01 August 2013

Charge Sedut

Kalau anda ingat tak lama dulu kami ada pengalaman ngeri dengan bilik air kat rumah kami ni. Mau tak ngeri kak non kalau air dari dalam tangki tinja yang uolls selalu nampak kat luar rumah tu masuk balik ke dalam bilik air lalu membolehkan anda terkejung 24 kali semasa mandi kerana aroma yang indah.

Kejadian ini adalah kerana tangki tinja kami tu dah penuh dan cepatnya penuh sebab bercampur dengan air mata air dari bawah tanah. So, setiap kali flush dia akan tolak balik air tinja masuk ke dalam dari pangkal toilet bowl. Hesh... bersungguh-sungguh sangat penerangan ini. '_____'

Rumah lama memang macam nilah. Setiap hari pasti mengujakan. Eh.

Sebenarnya apa yang I nak bagitau bukan perkara ngeri itu kak non tapi ada yang lebih ngeri.

Ya. Itu dia.

Kalau sebelum ini indah water charge rm49 je setiap kali sedut tangki tinja yang kerjanya tak sampai 5 minit itu. Sekarang sudah rm230.00 ke rm360.00!!! Terkojut mokcik!! rm230 itu untuk satu tangki kalau kes i ni setiap kali sedut kena sedut 2 tangki. 230 x 2 = 460!! Whoa! Sepuluh kali I dok mengulang baca notis ni. Kot lah I sedang bermimpi di siang hari.

Rasa tak logik pun ada. Kalau rm49 boleh tahan lagi. Nak berlagak panggil setiap bulan pun boleh. Tapi bila charge dah naik, nak bayor rm460 untuk sekali servis. Memang menangis.

Tapi I tahu rumah sekarang tak guna dah servis ni sebab sistem kumbahan dah tak sama macam dulu. I tahu masa arkitek bagitau rumah kami yang dalam perancangan nak buat ni takde longkang and semua air kumbahan akan masuk ke dalam 9 tangki. Oi jangan main-main kerana trauma dengan kejadian lalu I membayangkan kena sedut dari 9 tangki!

Pengsan.

Sekarang dah tak main sedut-sedut katanya. Even rumah mak I yang di buat masa tahun 80-an pun tak pernah guna servis sedut. Lainlah rumah kami ni, boleh masuk kategori kes terpencil. Siap ada rekod kat indah water.

Nampak sangat pelanggan istimewa. hesh.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting