-ngembang, macam sesemut pun ada sikit-sikit lepas tu rasa macam merah-merah ( sama macam saya rasa bila tiba-tiba Tun.M umum dia nak pencen tak lama dulu tapi tak jadi ).

Cet…tak pasal-pasal pulak saya rasa sedih bila si raja pop ini mati.

Saya bukanlah peminat fanatik meraung-raung bila dapat tahu si raja pop akan buat show di sini tahun 1997 dulu. Tapi saya memang suka dengar semua lagu-lagu dia apatah lagi video klip dia yang hebat-hebat itu. Masa saya sekolah rendah dulu, asal dato’panglima takde saje di rumah kami adik beradik memang layan video klip dia ni. Kalau 10 kali lah ulang tayang, 10 kali la jugak kami tak berganjak depan tv. Tak tahulah apa yang syok sangat. Syok kot tengok dia menari. Ibarat kata kalau orang demam pun buleh rasa si raja ni transfer energy dialah kalau tengok dia menyanyi.

Kalau sayalah demam, orang lain demam saya tak tahu ;D

ceh..lagi claim tak fanatik.
Itu duluuuu..dah tua-tua ni..tak ambik pot sangat pun.
Tapi ye lah, dengar dia mati ni…dah takdelah singer hebat macam dia. Itu sahaja.

Sapelah agaknya lepas ni buleh buat video klip sehebat raja ini. tak larat mak woii nak tengok artis nyanyi celah-celah batu, sungai , hutan, bangunan bagai…letihhh.

25 June 2009

Pesanan manja dari HR

Saya ternampak ini di notice board office saya.
MUAHAHAHAHA
Saya memang tak tahan..tak berhenti gelak sampai sekarang.
Yang bestnya ada dua tiga orang terasa hati.

‘eh abang.man buat keje tau’
( sambil buat muka tak puas hati )

23 June 2009

Hari ni Malas Keje

Ini bukan kisah saya.
Ini kisah sang raja yang bertakhta di hati saya.
‘king apa bie?’
‘king kong’
‘king kong pon king kong lah’
<------- mood : zaman p.ramlee sengal

Kalau cerita bab odd job apa yang mr.bie pernah buat sepanjang hidup dia, saya memang tak akan menang sebab no. satu, adalah pompuan kena dok umah *boring* dua, sebab saya pompuan. tiga, kerana saya adalah pompuan. ceett ..


1. budak suruhan Pembantu Kantin

tak ingatlah pulak start keje masa tingkatan 2 ker tingkatan 3. bila mr.bie kata duit belanja sekolah adalah 2 posen sahaja. sedih okkk. saya pon idokler banyak mana. lebih 3 posen jer. muahahaha tapi dengan 5 posen masa tu saya buleh beli nasi atau mee goreng sepinggan dengan air sirap. oklah tuh. Kalau 2 posen nak beli apa?
*
*
2. Tukang Bancuh Air

kat restoren ikan bakar. ada lagi restoren tu. mula-mula katanya bos suruh keje ambik order saje. Lepas keje bagus cekap dan amanah bulehlah dinaikkan pangkat jadik tukang bancuh air.

Agaknya sebab tulah bila saya buat-buat macam diva mintak tolong orang kedai bungkuskan makananlah, nak mintak ais lah, nak order lainlah, sayalah yang kena marah balik. maklumlah..konon-konon kan sangat memahami apa perasaan semua orang-orang kedai sebab dia pernah buat keje-keje macam tu. saya kalau ada makanan tak terusik dan nak tapau bawak balik ( ni kes balqis lepas order tak mau makanlah ni ), saya bungkus sendiri okk. pi kat kaunter, ambik polistrin sendiri dan masukkan makanan sendiri dan masukkan dalam plastik sendiri. sangat rajin.

‘awak jangan suruh macam-macam kang air awak ada perisa tambahan kang’

haiyaa
*
*
3. pengusaha Penanam Tembakau

ini juga adalah keje sepanjang zaman persekolahan sejak tingkatan tiga. Upahnya lumayan. Buleh la nak ke k.kangsor naik bas 1 jam untuk shopping seluor jeans di fajar huhuhu upah untuk bulan terakhir tidak diambil sampai tokey tembakau datang rumah suruh ambik upah. masa ni mr.bie dah register masuk uni.
*
*
4. Stesen Minyak

ini adalah antara kerje-kerje kebajikan kerana tidak mahu mengambil upah. Suka-suka ikut kawan katanya. Tapi DAH grad pong, masih juga suka untuk buat part time di malam hari keje di stesen minyak..haaa yang ini memang dapat upah hari.
*
*
5. Kilang Kotak

Keje di sini masa cuti semester. Kejap saja tak sampai 3 bulan. Geng dengan mat bangla. Katanya keje kat kilang ni seronok. Bos sangat baik dan tak kedekut. Paling best kalau dapat shift malam hari sebab keje lagi senang. Kat kilang ni tak ramai awek cun, sumenya makcik-makcik. Itupun sebab makcik-makcik ni kejenya tolong kopek tepi kotak yang tak terpotong. cit…bukan bagus ker tak ramai awek??? :P
*
*
6. Pencuci Kereta

Ini adalah keje yang paling hebat dan selalulah mencabar kewarasan saya. Mana taknya, buleh ye mr.bie ku itu berhenti daripada chambering dan bekerja sepenuh masa mencuci kereta. sabar…sabar…masa ni memang kalo tengok dah macam apa…kulit sangat hitam manis, tangan penuh keras-keras kematu…dahla awak sorang je melayu dalam geng sisi gelapnya itu. nak kata hero tamil macam tak layak. 2 bulan tau jadi pencuci kereta sejati ni. pasrah…pasrah.. lepas 2 bulan bekerja dok berpanas melekit-lekit, mr.bie balik kampong. agaknya bila perasaan dah tenang dan jiwa pun dah tahu nak jadi apa hahaha maka sambunglah balik chambering-nya itu.

Apa lagi eh? Rasanya itu saje kot dan sebab itulah kalau budak-budak sekarang ni ( haish..rasa macam dah tua pulak !! ) kata takde keje..memanglah nak kena dengor syarahan free dari mr.bie. tak namanya pemalas, ataupun konon takde standard.. aiseh

en.hazzim...okeh ker buat segala keje macam ayah?

kari oh kari

‘Mamaaa…cepat maa..cerita p.lamlee ni’. ‘Bukan p.lamlee la balqis, nama dia p.ramlee’ ‘ooo p.ramlee rupanyee’. Sekarang ni semua cerita hitam putih melayu adalah cerita p.ramlee. walaupun nordin ahmad yang bersungguh-sungguh peluh ketiak jadi heronya, p.ramlee jugaklah yang dapat nama :)

**

Setelah empat tahun kawin, barulah saya tahu rupanya suamiku itu sangat gemar makan lauk kari. Ayam masak kari, ikan sardin pun disuruh masak kari. Sotong pun jalan dalam kuah kari. Habis cerita kalau dah tak tahu nak masak apa, kari jugalah penyelesaiannya. Dah naik berpinau dah bau daun kari.


Bagus jugaklah gamaknya selalu sangat disuruh masak kari, dapatlah jugak saya improve skill dalam masakan kari muahahaha [ apa motif?? ]. Okeh, korang masak karikan, guna serbuk kari cap apa eh? Saya setakat ni baru cuba en.adabi dan en.baba. Kalau tanya saya mana satu yang ummphh, saya pilih en.baba. owhh..sungguh masyhuuuk.


Kenapa saya suka en.baba?

  • lebih pekat. santan tak perlu banyak. Setakat ni saya memang masak kari guna santan. Belum lagi cuba untuk tukar dengan susu atau tak guna santan atau susu langsung.
  • tapi, tahukan fungsi buah pelaga dalam masakan? Ia boleh memekatkan kuah. Sebijik buah pelaga sama dengan 3 biji kelapa. series. jadi, masa tumis bawang putih, bawang merah, daun kari, halia, kayu manis, bunga lawang, masukkan juga buah pelaga untuk tolong pekatkan kuah.
  • en.baba pun jadikan warna kuah lebih cantik huhuhu kalau saya guna en.adabi, warnanya jadi macam merah-merah. Rasa macam tak cantik untuk kari. Presentation sangat penting maaarr walaupun tak sedap di perut biarlah sedap di mata muahahaha
  • serbuk kari en.baba ni ada 2 jenis. satu yang biasa dan satu lagi yang pedas. saya guna yang biasa pun rasa macam ada cili tapi takdelah pedas sangat pon. Sesuailah untuk budak-budak makan. en.adabi memang kena tambah cili sendiri kalau nak pedas sebab takde rasa pedas langsung…maklumler lidah melayu :)
  • serbuk kari en.baba ada khas untuk udang :)

eh… hidup lagi ker en.alagapas? kena cari ni. mana tahu lagi sedap.


Semalam dalam kereta dok bincang cincang nak masak lauk apa nak makan malam. Alih-alih ‘awak jarang masak ayam kari eh’ <----- sangat bermakna ookkk statement itu. Hadooohh..kari lagi haku malam niii..

p/s : saya nak appoint lawyer, kot-kot esok sampai saman dari en.adabi. mati haku!! :P

*

15 June 2009

owh..Vasograin

Ini ubat vasograin, sangat mujarab ookkk

Tak tahulah ubat baru ker lama sebab dulu pi klinik tak pernah pulak dapat. Last week, mengadap doc. dapat pulak. Khas untuk migrain katanya. Rasa-rasa kalau terdesak ala-ala masa merupakan intipati utama dalam hidup pada hari itu, makanya ubat inilah penyelamatnya.
Sebab, bila saya telan

Panadol, harus tido 3 hingga 4 jam baru buleh jalan lurus

kalau

Ponstan, tak perlu tido tapi kepala pusing-pusing 2 hingga 3 jam baru betul-betul baik

kalau

Actifast, tak perlu tido tapi pusing-pusing jugak dalam 30 minit to 1 hour

TAAPIII

Ini vasograin, 10 minit kompem bukan setakat jalan, marathon terus!!!

Berapa banyak dadah daaa..


12 June 2009

Vaso*grain untuk Migrain

Baru sahaja balik dari menziarah kawan se-office yang kematian bapa. owh..saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana hidup saya jika ayah saya sudah tiada. *sob*sob* owh..tak boleh membayangkan lagi. saya akan menangis.. *sob*sob*
*
kepala berdenyut-denyut. sungguh teruk. sila telan vaso*grain.
*
= mind my pms :/

Jangan Bersilat Berseorangan di Pagi Hari

‘Jika tiada hasad dan dengki bukanlah namanya dunia Jebat’
*
Seronok juga melayan filem hang jebat jam 11 malam, hari selasa lalu. Teringat pula ucapan pedih bos saya semasa mesyuarat agong kelab baru-baru ini. 'jangan kerana seekor dua ayam tidak berkokok, tidak bermakna tiadanya siang di esok hari’. huhuhu bos besar ku ini suka benar bermadah-madah sebegitu rupa.

*
Ayah saya sungguh mahir berseloka dan berpantun. Bahasanya indah, ayatnya meruntun jiwa, maknanya mendalam dan sebab itulah saya pernah menangis tatkala saya membaca selokanya perihal anak dan bapa.

*
Jika saya membaca selokanya, kadang-kadang saya seperti berada di zaman kesultanan melayu dahulu kala. series. Bahasanya bahasa lama bagai bahasa istana. Mengingati kembali cerita tok saudara saya nun jauh di utara, saya rasa perasaan bagai berada di awang-awangan itu mungkin boleh diterima. Asal usul keturunan dan darah yang mengalir itu adalah darah panglima yang menjaga kesejahteraan Kota Kuala Kedah. Benarlah kata tok saudara saya itu, benarlah kata-kata saya ini. Kalau tipulah dia, tipulah saya. ‘Pi lah muzium kedah , kat situ buleh tengok sapa nama tok yang ataih skali tu’. ya laa…ya laa.. tapi saya tak pi juga.
*
Tapi, apa lah yang hendak dicari-cari lagi perkara-perkara sebegitu rupa kerana hakikatnya saya masih rakyat biasa jauuuuh skali duduk di rumah bagai istana. Tapi teringin juga nak jumpa siapalah gerangan darah yang mengalir di badannya adalah dari keturunan Parameswara hendaknya.
*
Pernah satu pagi bila Mr.Bie bersilat di laman rumah, konon-konon katanya tak nak lupa buah-buah silatnya itu, sayalah yang menjadi mangsa kekecohan pn.zawiyah. ‘Na, kenape zarol na? seram la mama tengok, pagi-pagi bersilat depan rumah'. yaaa, itulah yang pertama dan yang terakhir saya lihat suamiku itu membuat aksi-aksi persilatan di laman rumah kerana takut dikatakan lagi disampuk darah bapa mertuanya :)

*
Apalah yang ku kerepekkan hari ini. muahahahahahaha. adakah penangan itu burger z*inger yang sejuk kejung. cis..cis..

*
Niat utama entry ini sebenarnya adalah

*

SELAMAT HARI BAPA, AYAH



*
SELAMAT HARI BAPA, wahai suamiku..
*
nota kaki : oowh kerana itulah saya memanggil ayah saya dato’panglima huhuhu

05 June 2009

Pelempuan Kelab Kaki!!

Cuti sekolah memang sinonim dengan musim orang kahwin. Orang yang paling sebuk mengalahkan tok ketua kampung dalam rumah saya sudah tentunya dato'panglima. Sangat-sangat sebuk mengalahkan pengantin. Tak pernahnya nampak duk diam di rumah sampaikan ke malam kalau pengantin berhajat buat majlis di malam harinya. Jangan haraplah dapat pi bercuti bersama kalau tak 'sound' sebulan awal lamanya.
*
Hari Jumaat lepas, sepupu saya kahwin. Nikah lepas Asar. Sungguh saya tak ingat langsung jemputan hari Jumaat itu, yang saya pasti kendurinya hari Sabtu. Kami sampai di kawasan rumah jam 7.30 malam. Lalulah di hadapan rumah si pengantin. Gayanya ramai betul orang dah sampai. Firasatnya mungkinlah nak merewang malam ni. Saya nampak p.tam saya di hadapan rumah sepupu saya itu dan dengan selamba muka tulus ikhlas dari dalam kereta saya tanya, 'dah lama p.tam sampai?'. 'Lamaaa dah..majlis pun dah habis'. aik..saya pandang Mr.Bie, 'yang...diorang nikah lepas asar tadi ker? Halamak malunya..apsal awak tak sound saya..' Malunya ya rabbi..teruk betul rasanya. Kalau sepupu saya itu rumahnya jauh beribu batu bolehlah jugak dimaafkan. Ini sepelaung saja!! Sungguh la!!
*
Jimat m.cik saya itu sebab kendurinya untuk dua anak sekali gus. Si abang dan si adik. Si abang pilih warna cokelat dan si adik pilih warna pink. Seronok kalau majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.
*
Saya dulu pun, majlis nikahnya dibuat selepas solat asar di masjid. Jam 4.30 petang untuk lebih tepat sebab dato'panglima kata jam 7 malam pun namanya lepas asar jugak. ye laa..ye laa.. pn.zawiyah rasa ralat sikit dengan majlis nikah ni sebab dato' panglima tak sabar-sabar nak mulakan majlis. Macam tak boleh tunggu langsung gayanya!! 'majlis orang awak buleh tunggu, kenapalah majlis anak sendiri tak buleh tunggu lama sikit', ungkit pn.zawiyah berminggu-minggu lamanya. Saya tak kesah lah, asalkan semuanya selamaaattt. Malamnya lepas maghrib, kelam kabut pulak saya dan beberapa 'orang suruhan' siapkan deco dewan sampai 1 pagi. Paginya pulak saya masih sebuk mengambil kek di Selayang sebelum bersiap-siap nak ke dewan. Penat sungguh!!


*
Kami bersiap-siap sampai tak sedar semua orang dah ke dewan. Boleh pulak kami dengan mak andam saja yang masih ada di dalam rumah. Saya yang beria-ia nak kawin ke, dioarang yang terlampau teruja nak berkenduri pun saya dah tak tahu. Nasib baiklah mak andam dengan rasa belas kasihan menghantar kitaorang pi dewan..cit sampai hati diorang meninggalkan kami terkonteng-konteng di rumah.
*


Paling syok kenduri di kampong. Terima kasih ye p.tam kerana menaja kenderaan yang besar gedabak itu. Saya sangat terharu….ewah…. seronok betul diorang beramai-ramaian menaiki kenderaan itu, sampaikan pn.zawiyah kata 'syok naa, macam naik kapal terbang'. Mentang-mentangla saya dan Mr.Bie balik kampung naik kereta kecik, saja la bak buat dengki tu kan ;p

*

*
Rombongan sampai masa orang kampong dah tak berapa ramai. Padahal masa tu baru pukul 2 petang. Kalau dekat KL, masa nilah waktu tengah sesak barat orang beratur ambik lauk. Bayangkanlah jam 3 petang kenduri dah habis. Jam 4 kemah dah turun. Jam 5 kami segerombolan pi mandi sungai. Dahsyat sungguh!!!
*
Puas hati tengok diorang melantak makan dengan bersungguh-sungguh. Maklumlah 4 jam menahan perut. Abahku itu pula memang beriya-iya sangatlah menerangkan kepada semua orang, 'perakman tu diorang jumpa kat belakang rumah saya nilah'. Sorilah bah..kitaorang ni memang j*kun sikit tengok gunung hijau-hijauan di belakang rumah ;p terima kasihnya semua kerana sudi datang jauh-jauh ewah..
*



Ini belum bab crita saya redho dengan ketentuan bahawa muka saya hampir 20% lagi sudah layak digelar ratu opera cina. Apakan dayo..kepada amoi itu sajalah harapan saya. 'u aaa jangan lisau. saya belajar ini make up pengantin sampai itu singapo. saya sudah banyak itu makeup pengantin saya buat. mesti cantik punya maa'. Apa-apalah amoi, asalkan orang tengok masih lagi macam muka orang. Kampung saya ni, masa zaman saya itu, takde lagi butik pengantin melayu malah kedai jual barangan pengantin sekalipun nan ado. Anda haruslah ke Tepeng. Tak kuasa saya nak ke Tepeng semata-mata nak hadapkan muka ni kat orang. Beruntung adik ipar saya sebab masa hari dia, sudah dah ada butik pengantin melayu. Beriya-iya benar buat janji bagai masa hari kenduri. Akhirnya ke amoi itu juga hadapnya sebab mak andam mungkir janji hahahahaha yang bestnya skripnya masih 'u aa jangan lisau la adik. saya belajar ini make up pengantin sampai itu singapo. sudah banyak saya makeup pengantin. mesti sangat cantik'. Cuma ada tambah, 'saya aa tambah ini bling-bling dekat mata aaa..jangan lisau, takdak itu selupa pelempuan kelab kaki punya..ok aaa', nasib la kau ima hahaha nasib baik zaman mak takde lagi nyahh!!!

*
Apa-pun inilah antara momen-momen paling indah dalam hidup kami. Memang sungguh syok kalau dikenang-kenang. ;p


04 June 2009

Tahniah kepada Umi Sufira

Saya telah dapat pemenangnya…..


Yaaaaa..... itu diaaa.... diumumkan…pemenang untuk pertandingan pertama ini adalaaaahhhh

Cik Mimi aka Umi Sufira


Yeeaayyyyyy...tahniah..tahniah...


Cik mimi, sila bagi alamat rumoh & No. tepon ye..kalau tak keberatan *wink*wink*
*
*
Akan dipos secepat mungkin.. :)
*
*
Nota: 1. CT..melepaslah ko CT hahahaha
2. Sungguh aktif berblogging hari ini ;p

Pertandingan lengkapkan pantun.... cepat..cepat

Memandangkan cik CT kita telah mengaku berani mati bahawa dia memang sungguh tak tahu apa la kekdahnya pantun itu..

Oleh itu, saya dengan rasminya membuka soalan ini sebagai pertandingan untuk julung-julung kalinya….
*
*
Siapa orang pertama yang dapat melengkapkan pantun dalam entry di bawah ( CT oi…ini la pantun paling sonang ), dia melayakkan diri untuk menerima HADIAH
dari saya..ewah..ewah..
*
*
huhu
*
*
cepat..cepat...

Yang Kurek itu Kendi

“ee bising betul la mak mentua aku ni”
*
*
*
Berkeriut-keriut dahi saya selepas mendengar ayat yang baru diluahkan kuat oleh perempuan itu. Makcik saya yang berdiri berdekatan hanya buat-buat senyum simpul sambil membungkus-bungkus makanan selepas selesai Majlis Pertunangan sepupu saya hari minggu yang lalu. Saya faham sangat dengan peel dia, tidak pandai mengata orang apatah lagi buruk sangka. Dia memang baik.
*
*
*
Dalam hati saya, biar betul perempuan ni. Makcik saya itu yang kamu panggil mak mentua sebenarnya belum layak lagi digelar mak mentua. Malah kamu juga bukan berada di dalam rumah bakal mak mertua kamu pun untuk kamu bersuara lantang seperti itu. Saya kira dalam 7 hari lagi perempuan itu baru layak dipanggil menantu dan dia pula akan memanggil mak mertuanya MAK bukannya mak mentua!!
*
*
*
Tapi yang sangat saya hairankan sehingga kini, bakal mak mertuanya itu pun dan juga adalah makcik saya hanya gelak-gelak melayankan perangai bakal menantunya. Adakah kerana tiada pilihan, oleh itu terima sajalah perangai bakal menantu memandangkan kenduri besar hanya 7 hari lagi atau pun dia sememangnya suka calon menantu seperti itu!!
*
*
*
Teruja sangatkah untuk menjadi ahli keluarga kami sampai sehingga lupa kesantunan orang melayu. Susah sangatkah berperilaku sopan. Jikalau tidak reti sopan pun, buat-buatlah ayu agar orang masih boleh menerima kehadiran kita. Oh! Mungkinkah dia tidak mahu hipokrit dengan kami semua. Inilah diri saya sebenarnya. Itu bukan tidak mahu hipokrit wahai adikku sayang, itu tidak sopan namanya.
*
*
*
Wahai cik adik sayang, ketahuilah oleh kamu bahawa kami bukannya orang yang memilih, hanya layak menjadi keluarga kami kalau kamu daripada keluarga A sahaja atau B sahaja atau yang hanya mempunyai gelaran sanjungan rakyat sahaja. Itu tidak betul sama sekali!! Sebetulnya kamu lebih tahu dari awal kerana saya akui bahawa antara empat beradik, bakal mak mertua kamulah yang paling senang. Jadi, keputusannya mengambil kamu sebagai bakal menantunya adalah satu keputusan yang kamu perlu syukuri di atas rezeki yang Allah beri.
*
*
*
Bukan darjat keturunan yang diambil kira, malah kalau dari golongan kerabat sekalipun kalau kurang budi bahasa, itu adalah sesuatu yang sangat jelak. Lainlah kalau kamu ada agenda sendiri. Owh..itu sangat malang…
*
*
*
Oleh itu, wahai gadi-gadis manis yang ingin menjadi menjadi sebahagian keluarga kami, ingatlah bahawa dari mana pelosok dunia asal kamu pun dan kurang atau sebanyak mana pun duit kamu adalah tidak bermakna kalau tidak pandai menjaga diri apatah lagi kalau jahat dan busuk hati. Tidak semestinya apa yang ditonjolkan kepada semua pasti disukai oleh orang lain dan seperti juga saya, tidak semestinya saya sebagai bakal sepupu kamu yang paaliing tua kamu akan sukai saya tapi pandai-pandai lah bawa diri di dalam keluarga baru.
*
*
*
Perkara ini bukannya boleh diajar sepertimana saya mengajar cik.balqis supaya hormat kepada orang tua tapi bukalah mata agar boleh melihat perubahan dan pekalah kamu dengan suasana baru itu supaya kamu dapat belajar agar menghormati keadaan dan situasi orang lain. Hormatilah diri sendiri dan orang lain terutama keluarga baru kamu agar orang lain boleh hormat kepada kamu.
*
*
*
Sebab itu bila kakak ipar saya meluahkan rasa tidak puas hati bila dia menegur adik ipar saya tetapi dibalas seperti orang yang pekak tuli, saya katakan saja ‘jangan ambil pot la k.ya dia memang sakit mental dari dulu’, sebab itu adalah jawapan yang saya kira paling tepat.
*
*
*
Jadinya kepada gadis-gadis manis ( noe!! tolonglah buat shortlisted calon-calonnya itteeww!!! ) yang tengah mengendeng-ngendeng adik bongsu saya itu, silalah lengkapkan pantun di bawah kalau nak jadi adik ipar saya kemudian hari…cewahh..
*
*
*
YANG KUREK ITU KENDI,
____________________
YANG CANTIK ITU BUDI,
____________________
*
*
*
sila-silalah jawab..;p
 

Template by Best Web Hosting