Baik. Semalam dah janji untuk cerita reban ayam baru. Bentuk reban ayam ini is not in our original plan. Mula-mula bentuk dia segi empat sama tapi after did some reading, kami takut ia akan ambil masa terlalu lama untuk siap. Like 2-3 months. Lama sangat rasanya takut anak ayam pun dah boleh buat lauk.
ai tak tahu rupanya mahal jugak harga chicken fence. Kami beli yang paling murah which is material dia plastik and it cost us rm12.50 / meter. Kami guna lebih kurang 11 meter untuk keseluruhan reban.
Kayu-kayu memang sudah ada di belakang rumah. Sebenarnya kontraktor rumah yang bawak untuk construction rumah baru. Jadi kami
cilok ambik sebarang dua ketol. hee
Secara logik memang membazir cat dan masa sahaja cat reban ayam ini sebab lama-lama akan kotor juga tapi biasalah namanya takde kerja cari kerja. Itupun sebenarnya I planned cat putih as a base coat sebelum cat warna grey tapi bila ditenung-tenung semula blue fence and gray paint tidak akan naik serinya. Yep, I am crazy like that. Reban ayam pun nak pening dengan warna cat.
Drama queen mak ini senyum memanjang sebab dia ingat ayah dia nak buatkan play house untuk dia. Bila dia tahu rumah ini untuk ayam lalu telah memberi komen, "bestnya kalau Icha jadi ayam". '______'
Memandangkan reban ini berkonsepkan 'portable' maka ia telah dialihkan ke bahagian hadapan rumah sebab kontraktor reban adalah putera lilin maka tak tahan panas buat kerja di belakang rumah. Sabor jelah!
Kami jumpa plastic sliding doors yang orang install untuk kitchen cabinet di setor lalu repurposed untuk pintu reban ayam di bahagian atas. So, kiri dan kanan bahagian atas boleh dibuka dengan mengangkat pintu ke atas. We tried to make it as a real sliding door tapi malangnya ada besi tersalah potong. Sebab itu ia kena naik ke atas. Sedih jugak sebab kalau tidak glamer reban ayam mak kak non, ada sliding door gitu. '______'
Untuk menguji ketahanan tingkat atas, kami telah meletakkan anak dara kecil ini dengan gembiranya. haha
Ketahanan : passed.
Fungsi bahagian atas ini adalah untuk ayam beradu di malam hari or tempat berteduh kalau hujan. Or stor simpan makanan ayam :).
Ada juga pintu di bahagian bawah dan kami gunakan engsel/hinges sebagai penyambung.
Setelah berkerja lebih kurang seminggu maka siaplah reban ayam portable ini. Hubs and his assistant ( adik bongsu yang tidak manja lagi ) dengan bangganya pose bersama hasil tangan sendiri dengan arahan kepada diri ini hendaklah di upload di web backyardchickens.com dengan segera. amboi..
Terima kasih kepada kontraktor reban tercinta kerana berpeluh ketiak selama berhari hari demi reban ayam idaman ini. ewah
0 comments:
Post a Comment