29 August 2013

Betina Ke Jantan?

Nenek hamba telah membuat firasat bahawa 9 ekor anak hayam ayam hamba semuanya betina. SEMUA betina uolls! Dan beliau meyambung perkabaran berita ini lagi dengan menyatakan bahawa ayam betina lagi mahal dari ayam jantan. Paling kurang boleh dapat rm20 seekor. Huish.. ini sungguh menguntungkan '______'

Jangan risau walaupun keadaan sekeliling sekarang agak huru hara, reban ayam mak tetap utuh berdiri.

Anak ayam dah besar. Kepak dah habis tumbuh. Sehari dua ni dah pandai anak beranak tidor bahagian atas. Lambat betul nak adapt keadaan rumah baru.

Last week orang sibuk memunggah rumah, depa sibuk adik beradik bergaduh tak tentu hala dalam reban. Daripada kalut dengan barang rumah, tak pasal-pasal kalut meleraikan pergaduhan ini. Kalau gaduh sampai buta, tak pasal-pasal tuan ayam pulak akan kemurungan.

Harap-harap mereka dapat bertahan dengan keadaan hiruk pikuk ini.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting