Hari 3 Puasa : Bukankah konon-konon berharap mahu menggoreng popia daging untuk seisi keluarga? Tidak…..tidak…. mak tidak masak ayam golek ala-ala Kenny Rogers. Memang mak makan Kenny Rogers terus bukak puasa hari itu muahahahaha. Mengapa sungguh besar cobaan dunia masakan saya ini ekekeke Selalu sangat tidak menjadi.
Ceritanya, lagi 10 minit mahu berangkat pulang ke rumah, en.somi call kata bukak puasa kat luar sajalah sebab nak cari sampin raya. wah!! terkujat-kujat ahkak sebentar sebab selama ini tak pernah nak join cari sampin sama-sama. Ahkak lah yang terkonteng-konteng sorang-sorang cari sampin idaman waktu lunch hour hari Jumaat. Ini sudah bagus. Alang-alang sudah mencari sampin apa salahnya mengepow membeli baju idaman hati. Tapi sedikit keciwa sampin dah dapat tapi baju ahkak sampai kesudah tak ada lagi. Rasa nak berserah pakai jelah baju apa yang ada di hari raya tapi bila tidak vogeh takut diri sendiri akan tertekan.
Hari 4 Puasa : Entahlah semalam teringin benor nak makan Sambal Rembau @ Sambal Tempoyak Daun Kayu. alahai sedapnya. Tak jumpa lagi kat pasar ramadhan tahun ni. Takpe, ada lagi 26 hari lagi.. ekekeke
Hari 5 Puasa : Malam tadi sahur bubur lambuk kg. baru. Makan sorang-sorang satu mangkuk besar tapi kenapakah belum pukul 12 perut sudah menyanyi. adeh.. gamaknya memang perut serasi sahur dengan biskut kering cicah milo je ni.
1 comments:
You got good points there, so I always love your site, it looks like you are an expert in this field. keep up the fantastic work, My friend recommends your blog.
My blog:
taux credit consommation www.rachatdecredit.net
Post a Comment