06 January 2012

Parut Belah Perut

wah kellass kau kak jah tajuk gaya ala post masakan gitu padahal takde kena mengena langsung. Gedik namanya.


Sehari dari balik dari bukak jahit hari tu, beria-ia buat satu post panjang lebor penuh khusyu', alih-alih tak boleh publish sebab tab buat hal. Memang meroyan betul. Sekarang terpaksa mengadu kasih gadget mak - malas betul nak tengok apa kehei sampai sekarang tab aku tu tak ada net coverage. Tensi.


Pagi tadi setelah 3 hari bukak plaster di perut diri ini telah memberanikan diri untuk membelek parut jahit. Takut bukan sebab sakit atau apa tapi takut kalau-kalau bekas jahit tu tinggalkan parut yang buruks lagi hodoh. Tapi tidak puan-puan, yaaaa terima kasih kepada doktor kerana mengekalkan kejelitaan di perut saya. Mana ada duit weh nak buat cosmetic surgery bagai. Memang mimpi.


Kakak ipar aku pernah tanya, parut ceasarean aku elok tak? Aku cakap (masa tu untuk anak no 3) setakat ni semua ok je. Dia kata parut dia buruk dan senget-senget. haih pelik jugak tu sebab bersalin di kpj .... tak kanlah kan.


Cantik tak cantik of course dia tetap meninggalkan kesan. Parut kali ni paling puas hati sekali, dia macam satu line yang digaris dengan pen bukan lagi macam kesan 'bumper' di tengah jalan. Alah cuba bayangkan di bawah perut anda ada parut macam 'bumper' kat jalan, timbul memanjang dan sedikit gelap, tidak vogeh bukan? Boleh tertekan kalau dipandang hari-hari.


Dulu masa ceasar anak no 1, ada jugak memanjang parut bumper tu. Itu cerita 6 tahun lepas, tapi sekarang agaknya alat makin canggih jadi ada kemajuan di situ.


Nampaknya sekarang siapa yang nak buat pilihan suka-suka untuk ceasar daripada bersalin normal mungkin kena pikir-pikirkan kesan selepas ceasar. eh ada memang ada orang pilih untuk ceasarean. entahlah mungkin sebab dia nak anak sorang dua je sebab siapa nak anak ramai ni memang awal-awal lagi kalau boleh mesti bersalin normal. Aku ni alhamdulillah kategori degil jugak nak 4 orang anak. Kalau ikut doktor dulu 3 orang dah stop tapi aku insist nak try yang ke empat. Lepas tu padanlah dengan muka aku kan.. rasa nak 'mati' tunggu hari bersalin.


Oh ye soalan cepu mas yang orang selalu tanya, belah kat tempat sama ke? iyeeee kak jah! Kat tempat sama. Ada satu parut je kat perut mak ni ha. Jangan la banyak sangat parut weh susah la nak cover malam hari. eh.


daaa...

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting