23 July 2013

Kami Suka Ayam

Dengar cerita ayam mahal sekarang sampai rm9 sekilo! Mahal sangat tu. Paling kurang pun kalau ayam kurus kenalah jugak rm15. Nak ayam gemok sikit mungkin mau rm20 hengget.
Kalau nak mogok raya tahun ni nak tukar rendang ayam ke rendang kerang pun tak mampu kak non. Kerang buat perangai juga, sekilo sampai rm8. Merepek, baik beli ayam!
Baik.
Setelah kehilangan Ben tempohari, baru kami sedar hidup kami tak berapa nak ceria tanpa ayam di rumah. wah wah kemain statement melampau ini ;)
Tapi memang betul. Tak dengar kokok ayam pagi pagi macam tak pagi. eh. Padahal membuta pagi hari sampai tak dengar pun bunyi ayam.
Bukan saja kami terkesan di atas kehilangan ini tapi mak I pun sedih sebab tak nampak dah ayam kat keliling rumah. Mengamuk pagi pagi ayam berak depan porch rumah pun nak jugak masuk dalam ini drama. hover la tu. haha
Atas kesengsaraan kami sekeluarga ini, nenek i dengan rajinnya drive sorang sorang dari kampung telah membawa sekor ayam. Iyelah walaupun kampung I tak jauh sangat dalam 30 minit tapi nenek i sungguh gigih. Terlalu kagum di situ. Tapi ayam itu bukan free kak non. Sepoloh hengget masuk buku ok.
Tadaaaa....
Belum ada nama walaupun dah agak lama bermastautin kat rumah kami. Dari kurus sekarang dah gemok. Ini memang spesis hero kampung tapi tak nak kalah tidur dalam kandang kucing. Tak nak tempat lain. Konon nak bagi nama John tapi sebab badan tu sedikit desa macam tak sesuai dengan ketrampilan diri. Siapa ada idea nak bagi nama, silalah cadang. Mak hayam dah buntu ketika ini. "___"
Lepas dia datang, tiba tiba ada lagi dua ekor ayam betina datang dok menempel kat rumah kami. Tak tahu dari mana. Alamat kalau beranak pinak takut akan jadi perebutan jiran tetangga. Luahan kata suamiku di suatu pagi. Lantas sang isteri bersuara "ahh dah bertelor kat rumah kita, kitalah punya". Ibarat seperti heroin Kampung Dusun lagaknya. Si suami mengangguk tanda setuju.
Sayugia, dengan bangganya kami memperkenalkan ahli baru keluarga kami...
Now, we have 1 rooster, 2 hens and 9 chicks!!!
The whole family dari nenek ke anak ke cucu ke maid semua excited dengan family baru ini ok. Very excited!! Orang lain shopping beli baju raya, mak pi kedai cari gadget bersesuaian untuk haiwan tercinta. Barulah tahu makanan ayam ada banyak jenis rupanya..heeee
Hari Sabtu jam 2 petang matahari tegak atas kepala, kami berdaya saing bersungguh-sungguh mengerjakan reban ayam express ini.
Kandang ini banyak simpan sejarah. Dari membela iguana sampai ke membela ular. Ya, U.L.A.R. Pernah jugak membela burung dan sekarang mak bela ayam. Ok, I punya ayam je ok. Haiwan lain tu semua memang binatang kesayangan adik bongsu yang sudah kahwin itu. Dia memang pelik. Sila abaikan.
Setelah meng adjust sikit sikit maka hiduplah ayam itu anak beranak dalam reban ayam yang tak seberapa. Ini adalah reban temporary sahaja sebab we have another good plan for them. Now, bagi anak-anak dia dapat hidup sampai besar sikit. Kalau di biar mau la kena hadap dengan kucing. Ohh tak boleh bayang kak non.
Baik. Itulah cerita ayam hari ini. Banyak lagi sebenarnya but I save it for another post. Last but not least, here our 'express' chicken coop. :)

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting