09 January 2009

haaaa tudung ekin tu..

Saya baru sahaja menghabiskan sisa-sisa masa di pagi hari bersama Mr.Bi di Tingkat 1, office saya. Breakfast daa..

Saya memang suka kalau Mr.Bi kena pergi Industrial Court sebab 1) saya akan sampai awal ke office sebab Industrial Court start 830 pagi 2) Hearing/Mention di Industrial Court sangatlah cepat. Oleh itu, Mr.Bi akan habis cepat dan makanya juga saya boleh breakfast dengan Mr.Bi. Itu namanya sesi mengada-ngada atau lebih tepat lagi sesi mengulor di waktu kerja.

Mentang-mentangla bos pergi meeting ke MECD pagi ni, saya pun buat-buat meeting juga dengan nasi goreng pagi tadi hahaha sori bos..lapor laa

Di office saya ni banyak booth yang jual segala macam yang anda terfikir sekarang ini. Ini disebabkan salah satu misi Bangunan Biru ini adalah menjadikan Keusahawanan sebagai Satu Kerjaya...( boleh teka ka..bangunan apakah itu? :) ).

Tiba-tiba saya ternampak sesuatu..

"Bi..nampak tak tudung yang banyak-banyak tu...yang warna-warni tu"

"haaa tudung ekin tu..kenapa?"

wahahahaha
tau rupanya...saya ingatkan bila saya bagitau ada orang panggil tudung ni tudung ekin..dia malas nak ambik pot..Rupanya ambik tahu jugak...hahaha

Salah satu kenapa saya bertambah chenta lelaki ini adalah kerana dia memang la suka bergossip..hahaha...Kadang-kadang cerita gosip artis ni, dia lebih tahu dari saya.

ooo watak utama entry saya ini bukanlah pada cerita lelaki itu tetapi adalah Tudung Ekin kerana saya nak bagitau, tudung ekin tu..material yang sama...warna yang sama...corak yang sama...kat Rawang jual rm20. Di Bangunan Biru ini, makcik tu jual RM10 sahaja... :)

Murahkan?

4 comments:

MN said...

abih?
tak sambar seketul dua? *wink*

Nina said...

terus raser nak order..lehhh..ahhaha..

Mrs Azarol said...

Mrs Noba :
ada hati nak 2-3 ketul sebenarnya..tahan godaan nafsu

Nina:
order..order..jangan x order..
takdehal..:)

MS said...

hye..1st time drop komen nie. saya bukan matriks sc @ law. akaun jek. tu pun tercampak kat ipoh. sob2x. dari ukm gak ker?

 

Template by Best Web Hosting