23 July 2013
Cerita Balqis Puasa
Cerita Balqis puasa idokler tertekan sangat. Tertekan pada maklah sebab kami setuju budak umur 7 tahun apalah yang terdaya sangat lagipun tak wajib lagi atas diorang bagi puasa penuh.
I dulu tak ingat darjah berapa baru start nak puasa penuh. Tak ingat sangat. Yang ingat bulan puasa memang enjoy. Ikut nenek pi terawih kat surau dengan berbekalkan plastik kosong. Habis je terawih tapau moreh kasi habis. Sampaikan kuih sendiri yang bawak ke surau pun angkut sekali. Ntah apa-apa ntah. Tau nak bedal je. Masa tu takde lah pulak rasa tertekan kena paksa puasa bagi penuh macam budak-budak sekarang ni. Ikutlah pendapat masing-masing macam mana nak train anak puasa kan. Asalkan dah wajib nanti jangan ponteng puasa sudah. Itu memang la nak kena.
Setakat hari ni rasa ada la 5 hari kot puasa penuh satu hari. Bulan puasa ni Balqis sekolah sampai kul 2 petang je. Kalau dah duduk rumah apa lagi yang nak dibuat kalau tak mencari makanan.
Balik dari sekolah 1st day puasa hari tu, Balqis bawak balik tunjukkan list tarikh yang dia akan puasa. Advance betul, mak dia baru nak buatkan dia dah buat siap2 kat sekolah. Itu baru tanda satu sebab baru 1st day.
Masa ni semangat lagi konon dapat puasa. Masuk hari kedua dah pancit. Sahur memang tak tinggal. Kadang2 kalah orang puasa. Belajar bangun sahur pun dah kira ok la Nak. Janji tau sekarang bulan puasa.
Semalam dapat puasa sebab balik sekolah tak balik terus. Singgah ofis I sebab kononnya nak pi beli baju kurung. Dia punya melepet memang semacam.
Hari ni tak tahulah apa cerita. Harap harap puasa lah anak ku itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment