14 December 2011

Mahal Tak Semestinya Sedap.

Dinner buffet at Istana Hotel Kuala Lumpur?


Hmm. . Hmm. . Hmm food dia biasa je kot. Sekali round, eh apa nak ambik ni ek. Dua kali round, alamak memang tak tahu nak ambik apa. Bukan sebab makanan semua nampak sedap jadi tak tahu nak makan apa dulu tapi semua food nampak biasa je lah kak non.


Siapa peminat kambing golek, mintak maap ye, Istana Hotel memang tak buat kambing golek. Agak keciwa di situ tapi nasib baik ada satu lauk kambing, memang sedap.


Dessert tak banyak and rasanya so-so je, takde yang meruntun jiwa kalau tengok. Rasanya aku ambik sekali je - cream puff yang tidak berasa & something like cream with coco pun tak ngam juga.


Ohh air yang boleh di refill hanya air di atas meja sahaja which is air sejuk. Kalau nak air manis atau panas kena order lain and of course it separated bill, tak masuk dalam buffet. Rugi bukan. Manggo juice memang meletop tapi lebih meletop kalau mak boleh ulang minum sampai kembong ekekeke


Servis macam biasalah kau tak boleh nak ngelat kalau dah dine in dalam hotel 5 star tapikan my personal view untuk ulang lagi di Istana Hotel macam taklah kot melainkan ada orang nak belanja makan free =p





Sampai awal - tunggu sekejap staff datang.




Antara seafood bakar2 - udang sedap tapi pedas.




Excited!




Tak payah la happy sangat bos, perut kena jaga jugak hehehe



Banyak benor aku komplen kannn. . Takdelah, sajalah nak bagi review pada siapa yang teringin nak makan sini. Apa pun, alhamdulillah bos dapat belanja makan sedap tahun ni. Ada la kemajuan perut eh hahaha ada la kemajuan compared to last year annual dinner buat kat Aroma Ikan Bakar, Jeram.



Daaaa



P/s : dua hari kiok atas katil, rasa hidup tak lengkap tak berblog kak jah! ececeh

posted from Bloggeroid

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting