29 October 2010

Patut-patutlah Kalau nak Rotan Anak

Malam tadi aku dan en.somi tak makan malam di tempat biasa kami makan. Aku yang cadangkan cari kedai tom yam lain. Bukan sebab tak sedap atau boring tapi ada satu benda yang buat aku sedih sayu sampai tak lena tidur kalau aku makan kat situ lagi. Nasib en.somi tak tanya kenapa sebab kalau dia tanya mesti berpanjangan lagilah kesayuan aku.

Betul lah orang kata kalau tak dengar dari telinga sendiri, tak tengok dengan biji mata sendiri memang tak berkesan dalam hati. Kita baca dalam surat khabar orang tinggalkan anak, orang dera anak, orang pukul anak sampai separuh mati tapi sampai mana perasaan kau hari itu. Aku tak tahu orang lain tapi lepas aku makan tengahari hari itu aku boleh lupa apa yang aku sedihkan pagi tadi. Senang kan sebab kau sedih tapi kau boleh lupa apa yang kau sedihkan dan bila kau marah kau boleh lupa apa yang kau marahkan.

Dengan telinga aku sendiri, aku tak percaya manusia jenis apa yang sanggup pukul anak sampai macam tu sekali. Bayangkan aku tengah makan di tepi blok satu apartment tiba-tiba suara budak dari tingkat 4 betul-betul depan meja makan aku meraung menjerit sampai separuh mati menahan kesakitan kena pukul dengan mak dia.

Aku boleh sabar kalau jeritan tu sekadar sekelip mata tapi kalau kau dah dengar budak melolong kesakitan sampai 15 minit tanpa henti, apa kau rasa? Sumpah aku nak nangis.

Sampai aku tanya kat en.somi, boleh tak telefon sapa-sape? Maksud aku sebenarnya boleh tak kita telefon polis? Series ini memang gila. Aku rasa nak hampuk mak dia dengan meja. Gila ke apa dia ni. Kau ingat anak kucing ke nak pukul anak macam tu. Kalau anak kucing sekalipun aku tak tahu anak kucing boleh hidup ke atau tak. Paling tak tahan aku boleh bunyi pap! pap! pap! dia pukul anak dia. Tingkat 4 tahu.. tingkat 4 pun kau boleh dengar sampai bawah!!

Anak dia LARI. Ya, lari keluar rumah. Budak Cina. Umur masih di sekolah rendah. Berbaju tidur warna merah. Aku sedih.

Ramai budak umur sebaya dia turun ramai-ramai berkumpul tepi tangga nak tengok apa yang jadi. Aku agak mesti kawan satu sekolah.

Bila aku nak balik, dia duduk tepi longkang tepi kedai makan tempat aku makan tadi. Sekarang apa aku nak buat? Aku makin sedih.

Dah makan ke dia?

Balik rumah tak dia?

Kalau balik, kena rotan lagi ke dia?

Mana dia nak pergi sebenarnya?

Dah 2 malam aku tak senang duduk. Sudahlah blok rumah budak tu betul-betul mengadap pintu rumah aku. Macam terngiang-ngiang suara dia menjerit. Sumpah aku benci rasa macam ni. Benci sebab aku tak buat apa-apa untuk budak cina tu.

Aku pun rotan anak aku kalau dia buat pe’el tapi patut-patutlah nak rotan anak pun. Apalah salah budak tu sampai mak dia naik gila. Ke memang dia gila??

Aku tak sure apa hukum mendoakan kesejahteraan kepada orang bukan Islam tapi aku doakan budak itu selamat dan harapkan yang baik-baik untuk dia.*sigh

Tapi ini bukan isu orang melayu, cina atau India Islam atau bukan. Ini isu lebih besar untuk keselamatan budak itu kan? Hak dia sebagai kanak-kanak, hak untuk dia berada dalam keadaan selamat atau hak dia sebagai manusia sekalipun tidak boleh dibezakan oleh ugama. Aku memang doakan yang baik-baik untuk dia.

Siapa boleh bagi aku talian untuk report penderaan kanak-kanak ni? Siaplah kau kalau aku dengar lagi!!

2 comments:

Unknown said...

adakah ini kes kerana anaknya tak reti nak buat kerja sekolah? sebab kebanyakan bangsa diorang kan mmg gitu kalau bab belajar ni. strict bebeno.

harap2 budak tu tak apa-apa lah. kesian pulak rasa.

Mrs Azarol said...

beb, kalo mak dia rotan mcm tu sbb x buat keje sekolah.. woh dahsat beb. memng strict benor le gamaknya

 

Template by Best Web Hosting