04 February 2011

Front Porch

These are the ideas.

****

ai beli 2 penyangkut ini 3 tahun lepas in 2007. heh lama betul. I bought it for rm7.90 each di Cameron Highland. Quite expensive tapi ai nak jugak walaupun masa tu tak tahu nak buat apa.

Semalam bila ai seorang sahaja duduk di rumah dan en.somi pi kerja ai mulalah tiba-tiba rasa nak menyibukkan diri. Masa en.somi ada di rumah ai bukan tak nak lantik beliau jadi pembantu peribadi tapi alasan beliau takde mood lagi akan buat ai terus membatu depan tv. Sarcastic smile

Oleh itu, di kesempatan ini ai akan buktikan diri ai boleh.. yes!! yakin boleh!!

Masalah pada penyangkut ini adalah bila sudah terlalu lama disimpan di dalam gobok makanya segala skru telah hilang. Tidak rajin untuk ke kedai hardware makanya juga ai terpaksa godek kotak kasut ajaib ai, mana tahu ada stok paku atau skru yang sesuai.

7_Photo0086

Mula-mula ai nak gunakan paku dinding biasa tapi bila fikir balik macam mana kalau ai nak pindahkan penyangkut ini kat dinding lain. Meruntuhkan dinding bukanlah idea yang bijak bukan, jadi kita tolak paku ke tepi dulu.

4_Photo0083

Oleh itu, penggunaan skru adalah paling tepat sekali. Lagipun ai rasa tak bagus untuk gunakan hammer dalam projek ini, daripada niat nak gantungkan benda ini lansung dinding rumah ai roboh. ohh tidak sesuai di situ. Screw driver is the best option.

4_Photo0082

Oleh kerana skru semua berwarna silver jadi macam tak berapa kena sebab penyangkut itu warna hitam. Nasib baik masih ada baki spray paint. Kebetulan yang ada adalah jenis ‘heat & weather resistent’, memang sesuai sangatlah untuk projek kali ini.

5_Photo0084

Leceh ah nak spray benda kecil sebab bila spray one side, kena tunggu sampai kering baru boleh spray another side. Kalau tidak bila dia melekat-lekat dengan kertas, cat dia akan tertanggal sekali.

Photo0085

Konon-konon tadi eksyen sangat tak nak ada pembantu peribadi, sekali kauu susahnya haku nak pusing2 masukkan skru ke dalam kayu. Nasib baik ada ayahanda sedang berehat-berehat di porch beliau terus ai lantik jadi pembantu peribadi sokongan hahaha. Bagusnya biasalah ayah ai tak kan say no kalau ai mintak tolong bertukang.

Nasib baik ai telah membuat keputusan bijak memilih skru tadi sebab ayah ai telah tersilap perkiraan jumlah jarak alur kayu dari pintu. Belah kanan jarak dia 6 alur kayu tiba-tiba belah kanan jadi 5 pulak. Gigih ayah ai bukak balik untuk bagi sama jarak dengan penyangkut belah kanan.

Siap!!

Photo0095

Rasa diri sungguh bermakna hari itu sebab finally after 3 years, benda ini tergantung..wow!!. Konon banyak sangat benda nak buat bagi mengindahkan porch sekangkang anak kera ini tapi itulah kalau rajin cepatlah siap kalau tak berapa nak rajin, itu yang tak boleh nak jawab.

Till then, wait for a next week post ( Friday ) untuk tahu apa ai nak gantung kat situ :)

Have a Nice Weekend Everyone!!

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting