30 January 2009

Minggu yang Malang Sibuk

ooh..dah lama saya tak update blog. Saya sibuk menguruskan majlis tandatangan perjanjian antara company saya dan 40 kolej!!! Sebenarnya kerja hakiki saya sudah siap berbulan yang lepas tetapi dek disebabkan namanya perjanjian, sampai ke sudah saya terpaksa buat-buat sebuk merajinkan diri melayan karenah orang. Tapikan rasa macam melampau sangat bila nak letak titik dalam satu ayat pun nak tanya saya!!!


Nak Update sikit.


Kiddos:

  1. Hazzim dah nak mula berjalan agaknya sebab semua aktiviti dibuat secara menonggeng. Tidur menonggeng. Pegang barang menonggeng. Capai barang, menonggeng. Agaknya duduk tu dah boring sangat kot. Dah mula lepas tangan, lepas tu gelak sorang-sorang.
  2. Frozen EBM semakin bertambah sebab Hazzim sekarang makin kurang minum susu. Malam langsung tak bangun, kalau bangun pun, hanya minum 3oz!!!
  3. Balqis dah tambah satu lagu lagi : ‘ba..ba..black chip..have ya yaul’ hahaha bila la nak habis cik Balqis ye :)
  4. Balqis, siang dah tak pakai diaper. Malam hanya berjaya untuk 2 hari saje, malam seterus dan seterusnya kecundang saje *sigh*
  5. Balqis makin kuat makan. Nasi dan kicap saje. Sekarang tengah suka makan pulut cicah kuah rendang. Senang cerita apa yang fav Mr.Bie semua jadi fav dia lah.. :)

Projek cuti-cuti Malaysia sempena Hari Wilayah : Rawang ---> Kuala Kurau ---> Penang ---> Rawang. yuhuu!!

Sekian. Mak nak sambung buat-buat sebuk kerja.

3 comments:

Anonymous said...

wah, seronotnyer...
berjalan2 yer?

Mrs Azarol said...

huhu jalan2 cari makan..katanya seafood kt kuala kurau murah..nak tengok..betul ke..:)

Zuraimah Ismail said...

yang...x sempat aaaa nak belikan fridge ko tu...makcik aku tu ntah bile ntah nak turun....ala2 ko x leh tunggu...gi la carik fridge to go tu..aku rasa berbaloi juga....huhuhuhuu

entry pasal kasut balqis tu....itu ko kata x banyakkkkkk..hohohohoho :P erkkkk aku pun nak wat entry yg sama la..tpnye kasut2 anak2 aku sume kat umah lama...hahahha lom dipindahkan lagi...lol

 

Template by Best Web Hosting