10 July 2013

Randomness

Yep. 1st day of ramadhan.

Cubaan untuk tidur awal malam tadi tidak berjaya. Percaya atau tidak I selalu boleh masuk tidur paling awal jam 12 malam. Tak tahu apa yang dibuat tapi itulah rutinnya. So, malam tadi hanya berjaya masuk bilik jam 11 malam. Bila sorang-sorang kejap nak air, kejap nak pi toilet, kejap nak itu ini, 1130 mlm jugak semua orang baru senyap. Memang tak sedar hubs balik dari tengok tempat projek car wash dia jam 1230 malam. Memang tidur mati.

Apa pun i managed to get up at 430am untuk siapkan sahur. Panas lauk la, buat french toast la tapi satu pun tak bersentuh. I la sorang-sorang layan milo panas penuh syahdu. Memang pesen kat rumah ni takde siapa yang lalu nak bangun sahur dari dulu. Paling rajin pun makan kurma 2-3 ketul dengan air milo.

Balqis masa weekdays tidur rumah sebelah - rumah neneknya. Maid kata dia bangun tapi makan cereal tak makan nasi. Haraplah dia dapat bertahan hari ni. And we got a memo dari sekolah and depa kata school session dipendekkan dari 345pm kepada 215pm. haish lama lagi tu nak berbuka, jangan menangis mintak makan sudah.

Nak ambik angin sempena 1st day puasa, makanya mak pun gedik-gedik sarung abaya pi ofis hari ni. Ya. Saya pakai stoking. Entah kenapa sejuk melampau ofis hari ini.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting