08 October 2009

Mengandung, Kambing Golek & Abang Misai

Masa aku publish entry paling baru kat bawah, aku tengok-tengok la jugak sekali bila kali terakhir aku post entry dalam blog ni. laaaa..dah 3 bulan dah rupanya. Lama giler tu. Kalo beranak siap dah habis pantang siap dah masuk keje dah pun. Empat lima kali jugak la aku mengira, eh betul la memang 3 bulan.. chet..


3 bulannnn…


3 bulan terkebelakang ni aku buat apa pun aku tak tahu..dia macam jalan macam tu je. Tau-tau dah bulan sepuluh. Tau-tau dah hujung tahun. Tau-tau dah 2010. Tapi aku masih macam tu jugak. Bosan!!! Aku rasa la mesti ada silap kat mana-mana ni.


Pegi keje macam nak pegi ziarah orang sakit. eh silap..bukan tengok orang sakit..aku yang buleh jatuh sakit masuk opis ni. Kalau bos nak berentikan aku sebab tak menyumbang kepada produktiviti kompeni pun aku setuju.


Aku malas la nak bagi reason aku pregnant tu untuk bermalas-malasan sepanjang hari. Nanti sah-sah orang kata aku mengada-ngada. Sebelum ni dah beranak 2, ok je. Apsal pulak preggy anak ketiga ni lebih-lebih pulak mengalahkan penyambut tetamu kat opis aku ni yg tengah sarat mengandung anak sulong. Kompem mesti ada orang cakap-cakap belakang ni. Lantak korang laa..


Tapi series la weh..tak kanlah aku lalu nak berlakon jadi minah lembik selama 3 bulan ni. Penatlah weh. Pelakon hebat juta-juta pon dapat cuti sehari dua. Nak kata aku muntah-muntah, aku pusing-pusing mual je. Nak kata aku memilih makanan sebelum ni, sekarang ni tengok nasi macam tak lalu pulak. Nak kata aku sakit pinggang memang takde, tapi keje aku tido je sepanjang hari. huih..tak buleh nak kata apa dah..


Minggu ni aku rasa macam sihat sikit. Aku tahu aku sihat sebab aku dah ada hati nak tempek bedak kat muka aku. Dah ada hati nak pakai eyeliner sikit, blusher sikit tapi jangan bagi mak lipstik, leceh.

****

Hari Isnin lepas adalah hari paling menarik sebab no. 1 dapat makan kambing golek yang aku idam-idamkan dari bulan puasa hari tu lagi dan no. 2 sebab first time nampak abang misai ( dan mak siti jugak hehehe ) secara live. Nak jugak sebut abang misai dulu daripada nama mak siti kannn. Auwww hensem nyahh!!! Mak dulu takdelah ada hati sangat nak kepochi2 pasal abang misai ni sebab mak anggap dia ni macam dah-tua-tak-hensem-sanggup-tinggalkan-bini-sebab-dapat-siti. muahahaha


Patutlah mak siti tu tergila-gila kan orang tua ni wui…si tua ni memang hensem, mantap lagi bergaya. Duit jangan kira lah kan. Kalo korang tengok gambar ni macam biasa-biasa je kan..korang tetap salah..dia memang hensem dan takdelah nampak tua sangat pon. Kalau siti tu nampak macam putih sebab dia memang putih plus makeup 2 inci, orang tua ni pulak memang putih merah wui..


Macam mana aku express kat korang ni kan..macam tu jugaklah aku menunjukkan keterujaan aku kat en.bie, ( siap-siap standby kot kena marah sebab tak sedar diri dah ada laki :p ) ewah..ewah..dia pulak join sekaki melayan gossip dengan aku ( bersyukur sebab nasib tak kena marah :D )


Malas la cerita banyak-banyak…tengok je lah kemesraan aku dengan abang misai lagi jutawan bersama dengan mak siti yang cute-mute..muehehehe




Kita mulakan dulu dengan tempat pertemuan *muntah
Nampak tak pakcik badan semangat baju melayu hitam tengah berdiri atas stage tu?
Dia punya gelek, aku rasa macam nak gelek sama..yang terhebat pernah kulihat.


*


Ini bos tuan rumah.

Dulu, dia bos aku kat tempat kompeni aku keje sekarang.
*

Ini orang rumah tuan rumah :)
*

masa ni kan macam, eh..eh..kenapa macam kenal je misai ni?
*




Kanan sekali si baju kuning adalah millionaire buat paip kat Malaysia ni. Orang gelar dia iron lady. Si tudung biru adalah orang kuat Pusp*anita dan di Si baju merah adalah isteri kepada Datuk K*SN.
*




VVIP hari tu adalah Si Baju Pink
*




Kuruskan?
*

:)



Ini adik ipar aku. Dia memang keje kat sini.
Ada ker rupa zahid AF tu?
aku cakap; ye laa..zahid gemok.


Perut kenyang, senang hati.

eheh!!

6 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Macam pernah kulihat gambar2 itu..;P

Mrs Azarol said...

hehe...apa nak buat.. :)

anon suria said...

nana...peknen? tahniah. bila lah anon nak produktif kuar anak lagik nih? doakan yerk...

nana...siti tu kiut lah. maintain lawa..

suraya said...

aku gemuk di gambar ittew...menciklah...

Mrs Azarol said...

anon; tenkiuuuu :)insyaAllah..tak lama la tu..

yaya; kena terima hakikat u!! ;p

Unknown said...

nampaknya abang misai dah jadik abang janggut jugak la kekdahnya. hehehe.

 

Template by Best Web Hosting