23 June 2009

Hari ni Malas Keje

Ini bukan kisah saya.
Ini kisah sang raja yang bertakhta di hati saya.
‘king apa bie?’
‘king kong’
‘king kong pon king kong lah’
<------- mood : zaman p.ramlee sengal

Kalau cerita bab odd job apa yang mr.bie pernah buat sepanjang hidup dia, saya memang tak akan menang sebab no. satu, adalah pompuan kena dok umah *boring* dua, sebab saya pompuan. tiga, kerana saya adalah pompuan. ceett ..


1. budak suruhan Pembantu Kantin

tak ingatlah pulak start keje masa tingkatan 2 ker tingkatan 3. bila mr.bie kata duit belanja sekolah adalah 2 posen sahaja. sedih okkk. saya pon idokler banyak mana. lebih 3 posen jer. muahahaha tapi dengan 5 posen masa tu saya buleh beli nasi atau mee goreng sepinggan dengan air sirap. oklah tuh. Kalau 2 posen nak beli apa?
*
*
2. Tukang Bancuh Air

kat restoren ikan bakar. ada lagi restoren tu. mula-mula katanya bos suruh keje ambik order saje. Lepas keje bagus cekap dan amanah bulehlah dinaikkan pangkat jadik tukang bancuh air.

Agaknya sebab tulah bila saya buat-buat macam diva mintak tolong orang kedai bungkuskan makananlah, nak mintak ais lah, nak order lainlah, sayalah yang kena marah balik. maklumlah..konon-konon kan sangat memahami apa perasaan semua orang-orang kedai sebab dia pernah buat keje-keje macam tu. saya kalau ada makanan tak terusik dan nak tapau bawak balik ( ni kes balqis lepas order tak mau makanlah ni ), saya bungkus sendiri okk. pi kat kaunter, ambik polistrin sendiri dan masukkan makanan sendiri dan masukkan dalam plastik sendiri. sangat rajin.

‘awak jangan suruh macam-macam kang air awak ada perisa tambahan kang’

haiyaa
*
*
3. pengusaha Penanam Tembakau

ini juga adalah keje sepanjang zaman persekolahan sejak tingkatan tiga. Upahnya lumayan. Buleh la nak ke k.kangsor naik bas 1 jam untuk shopping seluor jeans di fajar huhuhu upah untuk bulan terakhir tidak diambil sampai tokey tembakau datang rumah suruh ambik upah. masa ni mr.bie dah register masuk uni.
*
*
4. Stesen Minyak

ini adalah antara kerje-kerje kebajikan kerana tidak mahu mengambil upah. Suka-suka ikut kawan katanya. Tapi DAH grad pong, masih juga suka untuk buat part time di malam hari keje di stesen minyak..haaa yang ini memang dapat upah hari.
*
*
5. Kilang Kotak

Keje di sini masa cuti semester. Kejap saja tak sampai 3 bulan. Geng dengan mat bangla. Katanya keje kat kilang ni seronok. Bos sangat baik dan tak kedekut. Paling best kalau dapat shift malam hari sebab keje lagi senang. Kat kilang ni tak ramai awek cun, sumenya makcik-makcik. Itupun sebab makcik-makcik ni kejenya tolong kopek tepi kotak yang tak terpotong. cit…bukan bagus ker tak ramai awek??? :P
*
*
6. Pencuci Kereta

Ini adalah keje yang paling hebat dan selalulah mencabar kewarasan saya. Mana taknya, buleh ye mr.bie ku itu berhenti daripada chambering dan bekerja sepenuh masa mencuci kereta. sabar…sabar…masa ni memang kalo tengok dah macam apa…kulit sangat hitam manis, tangan penuh keras-keras kematu…dahla awak sorang je melayu dalam geng sisi gelapnya itu. nak kata hero tamil macam tak layak. 2 bulan tau jadi pencuci kereta sejati ni. pasrah…pasrah.. lepas 2 bulan bekerja dok berpanas melekit-lekit, mr.bie balik kampong. agaknya bila perasaan dah tenang dan jiwa pun dah tahu nak jadi apa hahaha maka sambunglah balik chambering-nya itu.

Apa lagi eh? Rasanya itu saje kot dan sebab itulah kalau budak-budak sekarang ni ( haish..rasa macam dah tua pulak !! ) kata takde keje..memanglah nak kena dengor syarahan free dari mr.bie. tak namanya pemalas, ataupun konon takde standard.. aiseh

en.hazzim...okeh ker buat segala keje macam ayah?

3 comments:

Unknown said...

wah bagusnya. hubby saya penah keje kfc tapi tahan 1 hari aje. penat katanya. hahaha. saboo je la.

Mrs Azarol said...

hehe..kalo dengor dia crita saya slalu nak gelak jer sbb banyak yg kelakar.

okehla tuh..pengalaman 1 hari ;p

Zuraimah Ismail said...

wallah.....bagusnye laki ko....x duk diam..keje keje n keje...

laki aku penah keja pizza hut n keje tarik cable ape ntah....

 

Template by Best Web Hosting