05 February 2010

Saya Mahu Normal

Seronoknya berjaya install windows live writer macamlah buat entry berpuluh-puluh sebulan. Gigih nak buat satu hari satu pun rasa macam nak pengsan.. huhu.. suka taauu ekzejeret lebih-lebih macam ni :/

Bila masa tak nak menulis tu, memang sungguh tak nak menulis. Walaupun dalam kepala otak ni penuh ‘ooo esok aku nak cerita nilah’. Bila dah mengadap pc, memang tak mahu juga. Agaknya saya bukan pencerita yang baik hahaha kelakar *gelak syok sendiri* tapi kadang-kadang saya mahu menulis juga buat suka-suka.

*******

Sekarang ni kalau ikut perkiraan doktor, saya sudah masuk 31minggu. Rasa kejap pulak kali ni, ‘eh dah nak bersalin?’. Saya kemungkinan memilih 2hb. April untuk bersalin. owh.. mak sungguh nerbes kak non. Tak tahulah kenapa. Macam tak biasalah pulak dibelah perut eee ngeri pulak bila cakap macam tu.

Saya berbelah bagi sebenarnya sekarang ni. Semuanya gara-gara cerita kawan suami saya yang baru habis menuntut dengan ustaz harun din. Saya baru tahu rupa-rupanya memang ada kelas ambik sijil, diploma & degree untuk perubatan alternatif secara islam. kerr memang ramai orang dah tahu, saya saja yang ketinggalan zaman huhuhu abaikan..

Dia cerita, ada sorang perempuan ni nak bersalinkan anak yang ketiganya secara ceasarian. Semuanya c-sec, sampailah yang ketiga. Bila dah ketiga ni, dia dapatkan air selusuh daripada ustaz harun din sendiri. Bukan anak murid, memang ustaz harun din yang buat sendiri. Dia cerita lagi, ustaz pesan air selusuh tu hanya diminum pada masa hari nak bersalin, siap pesan mintak cakap kat doktor bagi masa 2 jam selepas minum. Kalau tak bersalin normal jugak dalam masa 2 jam tu, memang kena c-sec jugaklah gamaknya. Nak dijadikan cerita, dengan izin Allah, memang dia dapat bersalin normal kak non. waaaaahh.. best woh bila dengar cerita ni!!!

Best sebab saya teringin sangat nak bersalin normal.

SAYA MAHU BERSALIN NORMAL!!!

Saya yakin dengan perubatan alternatif secara Islam. Kalau betul cara gayanya, apa salahnya kita cubakan? Lagipun siapa tak kenal ustaz harun din. *konfiden ni sambil kembang-kembang muka macam Balqis kalau dia sungguh excited.

Jadinya, apa yang saya delima dilema sangatkan ini? oh..oh..oh.. tepuk dahi saya sikit!!

Kalau kita yakin, adakah kita harus lupakan kompilasi komplikasi lain?

Saya seperti kelihatan mereng bila mahu bertanyakan hal ini, lagi-lagi kepada doktor. Macam malu tak bertempat.

cuba..tak cuba..cuba..tak cuba..

Saya memang MAHU CUBA!!! tapi ada sesiapa ada pendapat lain tak untuk merungkai kemerengan delima dilema saya ini.

2 comments:

m-i-o said...

nyah, adakah ejaan 'delima' itu disengajakan?

dilema sungguh mak sampai baca 3-4x apa ke benda delima nya tu? i tot buah delima tau!

:P

akhirnya mak paham dan tak dilema lagi. hehe

Mrs Azarol said...

auww.. patutlah haku rasa semacam. weng sungguh.. biarkanlah begitu..

 

Template by Best Web Hosting