12 November 2012

Selamat Pagi Isnin

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Source: thehomeschoolchick.com via Debbie on Pinterest

hahahaha

Semalam maid ambik cuti weekend.. ya Tuhan.. macam kan tak pernah maid ambik cuti keadaan aku punyalah tonggang terbalik. Kelam kabut Tuhan je yang tahu. Sampaikan kenduri kahwin sedara pun aku tak pi semalam. Aku dengan anak-anak jelah yang tak pergi. Hubs sorang-sorang pi makan nasi minyak. Boleyy gitu? Tak tahulah apa yang stress sangat padahal hari tu elok je sebulan full time ai dok kat rumah. Letih.. letih.. memang kena makan makjun kalau macan ni.

Minggu ni ada dua hari public holiday kan? Rasanya macam dah kena start kemas and categorize barang-barang kat rumah yang mana nak buang, yang mana nak simpan masuk dalam kotak dan yang mana nak guna tak payah masuk dalam kotak. Cakap kat hubs rasanya nak ambik gambar rumah papan ni buat kenang-kenangan sempena 6 tahun duduk kat rumah ni. ewahh.. syahdu pulak rasa. And have to publish in the blog too… hehehe

 

Cepat mana pun nak robohkan rumah ni , tetap kena tunggu lepas majlis kenduri kahwin adik selesai. Mintak sangat katanya roboh lepas kenduri sebab nanti keadaan rumah keliling mesti bersepah berhabuk. Sehari lepas kenduri pun takpelah asalkan lepas kenduri. So, nak tak nak lepas 30hb. Disember la jawabnya. Maknanya tahun depan jugaklah baru boleh start projek. Elok jugaklah kot sebab rumah sewa pun tak cari lagi. Ingatkan nak sewa kawasan satu kampung je sebab silap haribulan tempat letak barang je kot, tido masih kat rumah mak.

Apa nak buat eh untuk merayakan deepavali esok -

  1. Kemas rumah.
  2. Shoot gambar untuk mengenang masa lalu blogging porposes.
  3. eeerrrrrrrrrrrrrrr
  4. eh itu je kerrrrr
  5. Betul ke itu je nak buat esok
  6. Betul la tu kot.

ah kecoh la lu.

daaa

 

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting