23 August 2013
Hidup Mesti Berjimat
Lambat keluar post hari ini.
8.15am - Pagi-pagi sampai ofis, rantai tersangkut dekat kerusi lalu putus. Mengalami sedikit kemurungan kerana sayang weh walaupun benda tak semahal mana.

8.30am - Kemudian, bergegas pula ke majlis bacaan Yasin dan jamuan raya. Sedap pulak rendang ayam tadi!
1.00pm - Akibat daripada kemurungan pagi tadi lalu telah membeli tanpa sedar satu mesin ajaib daripada officemate. Entah guna entah tidak! Janji mak beli kak non. Melampau betul!

1.20pm - Kerana penyakit yang melanda dalam diri ku ini, maka telah menuju ke Guardian pula untuk membeli vitamin c semata. Will blog it later.

1.45pm - Selepas melantak makan lemang masa jamuan tadi, kesedaran tiba-tiba kembali lalu telah pergi membawa diri ke club nutrisi. Demi kesihatan katanyerr.

2.00pm - Balik dari club singgah pula ke SSF mencuci mata. Manalah tahu kan. Angan-angan nak cari lampu yang berkenan untuk rumah baru nanti. Hover kau Jah!



2.20pm - Lepas cuci mata di SSF ada hati lagi nak singgah Zawara. Rasa seolah-olah masalah kemurungan pagi tadi harus diubati segera sebelum berlanjutan ke kemudian hari.

sigh... Tidak habis lagikah kemerepekan hidup pada hari ini.
Banyak sangat belanja. Macam mana nak naik haji! eh.
Happy Weekends Everyone!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment