06 November 2009

Lagu Nasyid Paling Hot Dulu Kini Selamanya

Pagi Jumaat terasa sangat syahdu lebih-lebih lagi bila melayan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid Nadamurni. Aku tak sangka masih dapat lagi mendengar lagu-lagu ni bila menjengah rumah marini petang semalam.



eh!! kenapa ek lagu-lagu nasyid sekarang tak macam nasyid original macam ni even depa sendiri bila tukar kepada kumpulan rabbani depa dah transform kepada gaya KRU tu. Nasyid nadamurni ni eventho guna alat muzik nasyid paling asli..ahh tatap yang terhebat.



Yang buat saya rasa lagi syahdu bila masa sekolah asrama dulu, petang-petang pada bulan puasa zaman tu memang takde lagu lain la depa pasang. Nadamurni yang paling hot sekali. Kalau ada yang lain pun, macam elleh tak mengancam langsung. alahai.. dia punya feel dengar lagu ni kat kelas nak menunggu waktu bukak puasa tak buleh nak describe. Macam ala-ala aman damai, sunyi, sepi, zero masalah..isk best woh!!!



Lama dah zaman tu, rasanya nak dekat 18 tahun. Sedih sangat bila dengar balik semalam. Rasa diri macam ya Allah alpanya aku selama ni. hahaha memang hover. eh takpe kan aku hover benda-benda macam ni daripada aku hover benda bukan-bukan. yelah kan kadang-kadang kalau syok sangat dengan apa yang kita buat sekarang, sampai lupa apa yang 'sebenarnya apa yang kita patut buat'.



Ini lagu nasyid Sunnah Orang Berjuang. Janganlah pulak karang ada orang kaitkan aku dengan kumpulan Arqam pulak. Bukan apa kadang-kadang ada orang tak boleh limitkan diri dia dengan satu-satu perkara, terlalu fanatik dan memuja. Heran aku.
Lagu yang sangat sedap di dengar.









Munajat is the best of all.








Nasyid Selamat Tinggal Ibuku ni daripada kumpulan Nadamurni Jr. Antara lagu-lagu nasyid paling awal sekali aku dengar dalam tahun 1991. Masa tu Form 1. Ingat lagi bila ustaz kata dia nak jual kaset ni ( hahaha kaset tau ), mak oi akulah antara orang yang paling laju order. Dahlah masa tu mana boleh bawak walkman kat sekolah. Tiap-tiap hari tenung baeek punya kat kaset tu, punyalah tak sabar nak balik rumah hujung bulan pasang kat rumah. owh.. best!! best!! sampai rumah 2 hari suntuk aku pasang. ye la pulak kan balik pon sabtu ahad je maknanya lagi sebulan lagilah aku boleh dengar balik.







Anak Pejuang adalah lagu sangat syahdu didengar dalam bulan Ramadhan. owh lagu sedih.






TQ marini, alasan takde masa dengar ceramah/tazkirah agama adalah tidak best ini juga adalah antara pilihan yang baik untuk orang yang mendengar ingat pada Yang Esa. InsyaAllah.

05 November 2009

Mari Bertukar Profesyen!!

Tidak..tidak.. saya bukan nak bertukar profesyen kepada pengusaha cendawan. Tetapi selepas lunch hari ini saya akan berkerja keras mengadap..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MESIN PHOTOSTATE!!!!!

untuk buat salinan sebijik sebotol dokumen ini dan perlu dihantar esok pagi!!.

Tebalnya jangan ditanya

arghhhh!!! mak tensi uollsss!!!!

ya...ya...SAYA, memang SAYA SEORANG. BUKAN orang bawahan saya sebab jangan berangan saya ada orang bawahan sebab bos kata 'sila pinjam orang bawahan saya'. Saya memang terkonteng-konteng bersendirian. lagipun apa kejadahnya mintak tolong 2/3 orang kalau mesinnya pon ada SATU sahaja





selamat tinggal kerja yang lain

Cendawan : Hasil 5 Beg

hooyeah..hoyeah.. akhirnya hari ini setelah mendapat usb itu, saya dengan gigih memperlihatkan ececeh.. cendawan tiram kembang semangkuk yang tumbuh dari 5 beg media. Kalau dijual dapatlah 4 hengget lebih tapi yang ini semua edisi perut sendiri ;p


sungguh terseksa saya mengambil gambar ini




yang ini sungguh comel




yang ini terlebih kembang


hahaha jangan konpius..saya yang suluh dengan torch light kerana wiring letrik segala sudah punah di dalam rumah store ini






Tak berapa bijak lagi dengan timing menuai.. sebok kata petang nanti..petang nanti.. jadi terpaksa redho dengan kebesaran tak berapa cute ini





Sekian.



p/s : suami kata perlu menambah beg dan upgrade teknik siraman secara auto. saya mahu tunggu dan lihat.. haha memang kijam

04 November 2009

Sangat Bijak bila Berenang bersama usb cable di Lautan!!

Sejak hari Isnin saya mahu update pasal cerita cendawan yang sungguh syiok dan nikmat dimakan hasil cucuk tanaman sendiri tetapi tiada feel kerana tiada gambar sebagai bukti hahahaha
*
Apa pun cendawan untuk tuaian pertama telah selamat di masak oleh saya maid saya semalam. best!! best!!!
*
arghhhhhh!! tekanan...tekanan.. esok mesti dapatkan usb cable jugak!!