09 September 2013

Yuhuu September!



Hey! Seminggu tak dengar khabar berita. I'm good anyway. Tengah adjust keadaan semasa yang sedang menumpang kasih di rumah mak. So far so good. Takde hal yang kronik sebab selama ini pun duduk satu tanah. Rumah je lain-lain.

Last week tak sempat-sempat nak post even one blog post. Sedikit busy dengan kerenah hal court case. Pergi pagi balik petang. Sampai rumah melayan hal lain pulak. Kalau sepanjang tahun macam ni boleh gugur rambut.

Baik. Siapa siapa yang nak recommend kontraktor untuk kitchen cabinet adalah dialu-alukan. Siapa tahu kat mana kedai jual lampu menarik menarik pun boleh. Poning makcik apakah lampu yang sesuai untuk high ceiling. Hal macam ni pun boleh gugur rambut kak non.

Sekarang musim hujan jadi progress rumah memang tak berapa laju. Semalam sempat jugak menyaksikan berakhirnya jasa pokok kelapa di belakang rumah. Lepas ni kalau nak santan kenalah start moto pi kedai runcit. Selama ini orang lain sibuk dengan kenaikan harga santan, mak ok je kak non. Siap boleh buat stok sebulan.

Kemain berlagak lagi kan.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting