26 August 2010

Apakah tips untuk menikmati sambal yang sedap?

Seperti yang di angan-angankan semalam untuk masak sambal tauhu dengan udang itu akhirnya terlaksana jua. Minta maaflah gambar tiada untuk mensahihkan kata-kata mencuci mata. Ini kerana ai tidak mampu lagi membeli kamera baru setelah kamera baru yang belum dirasmikan dulu itu telah dirampok oleh perampok bedebah itu. Sabaar je aku kan.. dahlah nak raya.

Ok, sambal itu… bolehlah. Mak memang fail sikit kalau masak sambal-sambal ni. Tak kesahlah sambal apa pun. Heran jugak aku. Bagi lauk pelik-pelik lain aku rasa setakat ni menjadi la tapi kalau bab tang sambal tu rasa macam tak lulus. Mungkin cili aku murah hahahaha tak tahan betul salahkan cili diri sendiri yang tak tahu masak.

***

Semalam agak tension berkadar rendah bila sampai rumah tengok langsir yang dah siap digantung oleh maid aku adalah senget benget dan silap letak. Sebelah panjang sebelah pendek. Baik, terima kasih kerana membantu tapi letih la nak nak turunkan balik adjust yang mana patut.

Ai dah cakap langsir semua akan gantung sama-sama weekend ni tapi kau nak gantung jugak. Bila cakap langsir tu salah sebelah pendek sebelah panjang buat muka pening-pening macam ai pulak yang buat silap. haish letih betul.

Malas nak cakap lebih-lebih. Selama ni memang ai tak pernah banyak cakap sangat pun dengan maid tapi sejak makin hampir nak balik beraya kat indon sebulan ni makin melebih-lebih pulak. Silap cakap nanti dia boikot tak balik sini balik. Siapa yang merana? Akaaakk jugak kannn..

4 comments:

anon suria said...

dari cerita samabl..terus cerita maid! hati-hati bila geram ngan maid...kang tak pasai tak balik sini.

FAM said...

err..mungkin juga masa tumis tu sekejap sgt. kena tunggu biar dia turn hitam2 sket kt. my 2 cents la.

Mrs Azarol said...

anon; hahaha sekarang macam stail tulis je apa yg terlintas. mmg caca merba. maid aku tu aku andaikan mcm diri je kat sini tp jiwa dh sampai jawa. huhuhu

FAM, rasanya pun macam tu jugak. isk.. mmg kena slalu buat lah macm ni kan..

ikpunye said...

nana, ai pun bukan gheti sgt masak, tapi kalau nak sambal sodap, kasi lama atas dapur menumis lada itu, letak asam keping, pahtu kalaa ai, ai lotak gula tu lebiyy sikit, tapi jgn lak sampai cam lori gula tumpah. sekian dr dapur org bujang. hehe

 

Template by Best Web Hosting