23 June 2009

kari oh kari

‘Mamaaa…cepat maa..cerita p.lamlee ni’. ‘Bukan p.lamlee la balqis, nama dia p.ramlee’ ‘ooo p.ramlee rupanyee’. Sekarang ni semua cerita hitam putih melayu adalah cerita p.ramlee. walaupun nordin ahmad yang bersungguh-sungguh peluh ketiak jadi heronya, p.ramlee jugaklah yang dapat nama :)

**

Setelah empat tahun kawin, barulah saya tahu rupanya suamiku itu sangat gemar makan lauk kari. Ayam masak kari, ikan sardin pun disuruh masak kari. Sotong pun jalan dalam kuah kari. Habis cerita kalau dah tak tahu nak masak apa, kari jugalah penyelesaiannya. Dah naik berpinau dah bau daun kari.


Bagus jugaklah gamaknya selalu sangat disuruh masak kari, dapatlah jugak saya improve skill dalam masakan kari muahahaha [ apa motif?? ]. Okeh, korang masak karikan, guna serbuk kari cap apa eh? Saya setakat ni baru cuba en.adabi dan en.baba. Kalau tanya saya mana satu yang ummphh, saya pilih en.baba. owhh..sungguh masyhuuuk.


Kenapa saya suka en.baba?

  • lebih pekat. santan tak perlu banyak. Setakat ni saya memang masak kari guna santan. Belum lagi cuba untuk tukar dengan susu atau tak guna santan atau susu langsung.
  • tapi, tahukan fungsi buah pelaga dalam masakan? Ia boleh memekatkan kuah. Sebijik buah pelaga sama dengan 3 biji kelapa. series. jadi, masa tumis bawang putih, bawang merah, daun kari, halia, kayu manis, bunga lawang, masukkan juga buah pelaga untuk tolong pekatkan kuah.
  • en.baba pun jadikan warna kuah lebih cantik huhuhu kalau saya guna en.adabi, warnanya jadi macam merah-merah. Rasa macam tak cantik untuk kari. Presentation sangat penting maaarr walaupun tak sedap di perut biarlah sedap di mata muahahaha
  • serbuk kari en.baba ni ada 2 jenis. satu yang biasa dan satu lagi yang pedas. saya guna yang biasa pun rasa macam ada cili tapi takdelah pedas sangat pon. Sesuailah untuk budak-budak makan. en.adabi memang kena tambah cili sendiri kalau nak pedas sebab takde rasa pedas langsung…maklumler lidah melayu :)
  • serbuk kari en.baba ada khas untuk udang :)

eh… hidup lagi ker en.alagapas? kena cari ni. mana tahu lagi sedap.


Semalam dalam kereta dok bincang cincang nak masak lauk apa nak makan malam. Alih-alih ‘awak jarang masak ayam kari eh’ <----- sangat bermakna ookkk statement itu. Hadooohh..kari lagi haku malam niii..

p/s : saya nak appoint lawyer, kot-kot esok sampai saman dari en.adabi. mati haku!! :P

*

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting