02 October 2013

Ayam Ku Dara

 

wehooo!! Lama tak nampak ayam kannn..

ada… ada… belum sembelih lagi hahaha

Walaupun hidup penuh porak poranda tapi SEMUAnya masih sihat walafiat, masih ceria-ceria. Tiada penyakit, alhamdulillah. Gaduh tetap gaduh. Tapi bulu masih maintain cantik.. wah puji ayam sendiri nampaknya. Ayam tak main kat laman uolls mana tak bersih. Macam orang jugaklah kalau main pun dalam rumah mana la nak datang kudisnya.

Kalau berjangkit kudis buta kat sekolah itu tak kira ya uolls. Itu luar kawalan katanyaaa..

 

20130930_184333 

Apa nak buat.. nasib kau lah ayam. Jangan mengalami kemurungan dalam tu sudah.

 

20130930_184347

 

mr.hubs kata antara 9 ekor anaknya, ada tersesat jantan seekor. Nampaknya firasat nenek hamba tempohari sudah tersilap. Ada jugak akhirnya jantan dalam keluarga. haih macam mengikut pulak.. macam tuan belaan. Sorang je anak bujang dalam keluarga.

Sukahatilah ko ayam.

 

20130930_184527

 

ai perati-perati, tak dapat jugak nak teka yang mana la jantannya tu. Semua macam sama je. Bapak jantan tu lain la, itu dah peringkat ayam pencen.

 

20130930_184605

 

Ayah ai kata tunggu dia sama besar macam mak dia dalam 3 minggu lagi, dah bolehlah buat kenduri  nasi kukus ayam dara. First time ni nak makan ayam sendiri. Selalu makan ayam tesco so keterujaan tu sedikit melampaui batas. Harus di video kan semasa aksi penyembelihan haha

weng sangatttt!

 

20130930_184613

Tapi pelik la kenapa mak dia ni macam takde rupa nak bertelur lagi. Ini seperti di luar perilaku biasa. ai suspek sebab ai tak sediakan tempat dia bertelur. Mesti segera lakukan sesuatu bukan? Tak patut betul kalau hanya ada satu generasi sahaja.

Tak boleh la nak ambil title usahawan ayam berjaya lepas ni. eh.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting