15 December 2010

Hari Ini Baru Masuk Kerja

Apa motif ntah bagitau orang hari ni baru masuk kerja hahaha padahal aku tak tahu nak letak tajuk apa. Asyik merapu tak habis. oh ok, tajuk hari ni

Merapu Tak Habis.

Padanlah dengan muka aku sendiri kan.. cabul sangat mulut bila dapat tahu duhet peruntukan untuk medical aku masih berbaki rm670, terus bagitau staf HR, ‘ok takpe daripada duit ni burn macam tu je saya akan pulun bulan 12 ni.’

Sekarang hambek kauu.. tuhan nak tunjuk kau nak pulun sangat kan? habis aku anak beranak demam tak sudah-sudah dari hari ahad lepas. Mula-mula aku lepas tu Hazzim berjangkit pulak kat Delisya.  Last sekali Balqis baru pagi tadi aku pi klinik ambik beli ubat.

Dan dan jugak laki mak membebel malam tadi sebab aku kepoh sangat nak perabih duit medical. Aku cakap bukannya mintak macam ni, aku ingatkan alang-alang Delisya pun tak sunat lagi bolehlah pi bulan ni, sambil tu bolehlah jugak ambik jab yang beratus-ratus tu dan kalau ada baki lagi nak buat dental. *sighhh

Itulah kan cakap bukan-bukan. Memang ‘cash & carry’ sungguh Allah bagi.

***

 

DSCN4090

 

Jumaat lepas aku gigihlah pi kursus kat sini. Orang lain masa nak krismas ni rasa macam tak nak masuk hotel ni, aku pulak pasrah je kalau kena bom kena bomlah aku hari tu. eh eh cabul lagi.

Sangap weh.. nasib sebab makan free je hahaha nak kata sedap sangat food dia tak jugak, macam kureng pulak makanan dia hari tu. rugi duit.. rugi duit.. eceh macamlah duit aku pun.

 

DSCN4095

Demam demam aku pun dan sebelum diorang demam, sempat jugaklah bawak budak-budak ni main sekejap kat Taman Tasik Perdana.

 

DSCN4102

 

Inilah gambor paling baru budak yang belum sunat lagi tu - macam mana aku boleh terlupa nak sunatkan masa kecik sangat lagi hari tu. Hujung bulan ni 9 bulan, dah sukahati nak duduk macam, dah meniti, paling tak tahan semua benda nak masuk mulut. Tunggulah nanti dah ada gigi aku nak bagi makan petai.. hahahaha biar rasa sikit.   

2 comments:

anon suria said...

biar betul bg anak makan petai? hu hu

Mrs Azarol said...

hahaha tak larat tau non benda halus gile atas lantai pun boleh nampak terus masuk mulut.

ayah dia dulu mak dia (mil) bagi makan petai sebab nak bg rasa serik.. tapi gamaknya sampai sekarag hantu petai.. tak menjadi tektik itu huhu

 

Template by Best Web Hosting