17 February 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

 

Saja nak share, dapat dari fesbuk.

 

***

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -

“Assalamualaikum”


dan…Jawab salam -

“Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”

dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;


“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada XXXX ye”

Dan bukannya : “Kirim salam kat XXXX yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana As Salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”


Sekian, semoga ada manfaatnya

Wallahua’lam.

 

****

1st time aku dengar orang bagi salam masuk rumah/ofis dengan cakap ‘salam’ ni masa aku keje satu legal firm di Sri Damansara tahun 2003. Bos aku ni hindu Indian tapi entah apa sengal otak self-claimed as Muslim dan tak boleh blah sekali dia hanya berpegang pada Al-Quran saja. Sunnah semua tolak tepi tak pakai. Apekenamenyer group diorang ni, tak ingat betul teman.

Bos aku ni kalau tetiba naik sheh dengan aku-aku sekali kena ceramah ‘agama’ dalam bilik dia. Berbulu je kena tadah telinga.

Masa tu dalam hati eh apekehe dia ni tak reti nak bagi salam betul-betul ke. Sebut ‘salam’ je.

Sekarang ni pulak trend kalau on paper ker, sms ke selalu orang tulis ‘salam’ je kan termasuk ler aku tu. Tapi aku tak pernah la pulak sengal sampai nak bukak mulut bagi salam kat orang pun cakap ‘salam’ je macam bos aku dulu.

Rasanya aku nak cek jugak lagi dengan orang-orang yang lagi berpengetahuan dengan perkara-perkara macam ni ( isu perkataan ‘salam’ ). Bukan apa  tak naklah nanti orang cakap, main ikut buta tuli.  Biasalah typical Malaysian asal nampak benda macam betul elok sikit je orang pakat ikut ramai-ramai. ya, ini nasihat untuk diri sendiri juga. Jangan mengada-ngada nak sentap-sentap :P

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting