26 July 2013

5s : Ini La Yang Tak Berkenan

 
Sebelum blog mak ni betul-betul jadi blog hikayat ayam baiklah, I hari ini telah kembali ke pangkal jalan tajuk-tajuk yang pernah i dok bercerita before this.
 
 
Harap followers jangan lari, I masih seperti dulu. Siapalah saya tanpa ada di side bar. Eh.
Ok. Series sikit. "_____"
 
 
5s punya hal.
 
I bukan tak sokong dengan konsep 5s yang orang gomen suka nak ceduk dari jepun tu. Ikut takpe lagi sebab in a such way 5s ni akan train positif habit to the staffs tapi yang I dok perati projek 5s ni selalu overly done.
 
Recently, I tengok depa dah buat 5s sikit-sikit kt ofis termasuklah 5s dalam toilet and pantry. I ni bukanlah 100% gov servant tapi you know lah kan memang ada wujud orang yang suka nak tiru tiru idea orang lain yang dikatakan hebat dan efisen. I awal awal lagi tak nak masuk campur sebab i tahu at the end I mesti tertekan tak tentu pasal. Daripada haku tertekan dengan benda-benda macam ni baiklah i tertekan bagaimana nak memberi keselesaan abadi kepada kehidupan ayam-ayam ku itu.
Sila lihat, digest and think.
 
 
 
 
Balqis tanya kenapa tampal semua ni mama? Balqis tahulah ini tong sampah.
I jawab, "entahlah Balqis, ada orang ingat ni tong air kot."
 
 
Kak Non dalam toilet tu hanya ada SATU tong sampah, SATU bekas sabun, SATU pengering automatik. Dia macam nilah, seolah-olah atas work desk I ada satu je mouse yang memang sah I punya, lepas tu I pun letak la label kt atas mouse tu 'Tetikus'. What the hey is that? I tak kenal mouse kah? Or am I degrading myself into..... err what? UPSR level? Heee you knowlah, nak cakap lebih-lebih kang susah nanti ada orang terasa la, pengerusi 5s mengamuk la, kata kita pandai sangat la. Lagipun ini isu nasionalis ok. Semua satu negara dah pi kursus 5s kan. '_____'
 
Melainkanlah atas meja I tu ada 10 mouse. Lepas tu ada pulak satu mamat ni nak pinjam mouse i so senang I akan kata, ok kau boleh pinjam mouse nombor 3, 4 & 5 je. Mouse lain aku nak pakai. Bab ni kalau kau nak label sebesar alam pun I rasa takde isu sebab dia akan senangkan diri sendiri dan orang lain.
 
 
Hover sangat I ada 10 mouse kan.. oklah kita bagi contoh suiz lampu. Katalah kat dinding ofis kita tu ada 15 suiz lampu. Jenuh kak non nak cari yang mana satu suiz lampu bilik mak. So, projek 5s nilah yang boleh tolong selesaikan kemeroyanan mak di pagi hari. Ini pun nak kena hantar pi kursus kaaa?.. jangan tanyaaaa, kang kena boikot. haha
 
 
Walau macam mana pun ada juga label yang I setuju ditampal. Even tho it looks funny but I boleh la pejam mata terima for the sake of 5s.


 
Label for sink sebab we have 2 washing basin here. Katalah I nk bagi arahan pada Balqis dari dalam toilet, "Balqis basuh tangan kat sink 1 ok. Sink 2 tu rosak".


 
Label untuk jenis toilet. heee. Senang la ni agaknya tak payah selak pintu nak tengok kat dalam.
 
All in all, I think 5s ni banyak ke logical thinking. Kalau biasa nak rumah kemas, organize, bersih, you can do the same thing la kan kat ofis. Maybe kalau kat rumah you kena recognize yang mana satu yang sesuai letak label atau tak and so on. Or otherwise, you ada masalah hoarding things or tak kisah dengan tahap kebersihan sampai layak ada channel khas astro. ok ini geli ngeri.
 
 
I don't know about other staffs? I mean yang bukan jawatankuasa yang hanya akan lihat dan ikut. I kuat complain sebab hey guys this is not a bakery. I dont sugar coat everything. You ask my opinion haa tahanlah apa i nak cakap kan.
 
I buat jugak 5s in my department but I do in my style. I should posting some pictures la bila dah siap. Yep, I will get it when its done.
 
 
hah! Thats my 5s punya cerita. Sedikit emo. Biasalah orang selangor cuti hari ini, kita sebab ofis di kl so kena kerja. Tiba-tiba rasa tertekan di situ siap plan nak balik awal hari ini. Ini contoh pekerja cemerlang malang namanya.
 
 
Harapnya uolls get the point apa yang I emo hari ini. Bukan nak gaduh der. Ini perkongsian minda kononnya. Haha
 
 
Hidup 5s!

25 July 2013

Ayam Lagi

 
Sekarang ni kan cerita ayam je kak non. Almaklumlah tengah gila excited ada anak ayam kat rumah.
 
Semalam ahkak jumpa website backyardchickens.com untuk panduan jaga ayam belakang rumah katernyer. So far lepas baru dapat baca sikit sikit kira baguslah website ni kan. Tapi itulah kak non depa ni kan biasalah kalau buat satu satu benda memang bersungguh-sungguh mendalami jadi ahkak agak tertekan di situ. Gila cerewet nak bela ayam. Baru berangan-angan nak tambah spesis ayam belanda haha
 
 
Tertekan tetap tertekan, jadi ahli tatap jadi ahli. Pencinta ayam kononnya.
 
Anyways, balik semalam I tengok ayam sedikit kelaparan. Kesian kena puasa jugak gamaknya. Takde orang tolong bagi makan ler tu. Tapi lepas makan sekejap terus mengantuk uolls. Tak pernah tengok anak ayam mengantuk. Series memang comel sangat macam budak tersengguk-sengguk menahan ngantuk.
 
Satu problem yang perlu ditangani segera sekarang adalah problem lalat. Nampaknya kena tambah kerja lepas ni kena cuci chicken poop pulak. Ahkak ok kak non tapi yang seramnya bukan bab poop tapi bab mak ayamnya. Sekarang still duduk dengan anak dia. We all tak separate kan lagi. So, hal nak mengadap mak ayam garang tak hengat ni la yang buat ahkak seram sejuk.
 
 
 
 
 
Masa ni baru hari pertama telor ayam dah menetas sepenuhnya dan first time mak ayam bawak anak dia berjalan-jalan. Jalan punya punya, longkang ni jugaklah yang dia nak duduk. Kitaorang dah risau, kang ada pulaklah yang tak sempat besar ni. Awal-awal ni bukannya boleh kena air, sejuk sikit terus innalillah. Maka inilah rupanya penyelamat ayam sejati. Apa motip pakai tangguk ikan idokler ahkak tanya kak non nanti kena suruh buat sendiri, siapa nak jawab.


Oklah ahkak nak pi menyembang dengan geng geng pencinta ayam sat. Esok sambung cerita ayam lagi.


Kena tukar header rasanya ni, dari cerita ceriti ke hikayat sang ayam. '___'


23 July 2013

Cerita Balqis Puasa

Cerita Balqis puasa idokler tertekan sangat. Tertekan pada maklah sebab kami setuju budak umur 7 tahun apalah yang terdaya sangat lagipun tak wajib lagi atas diorang bagi puasa penuh.

I dulu tak ingat darjah berapa baru start nak puasa penuh. Tak ingat sangat. Yang ingat bulan puasa memang enjoy. Ikut nenek pi terawih kat surau dengan berbekalkan plastik kosong. Habis je terawih tapau moreh kasi habis. Sampaikan kuih sendiri yang bawak ke surau pun angkut sekali. Ntah apa-apa ntah. Tau nak bedal je. Masa tu takde lah pulak rasa tertekan kena paksa puasa bagi penuh macam budak-budak sekarang ni. Ikutlah pendapat masing-masing macam mana nak train anak puasa kan. Asalkan dah wajib nanti jangan ponteng puasa sudah. Itu memang la nak kena.

Setakat hari ni rasa ada la 5 hari kot puasa penuh satu hari. Bulan puasa ni Balqis sekolah sampai kul 2 petang je. Kalau dah duduk rumah apa lagi yang nak dibuat kalau tak mencari makanan.

Balik dari sekolah 1st day puasa hari tu, Balqis bawak balik tunjukkan list tarikh yang dia akan puasa. Advance betul, mak dia baru nak buatkan dia dah buat siap2 kat sekolah. Itu baru tanda satu sebab baru 1st day.

Masa ni semangat lagi konon dapat puasa. Masuk hari kedua dah pancit. Sahur memang tak tinggal. Kadang2 kalah orang puasa. Belajar bangun sahur pun dah kira ok la Nak. Janji tau sekarang bulan puasa.

Semalam dapat puasa sebab balik sekolah tak balik terus. Singgah ofis I sebab kononnya nak pi beli baju kurung. Dia punya melepet memang semacam.

Hari ni tak tahulah apa cerita. Harap harap puasa lah anak ku itu.

Kami Suka Ayam

Dengar cerita ayam mahal sekarang sampai rm9 sekilo! Mahal sangat tu. Paling kurang pun kalau ayam kurus kenalah jugak rm15. Nak ayam gemok sikit mungkin mau rm20 hengget.
Kalau nak mogok raya tahun ni nak tukar rendang ayam ke rendang kerang pun tak mampu kak non. Kerang buat perangai juga, sekilo sampai rm8. Merepek, baik beli ayam!
Baik.
Setelah kehilangan Ben tempohari, baru kami sedar hidup kami tak berapa nak ceria tanpa ayam di rumah. wah wah kemain statement melampau ini ;)
Tapi memang betul. Tak dengar kokok ayam pagi pagi macam tak pagi. eh. Padahal membuta pagi hari sampai tak dengar pun bunyi ayam.
Bukan saja kami terkesan di atas kehilangan ini tapi mak I pun sedih sebab tak nampak dah ayam kat keliling rumah. Mengamuk pagi pagi ayam berak depan porch rumah pun nak jugak masuk dalam ini drama. hover la tu. haha
Atas kesengsaraan kami sekeluarga ini, nenek i dengan rajinnya drive sorang sorang dari kampung telah membawa sekor ayam. Iyelah walaupun kampung I tak jauh sangat dalam 30 minit tapi nenek i sungguh gigih. Terlalu kagum di situ. Tapi ayam itu bukan free kak non. Sepoloh hengget masuk buku ok.
Tadaaaa....
Belum ada nama walaupun dah agak lama bermastautin kat rumah kami. Dari kurus sekarang dah gemok. Ini memang spesis hero kampung tapi tak nak kalah tidur dalam kandang kucing. Tak nak tempat lain. Konon nak bagi nama John tapi sebab badan tu sedikit desa macam tak sesuai dengan ketrampilan diri. Siapa ada idea nak bagi nama, silalah cadang. Mak hayam dah buntu ketika ini. "___"
Lepas dia datang, tiba tiba ada lagi dua ekor ayam betina datang dok menempel kat rumah kami. Tak tahu dari mana. Alamat kalau beranak pinak takut akan jadi perebutan jiran tetangga. Luahan kata suamiku di suatu pagi. Lantas sang isteri bersuara "ahh dah bertelor kat rumah kita, kitalah punya". Ibarat seperti heroin Kampung Dusun lagaknya. Si suami mengangguk tanda setuju.
Sayugia, dengan bangganya kami memperkenalkan ahli baru keluarga kami...
Now, we have 1 rooster, 2 hens and 9 chicks!!!
The whole family dari nenek ke anak ke cucu ke maid semua excited dengan family baru ini ok. Very excited!! Orang lain shopping beli baju raya, mak pi kedai cari gadget bersesuaian untuk haiwan tercinta. Barulah tahu makanan ayam ada banyak jenis rupanya..heeee
Hari Sabtu jam 2 petang matahari tegak atas kepala, kami berdaya saing bersungguh-sungguh mengerjakan reban ayam express ini.
Kandang ini banyak simpan sejarah. Dari membela iguana sampai ke membela ular. Ya, U.L.A.R. Pernah jugak membela burung dan sekarang mak bela ayam. Ok, I punya ayam je ok. Haiwan lain tu semua memang binatang kesayangan adik bongsu yang sudah kahwin itu. Dia memang pelik. Sila abaikan.
Setelah meng adjust sikit sikit maka hiduplah ayam itu anak beranak dalam reban ayam yang tak seberapa. Ini adalah reban temporary sahaja sebab we have another good plan for them. Now, bagi anak-anak dia dapat hidup sampai besar sikit. Kalau di biar mau la kena hadap dengan kucing. Ohh tak boleh bayang kak non.
Baik. Itulah cerita ayam hari ini. Banyak lagi sebenarnya but I save it for another post. Last but not least, here our 'express' chicken coop. :)

10 July 2013

Randomness

Yep. 1st day of ramadhan.

Cubaan untuk tidur awal malam tadi tidak berjaya. Percaya atau tidak I selalu boleh masuk tidur paling awal jam 12 malam. Tak tahu apa yang dibuat tapi itulah rutinnya. So, malam tadi hanya berjaya masuk bilik jam 11 malam. Bila sorang-sorang kejap nak air, kejap nak pi toilet, kejap nak itu ini, 1130 mlm jugak semua orang baru senyap. Memang tak sedar hubs balik dari tengok tempat projek car wash dia jam 1230 malam. Memang tidur mati.

Apa pun i managed to get up at 430am untuk siapkan sahur. Panas lauk la, buat french toast la tapi satu pun tak bersentuh. I la sorang-sorang layan milo panas penuh syahdu. Memang pesen kat rumah ni takde siapa yang lalu nak bangun sahur dari dulu. Paling rajin pun makan kurma 2-3 ketul dengan air milo.

Balqis masa weekdays tidur rumah sebelah - rumah neneknya. Maid kata dia bangun tapi makan cereal tak makan nasi. Haraplah dia dapat bertahan hari ni. And we got a memo dari sekolah and depa kata school session dipendekkan dari 345pm kepada 215pm. haish lama lagi tu nak berbuka, jangan menangis mintak makan sudah.

Nak ambik angin sempena 1st day puasa, makanya mak pun gedik-gedik sarung abaya pi ofis hari ni. Ya. Saya pakai stoking. Entah kenapa sejuk melampau ofis hari ini.

08 July 2013

RIP : Ben. Our Most Favorite Pet.

Ok. Tajuk memang tak nak kalah.
He's still missing. I tahu dia memang telah hilang buat selama-lamanya. Samaada secara tiba-tiba mengalami alzheimer tak jumpa jalan pulang atau hayatnya berakhir di kuali rumah orang.
The End.
Tapi my feelings kuat kata it was not a happy ending. Poor Ben.
Mak memang emo uolls. Apa nak buat. -___-'
Dia sangat comel.
Ok..ok. Dia katik tapi comel.
Ben - You will be missed.

Salam Ramadhan

How's your weekend?

Mine is preety busy macam biasalah and extra letih bila maid balik cuti minggu. Hari Sabtu sempat pi shopping sekejap and it was an unplanned activiti. Hubs suddenly ajak pi beli baju raya anak-anak apa lagi memang zasss siap cepat terus keluar. Dapat settle kan sikit before nak puasa pun dah ok..almaklumlah rakyat sedikit ramai tak boleh last minit kang mak pancit.

Hari Ahad seharian duduk rumah mengemas almari baju budak-budak sorting out yang mana boleh hands down kepada yang kecik dan yang mana boleh jadi kain buruk. Tiada istilah jual barang preloved kak non sebab prinsip keluarga adalah pakai sampai lunyai kekdahnya :)

Baik.

Lusa sudah masuk bulan Ramadhan dan nampaknya rutin schedule kena adjust sedikit. Tahun ini first time for Balqis puasa kat sekolah. I hope she can survive haha. Her school session ends at 4pm. Sampai rumah selalu paling awal pun at 5 pm. Kalau tak tahan sangat pun tak kan nak bukak puasa lagi 2 jam nak berbuka. Tak tahulah macam mana ni. Kita tengoklah nanti.

Maybe I salah jugak sebab tak pernah nak paksa ajar dia puasa penuh. Telling you the truth I memang kagum pada anak-anak uolls yang dapat puasa penuh. I am so sorry Balqis.

Bad me. Bad mom. Boo!

Alrighty, wish me luck eh macam mana nak handle puasa Balqis nanti. And to all of you guys, Salam Ramadhan!

04 July 2013

Hai Blog!

Whoa! 4 bulan... 4 bulan menyepi diri. Terima kasih kepada instagram..pinterest..houzz dan ntah apa apa yang lain kerana semua ini.. sigh.

Hai semua.

Hai new follower(s) :)

Us on our way to port dickson. This photo was taken on last Saturday.

Yep. Susah betul nak tunggu everyone can sit nicely at one place. Terima kasih kepada cuaca super panas sampai masing-masing tak nak masuk kereta. Me dengan super pantas terus snap gambar mengabadikan gambar ini..ewah!

Semalam hampir seharian I berada di court dan sempat buat sesuatu yang teringin lama sangat nak buat.

Ya. My own blog planner. Kita lihat dan tunggu sama ada plan ini menjadi atau tidak. ;)

Oh ok. Ada reader tanya sama ada I dah jumpa belum chesterfield itu?

Satu. You can find it at SSF Home Decor. Selection tak banyak sangat and good news for you is depa guna fabrik. For me its too cute for not having one of them especially kalau you suka shabby style. Dan chesterfield depa sedikit kecil. Cuba tengok dulu kot ada yang berkenan di hati.

Dua. It happened to be my husband's client. Dia buka kedai perabot di Seksyen 19, Shah Alam. You boleh google Comellottee Design. Kedai dia offers leather Chesterfield at cheaper price. I mean cheaper than yang jual di kedai yang ada nama. They also can custom for you and cuba tanya kot boleh guna fabrik kan. I myself dah tengok sendiri their products - Bumiputera uolls. I'm quite impressed and teruja. Dalam hati sudah ada taman yang berkenan. :)

Hope this will help.

daa
 

Template by Best Web Hosting