29 August 2013

Betina Ke Jantan?

Nenek hamba telah membuat firasat bahawa 9 ekor anak hayam ayam hamba semuanya betina. SEMUA betina uolls! Dan beliau meyambung perkabaran berita ini lagi dengan menyatakan bahawa ayam betina lagi mahal dari ayam jantan. Paling kurang boleh dapat rm20 seekor. Huish.. ini sungguh menguntungkan '______'

Jangan risau walaupun keadaan sekeliling sekarang agak huru hara, reban ayam mak tetap utuh berdiri.

Anak ayam dah besar. Kepak dah habis tumbuh. Sehari dua ni dah pandai anak beranak tidor bahagian atas. Lambat betul nak adapt keadaan rumah baru.

Last week orang sibuk memunggah rumah, depa sibuk adik beradik bergaduh tak tentu hala dalam reban. Daripada kalut dengan barang rumah, tak pasal-pasal kalut meleraikan pergaduhan ini. Kalau gaduh sampai buta, tak pasal-pasal tuan ayam pulak akan kemurungan.

Harap-harap mereka dapat bertahan dengan keadaan hiruk pikuk ini.

28 August 2013

Rumah Sementara

Again. A late blog post today.

Now, kami duduk menumpang kasih di rumah my parents. Untuk selama 7-8 bulan ini kami akan duduk di sini. Managed to susun semua baju 6 beranak dalam satu bilik. Mencabar betul. Tak cukup dengan built in closet sedia ada, ai kena tambah lagi 3 almari kecik dan 2 penggantung baju. Bilik macam takde rupa bilik, asalkan nampak kemas sudah. Memang tak berani nak simpan terperuk dalam kotak sebab 8 bulan tu lama kak non. Kang tak pasal-pasal mengorek kotak semata-mata spender sekeping. Tak kuasa mak!

TV dalam bilik? Itu umpan untuk waktu terdesak. Biar memerap dalam bilik daripada budak-budak mengecah rumah sepanjang hari. Kesian la kat my mom, pesen tak boleh tengok rumah sepah.

Selak langsir boleh nampak orang tengah runtuhkan rumah. Pemandangan tidak indah bukan? Sebab itu selak langsir macam malu malu kucing . Masuk cahaya matahari sikit pun jadilah.

Semalam balik dari terus tengok progress rumah.

Sikit lagi, tinggal nak runtuhkan simen. Mungkin sehari dua lagi dah rata.

27 August 2013

Lanskap Rumah Papan Kami

Tak tahulah kat mana salahnya, post yang sepatutnya hari ini boleh pulak dated semalam.

Ok jelah kan. '______'

Hari ini ingin mengimbau kembali keadaan landscape rumah yang menjadi tempat anak-anak berlari, bermain dan segalanya. ewah. Kemain emo jugak nampaknya.

Keadaan dari hadapan. Rumah kayu. Tidaklah seindah mana. :)

Bahagian hadapan rumah. Rumah batu yang nampak itulah rumah mak ai. Tiada border. Orang selalu konfius, orang yang nak cari ayah ai selalu termasuk kawasan sini.

Kawasan depan rumah memang luas. Dalam keadaan tertentu boleh park sehingga 10 kereta. Kalau time raya or kenduri memang penuh sebab selalunya kawasan rumput tak usik. Sayang rumput rosak kononnya.

Bahagian tepi rumah. Seronok sangat bila keadaan baru lepas potong rumput. Bersih sejuk mata memandang.

Ini belakang rumah. Ada segala jenis tanaman. Kelapa, pisang, serai, pandan, kedondong, ubi kayu, nenas madu, daun kari. Boleh laa.. kalau nak menjimatkan belanja dapur. Kayu-kayu adalah milik kontraktor. Tak boleh nak buat apa memang dah lama kat situ. Projek dua tahun la katakan. :)

Itulah keadaannya lanskap rumah papan ini. Mesti rindu nanti.

ah emo lagi.

26 August 2013

Rumah Sudah Roboh!

Hari ini 26hb. adalah hari yang akan diingati. Selepas 8 tahun duduk di rumah kayu ini maka tamatlah riwayat rumah lama ini.

Sebelum terlambat and outdated baik ai upload sebahagian gambar progress runtuh rumah untuk 2 - 3 lepas. Kelam kabut sangat sampai tak sempat update semalam.

Last week masih tidor di rumah walaupun keadaan sungguh huru hara. Mahu menikmati saat saat akhir katanya. Dinner pun bentang kat lantai je memberi ruang pada timbunan barang di atas meja makan. '________'

Ini keadaan hari Ahad. Hari Sabtu tak buat apa. mogok Rehat sehari sebab badan penat sangat lepas 3-4 hari angkut barang tak berhenti.

Keadaan 2 petang.

Keadaan 4 petang.

Proses kosongkan rumah makin laju bila nak masuk jam 6 petang sebab mesti selesai sebelum malam. Kontraktor dah putuskan elektrik kak non. Kejam sangat.

Bilik depan - dah kosong.

Bilik budak-budak - dah kosong.

Dapur - sendiri mau ingat!

Badan penat sangat, tak larat nak pikir terus stop keje. Pagi esoknya bila kontraktor sampai kul 8 pagi, terkojut mak sebab teringatkan barang kat dapur tak kemas lagi. Apa lagi bergerak macam lipas kudung, sumbat barang ke mana muat je.

Gila dahsyat pemandangan ini. Ok, yang ini bukan dari rumah ai. Rumah kayu ni dari luar macam satu rumah tapi sebenarnya ada dua pintu. Rumah yang satu lagi kami transformed jadi stor. Barang ni semua hasil hoarding sampah la ni. Barang dari rumah ai senonoh sikit la rupanya. Idok ler begini. Ini orang tengok pun boleh pengsan.

Kerja-kerja buang barang sekali dengan runtuh rumah.

Ini rumah/stor sebelah.

Rumah ai dah kosong. Cermin tingkap dah buka.

Bumbung pun dah bawa turun.

Ok. Sambung esok. Panjang ceritanya ni. :)

23 August 2013

Hidup Mesti Berjimat

Lambat keluar post hari ini.

8.15am - Pagi-pagi sampai ofis, rantai tersangkut dekat kerusi lalu putus. Mengalami sedikit kemurungan kerana sayang weh walaupun benda tak semahal mana.

8.30am - Kemudian, bergegas pula ke majlis bacaan Yasin dan jamuan raya. Sedap pulak rendang ayam tadi!

1.00pm - Akibat daripada kemurungan pagi tadi lalu telah membeli tanpa sedar satu mesin ajaib daripada officemate. Entah guna entah tidak! Janji mak beli kak non. Melampau betul!

1.20pm - Kerana penyakit yang melanda dalam diri ku ini, maka telah menuju ke Guardian pula untuk membeli vitamin c semata. Will blog it later.

1.45pm - Selepas melantak makan lemang masa jamuan tadi, kesedaran tiba-tiba kembali lalu telah pergi membawa diri ke club nutrisi. Demi kesihatan katanyerr.

2.00pm - Balik dari club singgah pula ke SSF mencuci mata. Manalah tahu kan. Angan-angan nak cari lampu yang berkenan untuk rumah baru nanti. Hover kau Jah!

2.20pm - Lepas cuci mata di SSF ada hati lagi nak singgah Zawara. Rasa seolah-olah masalah kemurungan pagi tadi harus diubati segera sebelum berlanjutan ke kemudian hari.

sigh... Tidak habis lagikah kemerepekan hidup pada hari ini.

Banyak sangat belanja. Macam mana nak naik haji! eh.

Happy Weekends Everyone!!

22 August 2013

The Time Has Come

 
ai tak tahu how to start again for our dream house story. Bukan the chicken house kak non hehe. The real dream house.

 
Dah lama sangat tertinggal dengan cerita yang satu ini. To those who follow my dream house story akan ingat yang kami sebenarnya in process of building a new home. The process took soo long to make it happen. Damn long. Like forever.

 
Kalau nak di kira-kira, proses buat plan dengan arkitek sampai dapat segala approval from PBT, check soil, ukur tanah and all makan masa nearly a year. Kalau ditanya kenapa lama sangat, ai pun tak tahu nak jawab apa. Slow and steady mungkin. Arkitek lambat pun ai tak kisah. We all pun selagi boleh duduk di rumah sedia ada sekarang ni pun, kami duduk je. Tapi bila dah terlalu lama dan banyak sangat keajaiban doniawi telah berlaku dalam rumah so kami dah mula tak tahan.

Then masuk process dengan bank. Inilah yang paling sakit sebab banyak sangat documents kena ready. Itu satu hal. Satu hal lagi memang banyak kena sabar sebab bukan semua officer bank BOLEH atau NAK tolong. For them paper work yang kena buat untuk construct a house memang rumit compared dengan beli rumah from developer.
 
 
Bila kita kata kita nak buat rumah, mula lah ada yang buat muka pelik dan ada yang call balik offer product bukan bukan. Dan bila dapat officer bank yang super rajin, tiba tiba call kata bank takde product untuk buat rumah pulak. Macam macam la rintangannya. Proses dengan bank ini juga makan masa hampir setahun juga.
 
 
To cut short, kami jumpa this one officer bank three weeks before raya and gave him all the relevant documents and believe it or not within A WEEK ( 5 days before raya, to be exact ) we got an approval from the bank. Ya Tuhan. Really? A WEEK! Are you serious??

 
Macam tak percaya! Finally, after (almost) TWO YEARS!!
 
 
ai ada di ofis and hubs texted me the happy news. Series macam nak nangis. Immediately I called my mom and I cried. hahaha ai memang drama uolls!
 
 
Ini adalah hadiah raya paling bermakna untuk kami semua. I was so happy on that day sampai ai belikan baju raya for my maid dengan harga rm99. haha Every year memang ai belikan dia baju raya tapi tak pernahlah semahal ini. Who knows kan a good news can make a huge difference! Allah bagi rezeki pada kami so apa salahnya ai bagi sikit pada dia.


Last Tuesday, kontraktor rumah datang untuk lihat kawasan rumah dan kayu-kayu dia yang dah berzaman letak di belakang rumah. Sampai naik reput kak non. Bila tanya bila boleh runtuh rumah, dia kata bila-bila masa je boleh.


So now, tengah sibuk sangat proses kemas barang, yang mana nak simpan, yang mana boleh repurpose, yang mana nak buang, yang mana boleh jual. Macam-macam. Until today, the process is still going on dan kelajuan mengemas seperti sangaaat perlahan. Macam tak habis-habis padahal bukannya banyak sangat barang.


And hold on guys! ai akan start semula blogging about this sweet journey.  :)

 

21 August 2013

Reban Ayam 'Portable'

Baik. Semalam dah janji untuk cerita reban ayam baru. Bentuk reban ayam ini is not in our original plan. Mula-mula bentuk dia segi empat sama tapi after did some reading, kami takut ia akan ambil masa terlalu lama untuk siap. Like 2-3 months. Lama sangat rasanya takut anak ayam pun dah boleh buat lauk.

ai tak tahu rupanya mahal jugak harga chicken fence. Kami beli yang paling murah which is material dia plastik and it cost us rm12.50 / meter. Kami guna lebih kurang 11 meter untuk keseluruhan reban.

Kayu-kayu memang sudah ada di belakang rumah. Sebenarnya kontraktor rumah yang bawak untuk construction rumah baru. Jadi kami cilok ambik sebarang dua ketol. hee

Secara logik memang membazir cat dan masa sahaja cat reban ayam ini sebab lama-lama akan kotor juga tapi biasalah namanya takde kerja cari kerja. Itupun sebenarnya I planned cat putih as a base coat sebelum cat warna grey tapi bila ditenung-tenung semula blue fence and gray paint tidak akan naik serinya. Yep, I am crazy like that. Reban ayam pun nak pening dengan warna cat.

Drama queen mak ini senyum memanjang sebab dia ingat ayah dia nak buatkan play house untuk dia. Bila dia tahu rumah ini untuk ayam lalu telah memberi komen, "bestnya kalau Icha jadi ayam". '______'

Memandangkan reban ini berkonsepkan 'portable' maka ia telah dialihkan ke bahagian hadapan rumah sebab kontraktor reban adalah putera lilin maka tak tahan panas buat kerja di belakang rumah. Sabor jelah!

Kami jumpa plastic sliding doors yang orang install untuk kitchen cabinet di setor lalu repurposed untuk pintu reban ayam di bahagian atas. So, kiri dan kanan bahagian atas boleh dibuka dengan mengangkat pintu ke atas. We tried to make it as a real sliding door tapi malangnya ada besi tersalah potong. Sebab itu ia kena naik ke atas. Sedih jugak sebab kalau tidak glamer reban ayam mak kak non, ada sliding door gitu. '______'

Untuk menguji ketahanan tingkat atas, kami telah meletakkan anak dara kecil ini dengan gembiranya. haha

Ketahanan : passed.

Fungsi bahagian atas ini adalah untuk ayam beradu di malam hari or tempat berteduh kalau hujan. Or stor simpan makanan ayam :).

Ada juga pintu di bahagian bawah dan kami gunakan engsel/hinges sebagai penyambung.

Setelah berkerja lebih kurang seminggu maka siaplah reban ayam portable ini. Hubs and his assistant ( adik bongsu yang tidak manja lagi ) dengan bangganya pose bersama hasil tangan sendiri dengan arahan kepada diri ini hendaklah di upload di web backyardchickens.com dengan segera. amboi..

Terima kasih kepada kontraktor reban tercinta kerana berpeluh ketiak selama berhari hari demi reban ayam idaman ini. ewah

The Chicken House

ai tidak sabar untuk menunggu sehingga esok untuk update our chicken coop ini. Projek sedikit mega ini telah berjaya dibuat pada minggu lepas. Oh mak sungguh excited sekali dengan projek ini kak non sebab selama ini hanya dok berangan angan apakah perasaannya kalau memiliki sebuah rumah ayam.

Apatah lagi kalau rumahnya diterap ciri-ciri kontemporari. eh. Haha

Jadi inilah hasilnya.

ai sungguh gembira dengan usaha hubs ini. Bertungkus lumus dia menyiapkan reban ini bagi memastikan keselesaan yang optimum kepada 9 ekor anak ayam baru beliau. Hee

Ada orang tanya, siap dengan saluran najis kah? Hamboi.. glamer sangat kak non kalau ada saluran najis sendiri. Terpaksalah terima hakikat bahawa ayam berak merata. '______'

Esok ai akan update suka duka proses membuat reban ayam ini dan sedikit info tentang kos. Jangan risau ini bukan projek juta juta punya.

Saya boleh, anda pun boleh. eh

13 August 2013

Salam Syawal

Selamat Hari Raya uolls!

Walaupun sedikit terlambat, ai nak wish jugak.

Kerja-kerja sebagai bibik terhormat selama 2 minggu memang sungguh 'mengujakan' sehingga terlupa update blog. Biasalah keluarga adalah keutamaan.

hahaha ini semua poyo.

Maid mak balik Indon kak non. Dia balik dua minggu dan baru balik sini semalam. Tidaklah lama sangat sehingga menjejaskan kualiti hidup bersosial tapi biasalah nak menguruskan 4 orang anak dan ada 9 anak baru lagi memang tidak memberi ruang masa yang berlebih-lebihan. Sangat hover kalau mandi pun sekali sehari je ok. Hover sangat. '_____'

Raya tahun ni turn balik ke Lenggong. Budak-budak seronok sangat sebab cousins sungguh ramai. Anak dara mak a.k.a drama queen sangatlah tidak duduk diam. Berkaki ayam keliling rumah memang biasa. Dagu berparut di pagi raya memang tak boleh nak komen dah. Masing-masing bangun awal tapi tidornya jam 3 pagi. Sampai satu tahap, sukahati la korang nak buat apa pun. Jangan sampai pecah dinding rumah lagi macam dua tahun lepas sudah. Susah mak nak menjawab nanti Nak oii.

Yang paling seronok tahun ini adalah untuk pertama kalinya kami buat takbir raya pada malam raya. Semua kaum lelaki termasuk budak-budak round rumah sedara yang duduk di keliling kawasan rumah. Tak banyak, 5 buah rumah je. Itupun habis jam 12 malam. Tahun pertama kawin dulu, rasa janggal bila malam raya takde takbir raya. Sunyi je rumah, masing-masing mengadap tv. ai yang dah biasa hidup selama ini ada takbir raya memang sedih sangat sebab rasa macam tak raya. Selepas 8 tahun mengharungi kesedihan, inilah namanya kegembiraan di malam raya!

Haha. Drama sangat!

Us di pagi Raya

Begitu lama di kampung sehinggakan si drama queen telah membuat kesimpulan dia telah berpindah ke kampung dan tidak akan berjumpa lagi dengan bibik kesayangannya. '_______'

Pada hari raya ketiga aktiviti kunjung mengunjung telah berkurangan lalu telah membuat rombongan ke Lata Kekabu bersama-sama dengan ini..

Ikan talapia bakar fresh baru tangguk dari tasik dijamah di tepi sungai bersih lagi sejuk beku - a perfect combo! - tiada komen.

si drama queen

anak bujang

Balqis kulit tak tahu apa pesen, air sejuk ketung dia kata tak rasa apa-apa.

anak dara kecil first time mandi sungai

Seronok betul deme raya kali ni! ;)

 

Template by Best Web Hosting