09 July 2009

seperti yang dijanjikan semalam

... saya akan bagitau jawapan ..cewah!!.. berkenaan samada kedai manhattan.fish.market sudah dapat sijil halal atau tidak.
ok. mari lihat satu-satu.

owh, saya baru bercakap dengan cik syarifah dari HDC untuk kepastian. Silap bagi info nanti mak susah okk :) kalau pening, buleh call 1-800-880-555 untuk keterangan lanjut :)
*****

LOGO

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi;

  1. bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;

  2. perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang

  3. diikuti tulisan rumi “HALAL”;

  4. bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;

  5. dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataanArab tersebut.

Walaubagaimanapun, HDC benarkan syarikat mencetak warna logo mengikut kesesuaian pembungkusan produk masing-masing selagi mana tidak mengubah spesifikasi logo asal yang dikeluarkan.

ok, senangnya macam ni, kalau logo halal tu ada tulis HALAL MALAYSIA, jadinya logo ini adalah dari HDC sendiri.

PENTING : syarikat masih boleh mintak sijil halal dengan kerajaan negeri, contohnya dari JAIS untuk mereka yang buka bisnes dalam selangor.

Logo diorang ada beza sikit iaitu takde perkataan MALAYSIA sebab sijil hanya sah untuk negeri selangor saje ( kalau apply daripada JAIS ). Sijil daripada HDC sah dan laku untuk satu Malaysia. Logo dari negeri masing-masing ni pun akan ada kod tersendiri dekat logo tu bermula dengan huruf H dan diikuti kod-kod negeri masing-masing.

Isu bentuk logo dari negeri, saya tak sure pula. Ingat tak colgate keluar logo halal bentuk tiga segi? macam mana tu? ( saya harus cek dengan negeri pulak ke? ye, nanti saya cek lah )

ok. panjang lebar pasal logo.

Dalam kes ni, MFM di Sogo ( saya tidak tahu di tempat lain ;p ) memang tiada logo/sijil halal.


*******

apa itu halal.

mesti orang tanya.. 'aik ikan ada haram ker?


Halal yang dimaksudkan adalah ( takrifan daripada HDC/JAKIM )
  1. bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; <-------- ikan / udang ....


  2. tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak; <-------- bahan masakan / awet ?


  3. tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; <------- tidak disahkan oleh HDC/JAKIM/Negeri


  4. tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. <-------- bahan masakan/awet?

********

REKOD

ya, pn. syarifah daripada HDC telah sahkan bahawa MFM tiada di dalam rekod HDC/JAKIM. Tapi beliau cadangkan agar semak dengan negeri. Isunya, kalau ada kelulusan daripada negeri, mana logonya?


mari lihat apa ada dalam rekod.


Tiada.


sekiranya ada, pasti dalam senarai NO. 758.


Alang-alang tengah cek, mari kita lihat McD dan KFC ( sila lihat daripada 609 hingga 612 ).


Satu perkara lagi, siji halal ke atas produk dan kedai adalah berbeza ye. sebab itu setiap premis kedai makanan contohnya restoren McD perlu mohon sijil halal bagi setiap restoren masing-masing ( termasuk juga sijil ke atas produk ). Bukannya satu sijil McD cover sume kedai McD di seluruh Malaysia. INI CONTOH. Jadi, sila hati-hati juga bagi restoren berkonsep francais.


kalau melibatkan produk, sijil halal perlu dipohon bagi setiap satu ke atas produk pengeluaran.


Contoh produk -----> kicap masin cap tamim. memang tiada premis restoren semata menghidang kicap. Maksudnya tak perlu sijil halal untuk kedai/restoren.

*****

Sebarang aduan/pertanyaan berkenaan dengan isu seperti ini atau kemusykilan kita sebagai pengguna islam ke atas produk halal / haram, buleh juga dirujuk kepada Bilik Gerakan, Bahagian Penguatkuasaan, KPDN di talian 8882 6088.


saya sudah telepon, tidak berangkat.

**********

ok. selesai kerja saya ( hoih..penat betul keje hari ni ;p )

apa kata anda pula?


4 comments:

FAM said...

hmm...mmg susah skrg mkn kt mesia nih. semua meragukan. masak je la..huhuhuhu

Rizza said...

kalau fish n chip ni... apa yg meragukan adalah 'batter' yg menyalut ikan tersebut.. biase nye resepi org putih ni depa letak beer dalam tu supaya chruncy [sorry salah eja rase nye..], dan kalau mengoreng pula.. biase nye pakai minyak sayur.. tapi yg diragukan ..jika mereka pakai goreng campur ngan lain2 atau guna lemak binatang yg haram ...

selagi kita rase salutan/gaulan tepung ikan tu tak de campuran beer/wine... ok le...

Zuraimah Ismail said...

amboiiii rajinnye ko nyahhhh

Mrs Azarol said...

mommydania; didoakan agar mak slalu rajin masak. hari2 slalu x rajin heheh

rizaa; haa tu la pasai. bhn seasoning etc tak tahu apa

ct; ini namanya ada keje lagi mencari keje w/pun mak tahu tidak langsung menyumbang ke arah menaikkan gaji huahuahua

 

Template by Best Web Hosting