13 August 2013
Salam Syawal
Selamat Hari Raya uolls!
Walaupun sedikit terlambat, ai nak wish jugak.
Kerja-kerja sebagai bibik terhormat selama 2 minggu memang sungguh 'mengujakan' sehingga terlupa update blog. Biasalah keluarga adalah keutamaan.
hahaha ini semua poyo.
Maid mak balik Indon kak non. Dia balik dua minggu dan baru balik sini semalam. Tidaklah lama sangat sehingga menjejaskan kualiti hidup bersosial tapi biasalah nak menguruskan 4 orang anak dan ada 9 anak baru lagi memang tidak memberi ruang masa yang berlebih-lebihan. Sangat hover kalau mandi pun sekali sehari je ok. Hover sangat. '_____'
Raya tahun ni turn balik ke Lenggong. Budak-budak seronok sangat sebab cousins sungguh ramai. Anak dara mak a.k.a drama queen sangatlah tidak duduk diam. Berkaki ayam keliling rumah memang biasa. Dagu berparut di pagi raya memang tak boleh nak komen dah. Masing-masing bangun awal tapi tidornya jam 3 pagi. Sampai satu tahap, sukahati la korang nak buat apa pun. Jangan sampai pecah dinding rumah lagi macam dua tahun lepas sudah. Susah mak nak menjawab nanti Nak oii.
Yang paling seronok tahun ini adalah untuk pertama kalinya kami buat takbir raya pada malam raya. Semua kaum lelaki termasuk budak-budak round rumah sedara yang duduk di keliling kawasan rumah. Tak banyak, 5 buah rumah je. Itupun habis jam 12 malam. Tahun pertama kawin dulu, rasa janggal bila malam raya takde takbir raya. Sunyi je rumah, masing-masing mengadap tv. ai yang dah biasa hidup selama ini ada takbir raya memang sedih sangat sebab rasa macam tak raya. Selepas 8 tahun mengharungi kesedihan, inilah namanya kegembiraan di malam raya!
Haha. Drama sangat!
Us di pagi Raya
Begitu lama di kampung sehinggakan si drama queen telah membuat kesimpulan dia telah berpindah ke kampung dan tidak akan berjumpa lagi dengan bibik kesayangannya. '_______'
Pada hari raya ketiga aktiviti kunjung mengunjung telah berkurangan lalu telah membuat rombongan ke Lata Kekabu bersama-sama dengan ini..
Ikan talapia bakar fresh baru tangguk dari tasik dijamah di tepi sungai bersih lagi sejuk beku - a perfect combo! - tiada komen.
si drama queen
anak bujang
Balqis kulit tak tahu apa pesen, air sejuk ketung dia kata tak rasa apa-apa.
anak dara kecil first time mandi sungai
Seronok betul deme raya kali ni! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment