30 June 2010

Agenda Esok

Esok ai cuti – hahaha itupun nak bagitau orang. Dalam kepala otak ni alahai macam banyak benda nak buat. Penting sangat esok sebab mahu register Balqis masuk Kemas tahun depan. ya Allah! dah sekolah dah anak aku tahun depan. Cepat betul, rasa macam baru jer buat kenduri akikah dia – woh melampau.

Lepas setel kat Kemas kena pi kedai plastik pulak nak bincang segala hal urusan plastik-plastik, rancangan party Jumaat ni dan juga sepanjang bulan Julai bla.bla.bla mungkin sampai tengahari jugak agaknya – eh kenapa ek bila masuk kedai plastik ni 2/3 jam rasa macam 2/3 minit tapi kalau masuk opis 8 jam rasa macam 8 tahun hahaha

Setel kat kedai plastik kena cari ‘dapur bergerak’ kat Mydin. Rasanya macam dah kena adalah benda alah ni. Malu la pulak kalau nak mintak pinjam kat big bos. Kot ye pun nak buat bisnes, macam kedekut sangat bila nak beli ‘dapur bergerak’ sendiri pun susah. Takpe lubna, tutup mata sajalah pikir buat modal meniaga. Kalau tak berjaya pun, buat modal masak steamboat depan tv sambil layan cerekarama pun boleh juga hahaha

Lepas balik Mydin.. errr nak buat apa pulak ni? Tadi rasa macam banyak sangat agenda kekeke oh! kena kemas2 barang apa patut yang nak bawak pi party. Gabra la pulak nak buat party Jumaat ni kat opis. Diri sangat gabra okk, takut takde orang nak join tengok demo masak piza. Maklum ler hari Jumaat masa rehat lama, ramai orang nak pi berjimba-jimba shopping. Kang kalo aku masak piza sorang-sorang kang.. haii takde maknanya la aku berangkut-angkut dapur semua bagai nak rak.

eh! itu saja ke agenda esok? Takdelah sebok benor ;p

Akhirnya saya doakan cubaan pertama consultant baru saya jadi host di opis sendiri Jumaat ini berjaya dengan jayanya. Kalau anda berjaya, saya juga berjaya – ayat saya memang berbaur begini sejak akhir-akhir ini hahaha. Sila muntah ekeke

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting