wow wow weeeee…
Kami baru balik dari holiday di Pulau Tioman. Saja tak nak excited lebih-lebih nanti propa je akhirnya macam excited nak tengok gajah di Kuala Gandah. Bila tak jadi ai jugak yang keciwa menonggeng tak dapat tengok gajah kan hahahaha
Ini adalah ofis trip yang julung-julung kalinya dibuat untuk semua family K.A.C Rawang. Fully sponsored untuk ahli keluarga sekali. hamboi uolls kalau tak gembira jugak memang saja lah tu. Kami je terhover sikit sebab bawak sekali my ayah, mama & wan!!! Biasalah nama kan boss, mesti lebey.. hahahaha ok ok, jangan hover sangat, orang menyampah.
ai suka road trip. ai just love road trip. Suka sebab you can take your sweet time sukahati nak berhenti kat mana, singgah makan kat mana, tiba-tiba nak shopping barang merapu tepi jalan, tiba-tiba anak-anak buat hal nak kenc la sakit perut la, memang semua takde hal la setakat ni. Berhenti je. Tapi itu we all.
Kesian kat staff yang tak biasa road trip jauh-jauh 7-8 jam dan tak sangka pulak ai yang Pulau Tioman ni jauh kemain. Patutla ada airport sendiri macam ke Langkawi. Bezanya ke Langkawi kau tak rasa penat sangat sebab bila exit dari highway, hanya dalm 30 minit je nak sampai ke Jeti Kuala Kedah. Tapi yang ini nak sampaikan ke Jeti Mersing dari exit highway sahaja pun lebih kurang 2 jam. Itu kalau gps kau tak buat hal. Kalau gps buat perangai bagi arahan masuk felda jauh – Felda Jemaluang – 2 jam lebih tak nampak tamadun manusia weh. Hampes punya garmin. Sengal urat.
Kami bertolak dari Rawang jam 12 malam. Berhenti dua kali dekat R&R, jam 730 pagi kami sampai Jeti Mersing. haaa berapa jam tu? Ada yang muka dah kelat-kelat je sampai jeti. Kesian ai tengok.
Sampai jeti, tengok feri bertolak jam 830 pagi. Memang tak sempatlah nak breakfast ke apa. Nak setelkan tiket semua pun dah makan masa. Memang ngam ngam je dapat ambik nafas sikit terus masuk feri. Anak-anak ai yang berlengas pakai baju tidur pun ai tukarkan baju depa kat jeti je. Takdelah nak mandi bagai, kang dah sampai Tioman terus terjun laut je lah Nak.
Jauhnya Jeti Mersing ke Pulau Tioman adalah lebih kurang 2 jam. Memang lama. Jangan budak meragam je. Tidor takpe – kurang stress. Nasib we all hari tu tak baik sikit sebabbaru lepas ribut so, air laut bergelora. Dia punya goyang jangan cakaplah der. Rasa nak terbalik feri. Mak ai dah muntah. Hubs muka dah kelat-kelat. Staff ada jugak dah terpeleot menahan muntah. 2/3 orang jelah like superheroes termasuk diri ini. eceh. Ayah cakap, naik kapal terbang pun tak setakut ini. haaaa sila sila lah standby ubat muntah ye tuan puan.
Rasa-rasa berbaloi tak dengan perjalanan yang begitu ‘seksa’ ini bila dibandingkan dengan pemandangan seperti ini?
view from our room
view from the beach club
jetty
BERBALOI. FULLSTOP
Sebenarnya hari yang kami sampai tidaklah secantik ini sebab baru lepas ribut – ini hari ke-2 & ke-3 - tapi yaaaaaa inilah Pulau Tioman. MashaAllah!! First time tengok laut yang sungguh kagum rasanya.
ok. kita sambung esok lagi.
daaaa
0 comments:
Post a Comment