22 April 2011

Bas oh Bas

ai masih dalam bas menuju ke kom.pleks.mutiara jln.ipoh masa ai tulis blogpost ini. Hari ini hari kedua ai naik rapid kl. aiseh dah macam blog 'aku seorang pengguna kenderaan awam'.

Kadang-kadang je ai boleh naik bas rapid ni kalau en.somi sanggup ambik ai setakat jalan ipoh. kalau buatnya ai kena naik bas sampai rawang memang agak tertekan duduk dalam metro bas selama hampir 1 jam setengah. Seronoknya naik rapid adalah (amboi ayattt hahaha) kebarangkalian untuk berlaga boobs dan bums bersesama manusia sejagat 1 Asia yang lain adalah sangat rendah apatah lagi dapat melihat amukan seorang konduktor bas. Itu belum lagi kau tengok drama carutan antara konduktor dan orang cek tiket. Seram weh macam nak terjun bas.

Semalam ntah macam mana ai ternaik bas rapid untuk perempuan sahaja. Tak tahulah, ai yang ketinggalan zaman ke apa tapi sungguh rasa sesuatu di situ. Tapi yang hairannya tiket semalam dengan hari ini beza 9 kupang. Bas semalam mahal lagi tapi bukan ke harga tiket bas rapid ikut zon. Takpelah kot at least kurang sikit sexual harrassment dalam bas. eceh.

daa. . .
Published with Blogger-droid v1.6.8

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting