26 August 2013

Rumah Sudah Roboh!

Hari ini 26hb. adalah hari yang akan diingati. Selepas 8 tahun duduk di rumah kayu ini maka tamatlah riwayat rumah lama ini.

Sebelum terlambat and outdated baik ai upload sebahagian gambar progress runtuh rumah untuk 2 - 3 lepas. Kelam kabut sangat sampai tak sempat update semalam.

Last week masih tidor di rumah walaupun keadaan sungguh huru hara. Mahu menikmati saat saat akhir katanya. Dinner pun bentang kat lantai je memberi ruang pada timbunan barang di atas meja makan. '________'

Ini keadaan hari Ahad. Hari Sabtu tak buat apa. mogok Rehat sehari sebab badan penat sangat lepas 3-4 hari angkut barang tak berhenti.

Keadaan 2 petang.

Keadaan 4 petang.

Proses kosongkan rumah makin laju bila nak masuk jam 6 petang sebab mesti selesai sebelum malam. Kontraktor dah putuskan elektrik kak non. Kejam sangat.

Bilik depan - dah kosong.

Bilik budak-budak - dah kosong.

Dapur - sendiri mau ingat!

Badan penat sangat, tak larat nak pikir terus stop keje. Pagi esoknya bila kontraktor sampai kul 8 pagi, terkojut mak sebab teringatkan barang kat dapur tak kemas lagi. Apa lagi bergerak macam lipas kudung, sumbat barang ke mana muat je.

Gila dahsyat pemandangan ini. Ok, yang ini bukan dari rumah ai. Rumah kayu ni dari luar macam satu rumah tapi sebenarnya ada dua pintu. Rumah yang satu lagi kami transformed jadi stor. Barang ni semua hasil hoarding sampah la ni. Barang dari rumah ai senonoh sikit la rupanya. Idok ler begini. Ini orang tengok pun boleh pengsan.

Kerja-kerja buang barang sekali dengan runtuh rumah.

Ini rumah/stor sebelah.

Rumah ai dah kosong. Cermin tingkap dah buka.

Bumbung pun dah bawa turun.

Ok. Sambung esok. Panjang ceritanya ni. :)

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting