13 June 2012

Rumah : Bathroom Sinks

Hari ini puas adjust mood dari pagi tadi apa nak buat bagi mood ceria sikit hari ni. Dari semalam rasa diri ini sungguh tidak bermakna.. aiseh. Moody je. Elok sangat la semalam balik dari kerja pi tengok movie - Avengers - di klcc. Memandangkan Captain America sungguh cute maka cerita itu sungguh comel.
 
 
Ya, tahu, orang lain dah berzaman tengok cerita tu, i dengan bangganya baru tengok semalam. Cute cute Captain America pun hari ni datang ofis tak ceria juga. Rasa nak pi tengok lagi. eh.
 
 
ok. ok. sila kembali ke pangkal jalan.
 
 
Last Friday, berbunga-bunga hati i bila mr.hubs ajak tengok barang kat Houze Depot. Walaupun tengok saja tak beli nak jugak hati berbunga-bunga. Memang hover macam ni. Plan memang nak tengok tengok harga and mula cari design barang yang berkenan. Nak beli pun bukannya boleh tahu saiz apa. Nak tunggu juga rumah dah berdiri tegak depan mata, at least bolehlah nak agak-agak barang macam mana nak beli.
 
 
Subjek fokus : sinki
 
 
Ingatkan senang tapi kalau nafsu tu memang gedik sikit nak yang sink design menarik memang boleh buat berpinau bijik mata. Sekarang ni pulak banyak betul yang menarik. Tang duit tu je yang tak berapa menarik – yang ini memang selalu tak menarik. Memang tak lojik kalau habis duit takat beli sink je. Tak tahulah pulak kang ada yang teringin jadi p.ramlee angkut bantal tidor dalam bath tub.  Tapiiii i tell you memang lojik kalau rajin sikit boleh dapat diskaun dari sink price rm800 turun jadi rm200 je weh. Siap pakej dengan tap sekali :)
 
 
Setakat ini aku membayangkan akan ada 6-7 bijik sinki yang perlu di beli. Satu untuk dapur 5-6 bijik untuk 4 bilik air. I like the idea 1 bathroom 2 sinks. I don’t think its a practical design pun memandangkan kau takdelah gosok gigi romantik sama-sama berdua-duaan pun kan tapi biasalah ini semua nafsu semata-mata tahu. Takpe, kita bayangkan dulu akan diusahakan juga kemudian.
 
 
All ideas and designs datang dari Houzz.com. Kalau lihat kesungguhan diri ini membuat research rasa macam boleh dapat phd. hamboii macam takde kerja lain =p
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
*
*
*

 

Ada mana-mana yang berkenan? :)

1 comments:

Anonymous said...

When someone writes an article he/she keeps the
thought of a user in his/her mind that how a user can be aware of
it. Thus that's why this piece of writing is outstdanding. Thanks!

Also visit my web page - http://www.niilodesign.com

 

Template by Best Web Hosting