06 June 2012

Ingatkan nak Cerita Langkawi Hari Ini =p

Ya, aku tahu entry semalam lambat betul di post memandangkan ramai yang suka terjah blog orang pagi-pagi. Sambil-sambil melahap breakfast, memang kusyuk baca blog orang. Memandangkan semalam kan ada cerita pasal tinja tinja jadi rasa macam tak seronok di gembar gemburkan di waktu pagi. Mati nafsu.

 

Awal pagi tadi, contractor rumah call bagitau nak datang rumah nak letak barang-barang construction. oohh lupa nak bagitau yang rasanya kami dah dapat bertemu jodoh dengan contractor yang bersesuaian dengan jiwa raga kami. aiseh. ya, faktor jiwa raga juga harus dipertimbangkan dan harus mempunyai persamaan memandangkan muka dia lah yang akan aku hadap berbulan-bulan selagi rumah tak siap. Contractor kami ni walaupun sedikit garang tapi hati sangat comel =p

 

Dia ni kalau boleh hari-hari nak melobi dangan mr.hubs belanja minum petang kat kedai mamak. Nampak sangat nak projek kannn but so far takdelah sampai menjengkelkan. Kami jelah buat bahan gelak-gelak di waktu senggang hahahaha

 

Sebenarnya kami jumpa contractor ni kebetulan masa tengah round-round naik motor pusing-pusing kampung ushar-ushar bungalow orang tengah naik. Tiba-tiba dia ni elok ja intai-intai tengok kitaorang tengah sekodeng projek dia. Kami buat tak tahu sambil salin no telefon kat signboard project sebab ingatkan pekerja biasa. Serius ok kalau tengok orangnya sejibik macam buruh binaan. Takde style tokey contractor langsung. Selama ni kalau kitaorang cari contractor mesti ala-ala bos tak kuasa nak pegang simen bagai. Tapi dia ni otai, dengan dia-dia sekali buat kerja dengan pekerja dia 4/5 orang. yaaa…. itulah yang kita cari sebenarnya. Aku cukup tak berkenan pesen dapat contractor pandai duduk kat opis ja main-main arah kat orang bawah. Sikit apa tak tahu apa yang jadi kat site tapi bila kita dapat bill, dia punya mark up harga sikit punya tinggi macam kaulah yang buat kerja sorang selama ni. letih…letih..

 

u’olls kalau ada nak buat rumah aku suggest carilah contractor yang jenis turun padang. Aku dah ada pengalaman dapat contractor sekali kau turun masa nak dapat projek, sekali lagi kau turun bila projek dah siap nak hantar bill. Jenis macam ni memang layak kena tepuk dahi. Itu belum lagi kalau kau compare  harga every item yang kalau dibeli sendiri dengan harga yang dia mintak. Memang mongok la. Jenis nak duit ja. Benda ni jadi masa rumah mak buat renovation masa aku berpantang hari tu.  Bayangkanlah total dalam bill almost 25k tapi bila kau check market price project value adalah 10k je. Kami mula-mula tak tahu pun dan tak sangka pun ada jenis contractor macam ni lebih-lebih lagi kau sama-sama Bumi. Semua benda-benda ni pekerja dia sendiri yang pecah rahsia sebab yelah selama ni yang mahir buat kerja pun semua pekerja dia kan. Bos dapat untung banyak tapi member dapat upah sikit.  Memang tunggu masa je la orang macam ni. We all terus terminate service dan bayar setakat yang dibuat dan projek still disambung oleh pekerja yang sama. Makna kata direct terus dengan pekerja.

 

Benda-benda macam ni kalau nak tahu details value project yang kena gigih buat comparison kalau barang beli sendiri harga macam mana, kalau barang contractor beli harga macam mana, which implicate to cost upah pula memang meletihkan. Arkitek pun dah ingatkan siap-siap supaya aku dah cari semua material yang aku nak. Comparison cost arkitek akan tolong buatkan untuk dimasukkan dalam agreement and you should ask too kalau fees for arkitek termasuk buatkan agreement dengan contractor. Macam tu sekali kauu. adoi… migrain la aku hari-hari macam ni. Takde maknanya laki mak tu nak tolong sekali cari material. Dia tahu nak cantik je.

 

So, balik pada cerita pagi tadi yang contractor call nak hantar barang construction park kat rumah aku tu… tak lama lepas tu ayah call aku nak bagitau contractor bukannya hantar barang construction je tapi hantar sekali dengan…

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

DUA BAKUL BESAR DURIAN!!

    

-google-

Comel tak contractor mak ? =p

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting