14 November 2012

Esok Cuti Lagi. Kemas rumah?

Hari Isnin gebang sungguh mahu mengemas rumah and whatnot. Memang sudah ku agak kemas ke mana rumah ke mana. Benda lain jugak yang nak dibuat. Belum apa-apa, malam Isnin yang nak sambut diwali tu kemain lagi kami plan nak ke Pasar Awam Sg. Buloh, Kuala Selangor esok awal pagi. Siap kena warning dengan hubs kita mesti keluar awal macam nak pi kerja.


Hahahaha okeh gelak dulu.


Pagi apa jam 815 pagi pun masih menggoreng cekodok labu di dapur. Rawang ke Kuala Selangor? Semata - mata beli bahan basah? Ya, betul. Jangan konfius. Kami menggunakan highway LATAR and only takes 30 minit untuk sampai Kuala Selangor. Still jauh? Tapi pasar pagi dia heaven ok. Semua haiwan dari laut yang sungguh fresh. Rasa macam nak beli semua walaupun tahu entah bila la nak masak semua ini. Semalam ada orang jual telur ikan yang ai tak pernah nampak sebelum ni. Bukan telur ikan biasa. Ini telur sebijik sebijik macam telur ikan salmon tapi besor besor macam besor telur cicak? Tak tahu telur cicak besar mana? Alah tak dapek den nak nolong tu do. .


Memang sedikit geli tapi sebab perasaan ingin mencuba makanan eksotik lalu ku beli juga o_O. Ikan kembong semalam agak murah jugaklah rm6 sekilo. Ketam semalam pun murah jugak dalam rm16-18 sekilo ikut saiz. Paling tinggi hari tu pernah sampai rm26 sekilo. So, semalam memang memborong ketam sungguh. Udang pulak takde musim agaknya. Alahai kecik-kecik, bolehlah kalau nak buat sambal petai. Patutlah kat Tesco harga udang saiz xl sampai rm19.90 sekilo. Tengah takde musim la ni. ewah. . . dah rasa reporter pasar tani pulak gayanya.


Tapikan mahalnya ikan merah weh.. . biasa tak pernah beli sekor sekor. Selalu kalau beli cutlet 2 keping kat Tesco pun jatuh berapa ringgit je. Sekali kau beli sekor kecik semalam lepas timbang rm25 hengget katanya. Kecik je pon bukan besor mana, adalah besar sikit dua tapak tangan aku ni.


Cerita cerita tapi takde gambar memang tak syiok. Ada lah ambik gambar satu semalam, alih alih pagi ni cek balik eh dah takde. Keciwa betul. Ada la kot orang boikot ni kan.





Anak dara sorang ni memang kena bawak. Kalau tak dia akan buat onar di rumah :O


Balik dari pasar, operasi terus bermula. Maid tolong siang ketam dan aku dan anak dara siang siput sedut. Cakap kat hubs kalau nak tahu lalu ke tidak makan siput sedut, cuba siang sekali. Dapat pulak yang ada macam ulat sampah duduk dalam cengkerang kosong. hoh memang naik bulu betul.





Dia ni bukan tahu geli. Dia pi usung yang hidup-hidup takutkan adik-adik dia.


All in all walaupun tak dapat kemas rumah tapi dapat makan sedap sempena diwali. eh. . . hahaha ok ok takde kena mengena. Saja nak masak over sikit semalam sebab rasa macam dah lama tak masak sangat. Selalu cincai cincai saja. Alhamdulilllah lunch mengadap ketam goreng, ketam masak cili, siput sedut lemak labu, telur ikan masak lemak cili api dengan rumah yang bersepah.


Lepas lunch projek bersama mama nak pi tempah baju untuk kenduri kahwin hujung tahun ni. Setel tempah baju pi mengadap roti canai pulak kat mamak. Memang perut beruang betul. Nak buat macam mana. Sempat juga singgah ke Tesco cuci mata dan terjumpa ini di King's.





Sedap sangat weh. Alamak memang sedaplah. Sekarang tengah promo price rm12. I am a King's member so dapat rm10 for 6 mini cakes. Awaaaaayyy cheaper than normal price orang jual. Ada orang jual sampai rm2.50 satu dan tak selembut King's punya. Sampai rumah ai terus melantak sampai 4.



Petanda-petanda kegemokan telah tiba o_O


daaa

posted from Bloggeroid

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting