05 June 2009

Pelempuan Kelab Kaki!!

Cuti sekolah memang sinonim dengan musim orang kahwin. Orang yang paling sebuk mengalahkan tok ketua kampung dalam rumah saya sudah tentunya dato'panglima. Sangat-sangat sebuk mengalahkan pengantin. Tak pernahnya nampak duk diam di rumah sampaikan ke malam kalau pengantin berhajat buat majlis di malam harinya. Jangan haraplah dapat pi bercuti bersama kalau tak 'sound' sebulan awal lamanya.
*
Hari Jumaat lepas, sepupu saya kahwin. Nikah lepas Asar. Sungguh saya tak ingat langsung jemputan hari Jumaat itu, yang saya pasti kendurinya hari Sabtu. Kami sampai di kawasan rumah jam 7.30 malam. Lalulah di hadapan rumah si pengantin. Gayanya ramai betul orang dah sampai. Firasatnya mungkinlah nak merewang malam ni. Saya nampak p.tam saya di hadapan rumah sepupu saya itu dan dengan selamba muka tulus ikhlas dari dalam kereta saya tanya, 'dah lama p.tam sampai?'. 'Lamaaa dah..majlis pun dah habis'. aik..saya pandang Mr.Bie, 'yang...diorang nikah lepas asar tadi ker? Halamak malunya..apsal awak tak sound saya..' Malunya ya rabbi..teruk betul rasanya. Kalau sepupu saya itu rumahnya jauh beribu batu bolehlah jugak dimaafkan. Ini sepelaung saja!! Sungguh la!!
*
Jimat m.cik saya itu sebab kendurinya untuk dua anak sekali gus. Si abang dan si adik. Si abang pilih warna cokelat dan si adik pilih warna pink. Seronok kalau majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.
*
Saya dulu pun, majlis nikahnya dibuat selepas solat asar di masjid. Jam 4.30 petang untuk lebih tepat sebab dato'panglima kata jam 7 malam pun namanya lepas asar jugak. ye laa..ye laa.. pn.zawiyah rasa ralat sikit dengan majlis nikah ni sebab dato' panglima tak sabar-sabar nak mulakan majlis. Macam tak boleh tunggu langsung gayanya!! 'majlis orang awak buleh tunggu, kenapalah majlis anak sendiri tak buleh tunggu lama sikit', ungkit pn.zawiyah berminggu-minggu lamanya. Saya tak kesah lah, asalkan semuanya selamaaattt. Malamnya lepas maghrib, kelam kabut pulak saya dan beberapa 'orang suruhan' siapkan deco dewan sampai 1 pagi. Paginya pulak saya masih sebuk mengambil kek di Selayang sebelum bersiap-siap nak ke dewan. Penat sungguh!!


*
Kami bersiap-siap sampai tak sedar semua orang dah ke dewan. Boleh pulak kami dengan mak andam saja yang masih ada di dalam rumah. Saya yang beria-ia nak kawin ke, dioarang yang terlampau teruja nak berkenduri pun saya dah tak tahu. Nasib baiklah mak andam dengan rasa belas kasihan menghantar kitaorang pi dewan..cit sampai hati diorang meninggalkan kami terkonteng-konteng di rumah.
*


Paling syok kenduri di kampong. Terima kasih ye p.tam kerana menaja kenderaan yang besar gedabak itu. Saya sangat terharu….ewah…. seronok betul diorang beramai-ramaian menaiki kenderaan itu, sampaikan pn.zawiyah kata 'syok naa, macam naik kapal terbang'. Mentang-mentangla saya dan Mr.Bie balik kampung naik kereta kecik, saja la bak buat dengki tu kan ;p

*

*
Rombongan sampai masa orang kampong dah tak berapa ramai. Padahal masa tu baru pukul 2 petang. Kalau dekat KL, masa nilah waktu tengah sesak barat orang beratur ambik lauk. Bayangkanlah jam 3 petang kenduri dah habis. Jam 4 kemah dah turun. Jam 5 kami segerombolan pi mandi sungai. Dahsyat sungguh!!!
*
Puas hati tengok diorang melantak makan dengan bersungguh-sungguh. Maklumlah 4 jam menahan perut. Abahku itu pula memang beriya-iya sangatlah menerangkan kepada semua orang, 'perakman tu diorang jumpa kat belakang rumah saya nilah'. Sorilah bah..kitaorang ni memang j*kun sikit tengok gunung hijau-hijauan di belakang rumah ;p terima kasihnya semua kerana sudi datang jauh-jauh ewah..
*



Ini belum bab crita saya redho dengan ketentuan bahawa muka saya hampir 20% lagi sudah layak digelar ratu opera cina. Apakan dayo..kepada amoi itu sajalah harapan saya. 'u aaa jangan lisau. saya belajar ini make up pengantin sampai itu singapo. saya sudah banyak itu makeup pengantin saya buat. mesti cantik punya maa'. Apa-apalah amoi, asalkan orang tengok masih lagi macam muka orang. Kampung saya ni, masa zaman saya itu, takde lagi butik pengantin melayu malah kedai jual barangan pengantin sekalipun nan ado. Anda haruslah ke Tepeng. Tak kuasa saya nak ke Tepeng semata-mata nak hadapkan muka ni kat orang. Beruntung adik ipar saya sebab masa hari dia, sudah dah ada butik pengantin melayu. Beriya-iya benar buat janji bagai masa hari kenduri. Akhirnya ke amoi itu juga hadapnya sebab mak andam mungkir janji hahahahaha yang bestnya skripnya masih 'u aa jangan lisau la adik. saya belajar ini make up pengantin sampai itu singapo. sudah banyak saya makeup pengantin. mesti sangat cantik'. Cuma ada tambah, 'saya aa tambah ini bling-bling dekat mata aaa..jangan lisau, takdak itu selupa pelempuan kelab kaki punya..ok aaa', nasib la kau ima hahaha nasib baik zaman mak takde lagi nyahh!!!

*
Apa-pun inilah antara momen-momen paling indah dalam hidup kami. Memang sungguh syok kalau dikenang-kenang. ;p


3 comments:

Zuraimah Ismail said...

beb, anggun sungguh ko di hari kawen ko ni......nanti aku visit ko leh tgk gamba kawen mcm ni...ehehehe

Mrs Azarol said...

hahaha aku pong mmg perahsan anggun masa kt umah aku beb ;p tapi jgn ko sebut masa warna merah menyala itu..nak pengsan mak!!

Zuraimah Ismail said...

okey ape masa warna merah tu....tapi muka ko mmg ada lain sket la...ehehehe tapi sebaik xde lembu kejo ek..dah la wat kat kampung...;P

 

Template by Best Web Hosting