26 July 2013

5s : Ini La Yang Tak Berkenan

 
Sebelum blog mak ni betul-betul jadi blog hikayat ayam baiklah, I hari ini telah kembali ke pangkal jalan tajuk-tajuk yang pernah i dok bercerita before this.
 
 
Harap followers jangan lari, I masih seperti dulu. Siapalah saya tanpa ada di side bar. Eh.
Ok. Series sikit. "_____"
 
 
5s punya hal.
 
I bukan tak sokong dengan konsep 5s yang orang gomen suka nak ceduk dari jepun tu. Ikut takpe lagi sebab in a such way 5s ni akan train positif habit to the staffs tapi yang I dok perati projek 5s ni selalu overly done.
 
Recently, I tengok depa dah buat 5s sikit-sikit kt ofis termasuklah 5s dalam toilet and pantry. I ni bukanlah 100% gov servant tapi you know lah kan memang ada wujud orang yang suka nak tiru tiru idea orang lain yang dikatakan hebat dan efisen. I awal awal lagi tak nak masuk campur sebab i tahu at the end I mesti tertekan tak tentu pasal. Daripada haku tertekan dengan benda-benda macam ni baiklah i tertekan bagaimana nak memberi keselesaan abadi kepada kehidupan ayam-ayam ku itu.
Sila lihat, digest and think.
 
 
 
 
Balqis tanya kenapa tampal semua ni mama? Balqis tahulah ini tong sampah.
I jawab, "entahlah Balqis, ada orang ingat ni tong air kot."
 
 
Kak Non dalam toilet tu hanya ada SATU tong sampah, SATU bekas sabun, SATU pengering automatik. Dia macam nilah, seolah-olah atas work desk I ada satu je mouse yang memang sah I punya, lepas tu I pun letak la label kt atas mouse tu 'Tetikus'. What the hey is that? I tak kenal mouse kah? Or am I degrading myself into..... err what? UPSR level? Heee you knowlah, nak cakap lebih-lebih kang susah nanti ada orang terasa la, pengerusi 5s mengamuk la, kata kita pandai sangat la. Lagipun ini isu nasionalis ok. Semua satu negara dah pi kursus 5s kan. '_____'
 
Melainkanlah atas meja I tu ada 10 mouse. Lepas tu ada pulak satu mamat ni nak pinjam mouse i so senang I akan kata, ok kau boleh pinjam mouse nombor 3, 4 & 5 je. Mouse lain aku nak pakai. Bab ni kalau kau nak label sebesar alam pun I rasa takde isu sebab dia akan senangkan diri sendiri dan orang lain.
 
 
Hover sangat I ada 10 mouse kan.. oklah kita bagi contoh suiz lampu. Katalah kat dinding ofis kita tu ada 15 suiz lampu. Jenuh kak non nak cari yang mana satu suiz lampu bilik mak. So, projek 5s nilah yang boleh tolong selesaikan kemeroyanan mak di pagi hari. Ini pun nak kena hantar pi kursus kaaa?.. jangan tanyaaaa, kang kena boikot. haha
 
 
Walau macam mana pun ada juga label yang I setuju ditampal. Even tho it looks funny but I boleh la pejam mata terima for the sake of 5s.


 
Label for sink sebab we have 2 washing basin here. Katalah I nk bagi arahan pada Balqis dari dalam toilet, "Balqis basuh tangan kat sink 1 ok. Sink 2 tu rosak".


 
Label untuk jenis toilet. heee. Senang la ni agaknya tak payah selak pintu nak tengok kat dalam.
 
All in all, I think 5s ni banyak ke logical thinking. Kalau biasa nak rumah kemas, organize, bersih, you can do the same thing la kan kat ofis. Maybe kalau kat rumah you kena recognize yang mana satu yang sesuai letak label atau tak and so on. Or otherwise, you ada masalah hoarding things or tak kisah dengan tahap kebersihan sampai layak ada channel khas astro. ok ini geli ngeri.
 
 
I don't know about other staffs? I mean yang bukan jawatankuasa yang hanya akan lihat dan ikut. I kuat complain sebab hey guys this is not a bakery. I dont sugar coat everything. You ask my opinion haa tahanlah apa i nak cakap kan.
 
I buat jugak 5s in my department but I do in my style. I should posting some pictures la bila dah siap. Yep, I will get it when its done.
 
 
hah! Thats my 5s punya cerita. Sedikit emo. Biasalah orang selangor cuti hari ini, kita sebab ofis di kl so kena kerja. Tiba-tiba rasa tertekan di situ siap plan nak balik awal hari ini. Ini contoh pekerja cemerlang malang namanya.
 
 
Harapnya uolls get the point apa yang I emo hari ini. Bukan nak gaduh der. Ini perkongsian minda kononnya. Haha
 
 
Hidup 5s!

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting