14 December 2009

Akhirnya...

adik Rahman Si Montel datang juga tuisyen sabtu dan ahad lepas setelah sebulan tak nampak batang hidung. Kaki belum masuk pintu rumah, chekgu dah tanya, ‘lamanya rahman tak datang tuisyen, rahman pergi mana?’.



‘Pertama pergi Padang. Kedua pergi Padang. Ketiga pergi jalan-jalan. Keempat pun pergi jalan-jalan.'



Amboi...amboi...amboi..sampai empat minggu Rahman Si Montel pergi jalan-jalan. Setahu chekgu Rahman balik kampong ( Padang, In*donesia ) seminggu jer. Chekgu lalu depan rumah pagi-pagi nak pergi beli nasi lemak, elok jer chekgu nampak Rahman main depan rumah :)



Tahun depan, cik.Balqis sudah masuk empat tahun. Sepatutnya saya dah sebuk cari dan uruskan sekolah yang sesuai untuk cik.Balqis. Tapi tahu tak, ( memang la tak tahu kan.. ) saya memang tak buat apa-apa lansung. ZERO. Kalau tanya saya kenapa, memang saya tak tahu nak jawab apa. Rasa-rasanya jawapan paling tepat ialah kerana saya ikut mother instinct saya….ececeh… Saya rasa cik.Balqis belum ready nak ke sekolah even nak bagi 70% pun saya tak berani. Berani in term of kena dok ramai-ramai dan focus satu benda. Lain kata belajar ikut jadual cikgu. cik.Balqis ni macam ada peel sendiri. pn.zawiyah selalu ajuk dia kata macam ketua pengawas la, ketua kelas la, lawyer la ( ini sebab macam ayah dia ) dan part yang tak best tu pn. zawiyah kata ramai budak kat sekolah macam ni, memang selalu kena marah dengan cikgu sebab susah nak control.




Yang dia tahu, menggunting, melukis gambar abstrak entah apa-apa tapi mewarna gambar tak suka, menampal sticker ( bankrap kena beli sticker hari-hari ), paling suka menyanyi dan menari, paling pandai berlakon cakap telefon dengan Aril dan Hakim AF, menyembang tak berenti, mandi kolam plastik sampai kulit pun dah hitam dan masih kencing malam.



Mandi sampai lebam hitam





Saya tengok cik.Balqis ni kalau belajar satu-satu benda tak buleh paksa dan kalau paksa tahu jelah, satu benda tak kan dapat dan saya rasa belum sampai masanya lagi saya kena paksa dia belajar macam saya paksa si Rahman Montel duduk dari jam 9 pagi sampai 12 tengahari, belajar dengan saya gilir-gilir dengan en.bie. Tapi masalahnya, si Rahman Montel ni terlambat ( sangat ) pulak. Tak boleh jugak nak salahkan dia sebab iyelahkan kadang-kadang kena tengok background family tu macam mana.


Ada satu dua perkara yang saya bangga dengan cik.Balqis nak dibandingkan dengan saya sendiri masa sebaya dengan dia. Saya rasa dah sebulan dua, maknanya masa umur dia lebih kurang 3 tahun 7 bulan dia sudah lancar baca Doa Makan dan baru seminggu dua ni sudah lancar baca Doa Selepas Makan. Sekarang tengah proses mengingat Doa Tidur. Wah!! Tak perlu mama sedih-sedih Balqis kena marah-marah, jerit-jerit dipaksa hafal baca doa macam tadika belakang rumah.



Sebenarnya nak tunjuk sekolah tadika yang saya cerita tu sebelah pagar tepi pokok nenas tu, dari jauh macam pokok serai hahaha sebab tu kalau saya cuti saya sendiri tertekan dengar cikgu tadika mengajar menjerit-jerit. Confirm saya tak akan hantar ke sini.




Saya masa umur ni jangan ditanya ler dah pandai apa. Umur 5 tahun baru nak ke tadika. Itupun tadika cina. Ape ke heinyer kak non tadika cina kena baca doa makan.



Lagi satu yang buat saya terharu, cik.Balqis sudah buleh mengeja dua suku kata yang sama walaupun ABC pun tak berapa nak lancar lagi. Saya rasa sebab apa dia bersungguh-sungguh sangat nak pandai mengeja ni sebab dia rasa dia nak bersaing dengan sepupu dia yang umurnya 6 tahun sekarang. Awak Balqis nak lawan eja dengan budak umur 6 tahun..haih..macam mana la awak nak menang. Kalau gaduh dua orang, dia suka cakap, ‘dahlah dia tak tahu eja’. Padahal dia tak nak mengaku dia yang sebenarnya tak tahu mengeja lagi.



Sebab tu lah, masa dia baru-baru pandai mengeja, dia sebuk bagitau Rahman Si Montel yang dia dah pandai mengeja. Lepas tu dia suruh pulak si Rahman eja MONKEY hahaha Awak eja senang-senang MAMA, PIPI, TITI, SUSU, KUKU, BUBU, BIBI, alih-alih kat Rahman dia bagi soalan kuiz susah giler. Sengih-sengih jer Rahman Si Montel.



Alif, Ba, Ta pun kira ok jugak la sekarang ni. Dah sampai huruf Sod. Ini baru jer lagi, dia belajar guna CD kumpulan Alif Iqra'. Dulu masa awal tahun, saya pernahlah panggil ustaz datang rumah. Konon-konon nak buat kelas mengaji untuk Balqis la ni. Sekali masa kelas pertama, elok jer dia baring telentang depan ustaz. Dia kata kat ustaz tu dia tak nak mengaji. cet!! waktu ustaz makan malam dengan kitaorang, elok jer dok menyembang dengan ustaz. Awak kan Balqis kalau nyembang bukan-bukan memang nombor satu. Tanya ustaz dok mana, makan apa, jom makan dengan dia. Takpelah ustaz lain kali jelah ye. Tahun depan je lah ustaz datang rumah saya.



Saya ada juga gunakan buku LadyBird tapikan daripada ayat ‘here is Jane and here is Peter’ telah bertukar dengan sesuka hati dia kepada ‘this is Jane and this is Peter’. Akhirnya saya tutup dulu buku tu sementara, baik saya terus gunakan English masa menyembang dengan dia. ok juga untuk dia tahu bila dan bagaimana nak gunakan perkataan daripada terbiasa hafal perkataan. Ada satu CD saya tak ingat full title sebab selalu sebut CD GOGO saje. oklah CD ni, saya rekemen for english learning sebab budak-budak senang belajar dan ikut. 1 set ada 6 series, suitable for budak-budak 3 hingga 9 tahun.


So, apa saya buat sekarang supaya jangan dia lupa apa dia dah belajar adalah untuk semua doa, cik.Balqis kena baca dulu sebelum makan, lepas makan dan sebelum tido. Bab mengeja, setiap kali mintak satu-satu benda macam nak susu, kena eja susu. Tengah potong kuku, kena eja kuku dan sebelum tido kena eja semua benda. Tahun depan cabaran lagi besar nampaknya kerana saya nak buktikan walaupun saya tak menghantar cik.Balqis ke sekolah tapi dia boleh setanding dengan budak-budak yang pergi sekolah. oh...oh..ohh..u ken do it!!. Terima kasih kepada pn.zawiyah dan maid saya kerana memberi sokongan selama ini ehh tiba-tiba..



0 comments:

 

Template by Best Web Hosting