17 January 2011

Tanam & Jimat

* Sekarang ni memang susah nak cari tajuk bersesuaian. Baik pendek-pendek macam ni. Simple, Sweet & Gelimat.

***

Tak tahulah apa motif sebenarnya letak gambar pokok-pokok ini semua. Mungkin nak menunjuk-nunjuk tuan tanah rajin berkebun padahal yang tanam samada en.somi atau ayahanda atau bonda atau nenda atau maid ai. eh tapi ai mantan penanam cendawan tiram berjaya okk. Sampai tak lalu haku tengok lauk cendawan now ni.

Sungguh terharu dengan nenek ai itu, sanggup drive daripada Sg.Choh ke rumah semata-mata nak tanam serai untuk cucu. Walaupun sungguh kagum tapi sedikit kejam kerana membiarkan nenek yang dah 70 plus drive ke rumah untuk tanam  sayur (?). Tak sampai hati nak mintak tolong tanamkan bunga kantan. eh 

Ai bukan tak suka tanam tumbuhan boleh dimakan tapi ai lebih suka tanam bunga {gaya macam banyak sangat bunga} kerana impak kesedihan agak rendah akibat daripada tumbuhan tidak menjadi lalu putus harap untuk cut budget dapur.

Walaupun begitu, ai sangat berterima kasihlah kepada semua kerana rajin menanam dan syukur kepada Tuhan kerana banyak benda jugaklah dah lama tak beli kat kedai. Ambik je belakang rumah terus masuk periuk. Sedap ke tak sedap lauk belakang cerita. Boley gitu??

*

11_Photo0055

Tanaman 1 : Belimbing Besi

Penanam : mungkin bonda

Penerangan : baru semalam buat masak lemak ikan tongkol masuk belimbing besi. Masa tengah melebat haku tak kesah pun nak kaut. Bila dah gugur semua barulah terhegeh-hegeh mengutip.

Tips Pertanian : kalau nak rasa belimbing lebat macam stok pasar borong, silalah cabut semua daun-daun itu dan tinggalkan yang hujung-hujung saje. Lepas tu barulah belimbing tumbuh macam cendawan. eh? Cuci kuku sekarang pun main tonyoh dengan dengan belimbing besi je tau. {punyalah nak bagitau lebatnya buah dia}

 

Tanaman 2 : Pokok Kelapa

Penanam : Ai rasa masa projek bina kampung ni memang depa bagi sorang satulah kot sebab setiap rumah ada satu pokok kelapa.

Penerangan : gaya masak lemak tu macam tokey santan kelapa. Takde gaya kesedaran mengamalkan makan makanan sihat lansung. uols percaya tak kalau ai kata sekali mesin, stok kelapa parut paling koman 2 bulan. Sila percaya. :)

 

Tanaman 3 : Pokok Pisang

Penanam : Bonda dan ayahanda

Penerangan : dia ni hidup macam nak taknak je haku tengok. Kalau tak sebab mempergunakan daun pisang secara hebat dah lama haku bagi cadangan untuk dihapuskan. Tapi nanti kalau nak bakar ikan, siapa yang lelah-lelah pi kedai? Maakkk laki maakk jugak kan. Baik, jangan susahkan diri suami sendiri.

Tip Pertanian : Jangan tanam kawasan rendahnya ye kak non sebab kalau tanah lembab cenggitu ler rupa pokok pisangnya. Hidup segan mati tak mau.

 

 14_Photo0051

Tanaman 4 : Buah Kedondong

Penanam : ayahanda mungkin.

Penerangan : Ini lagi satu pokok ajaib. uols tengok macam kecik je kan tapi buah dia non-stop ok. Kami anak beranak sampai dah tak lalu nak makan kedondong. Buat jeruk, sudah. Buat masak lauk, sudah. Buat sedekah kat ulat je lah akhirnya.

 

Tanaman 5 : Pokok Serai

Penanam : Nenda

Penerangan : Nenek ai tanam sampai 5 pokok tahu. Tapi macam lambat je besor. Tak tahulah apa perangai yang tak kena.

 

Tanaman 6 : Nenas Madu

Penanam : Ayahanda

Penerangan : Aku rasa 10 tahun ada satu family tak beli nenas. Nenas ni ayah tanam keliling rumah dia masuk sekali keliling rumah ai. Silap haribulan kalau tengah semua keluar buah, tiap-tiap malam musang buat kenduri nenas kat laman rumah. 

   

15_Photo0052

Tanaman 7 : Pokok Manggis

Penanam : pasti 100%  ayahanda

Penerangan : Ini gamaknya lagi 10 tahun boleh makan buah dia. Semoga dipanjang umur. Amin.

 

Tanaman 8 : Ubi Kayu

Penanam : Maid

Penerangan : ya mungkin sebab jimat kos nak buat pecal mahupun lauk ayam penyet. Ini adalah cara terbaek. Bagus, jimat duit majikan. :P

 

Photo0054

Tanaman 9 : Kelapa Pandan

Penanam : en.somi

Penerangan : we all pow dari kampung sebab kat sini susah benor nak cari anak pokok kelapa pandan. uols jangan pandai-pandai pi parut buat santan pulak kelapa ni. Ini untuk minum je ok. hahaha memang berlagak padahal ai pun baru tahu masa 1st time minum air dia. Sedap ok rasa macam ada perisa/bau pandan. Masa bawak balik dari kampung ni.. ya rabbi berjanggut mak nak tunggu bila lah suami yang tercinta ada hati nak tanam. Jangan mati kering anak pokok sudah. Rasanya ada sebulan dok terpinggir sebelah nenas baru dapat masuk dalam tanah.

 

14_Photo0050

Tanaman 10 : Pokok Limau

Penanam : en.somi juga

Penerangan : Kalaulah pokok ni hidup, memang ajaib. Sujud syukur tak payah beli limau lagi. Kalau tengok dari segi saiz, entoh berapa tahun ler gamaknya mak boleh rasa limau air tangan suami. Ini laki mak campak je bijik limau yang biasa uols makan tu, haku ingat dia tanam apa tengok kosong je pasu ni mula-mula. Takde baja takde apa, eh suami haku tanam limau laaa… {tumpang kembang kuncup hidung sikit}

 

13_Photo0049

Tanaman 11 : Cili Hijau

Penanam : en.somi lagi

Penerangan : Ini pun main campak-campak bijik cili jugak katanyer.. Kalau macam ni title yang lebih seswai mungkin Campak & Tumbuh. ellehh baru 2 jenis dah eksyen.. {memang dengki sebab ai tanam apa pun tak jadi hahaha} Setakat pemerhatian selama ini, ia telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi keluarga sebanyak 4 bijik cili. Alhamdulillah, selamat duit haku 1 lauk.

 

Baik, cukup ini dulu. Minggu depan, kalau ai rajin round rumah lagi, ai snap lagi pokok-pokok lain. Banyak lagi ni. Letih weh hari ni menaip macam pegawai pertanian.

 

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting