ok, mula-mula ( macam comel je word ‘mula-mula’ ) nak bagitau sewa snorkeling gear untuk satu hari adalah 15 hengget jeww. Bukan rm25 seperti yang diwar-warkan. Tapi kalau malas hantar silalah buat-buat lupa, hantar esok harinya je, takpe tak payah bayar xtra pun. Cakap ai yang bagitau hahaha buat-buat lawak sekejap.
Rasa tak berapa best sebenarnya hari ni pi kerja. Bila pulak pi kerja rasa best. Tapi apakan daya, pi jugaklah. Kang ai mogok, ai jugak yang kena buat kerja bukannya orang lain. Buang karan je kann.
Mogok tak mogok, update tetap update. Apa kes cerita separuh jalan, tak menikmati langsung. So, hari ni cerita hari kedua yang dipenuhi aktiviti snorkeling. Dari jam 830 pagi sampai 1 petang. Gamaknya kulit jadi hitam manis gitu – jangan lupa bawa sunblock. ellehhh kemain bersungguh-sunguh beli sunblock tapi pakainya tidak. Dah nak balik baru beria-ria tenyeh kat anak.
Apa pun perut kena isi dulu. Si kecil baju baju oren itu ai tak bawaklah pi snorkeling. Bukannya paham apa-apa pun. Lagipun batuk teruk dengan selsema. adoi kesian betul dia, orang syok cuti dia kong kong kong tak berhenti.
Bagus staff si hidayah ni, jaga anak-anak ai sungguh rajin muehehehe Kiranya mak ada dua orang caretaker ler hari tu. Maid jaga Adelia & Delisya, hidayah jaga Balqis & Hazzim. Budak-budak ni pun dengan maid tidur sebilik dengan dia. Rajin makan melayan Balqis. =p
Biasaaaaa… kitaorang memang selalu comel hover macam ni =p
Masing-masing excited nak pi snorkeling. First time pi snorkeling kat Pulau Pangkor. hamboiiii gayat betul masa tu dengan gelabah mana nak kontrol badan mana nak nafas mana nak tengok ikan. Sekarang dah pro meh.. no more gelabah. eceh
mak ai memang sentiasa excited.
Group photo.
Pagi tu ada 4 groups yang tunggu boat sebab tu ramai sangat dekat jeti. Itu belum campur group yang nak pi scuba. Ini bukan cuti sekolah. Bayangkan kalau pi hari cuti sekolah.. eeee memang mak takdelah nak pi holiday time cuti sekolah.
Sorang baru kahwin. Sorang anak tiga tapi tak bawak anak. Dua-dua honeymoon. Elok sangat lah.
Hazzim memang jenis seriau sikit :)
Kami group yang keempat dan boat tu disusun rapat-rapat ketengah laut. So, kami kena melangkah 3 buah boat untuk sampai ke boat kami. Nak bawak budak kecil, kena hati-hati uollss.
Moi with my only bujang :)
kedebush.. kedebush… semangat tak hengat.
4 meter dalam. turun.. tak turun..
Second stop – Pusat Taman Laut Pulau Tioman. Ini memang best sebab ada pantai so budak-budak boleh mandi tak takut macam tengah laut tadi. Ikan ya tuhan besor-besor, rasa nak bawak balik buat bakar malam nanti.
Balqis dengan air memang tak boleh dipisahkan. Naik legam anak dara sorang ni.
Seronok apa ntah mak ai menyembang dengan depa ni. Nak kata tadi terjun laut tak terjun pun. mace-mace ler.
Group photo. Again.
Dalam pakej dari Taman Laut tadi kena terus balik ke Paya terus sebenarnya tapi kautim sikit dengan orang boat dan tambah rm150, depa bawak ke Kampung Tekek. Kat sini tempat shopping murah sikit katanya. Ala bukan shopping apa pun, takat beli t-shirt dengan fridge magnet tu aja. Tapi ai tengok takdelah murah mana pun. Setakat nak beli seketol dua boleh je beli dekat Paya.
First time tengok kelawar banyak atas pokok mangga. PENUH. ye la selama ni macam kalau nak tengok pun dalam gua kan. Ini atas kepala je senah. geli.
Lepas shopping terus balik ke Paya dalam setengah jam. Lunch, rehat sekejap, jam 5 petang turun lagi. Ingatkan nak buat sukaneka untuk budak-budak. Akhirnya budak-budak ntah ke mana mak pak budak yang beria main.
Malam kami ada BBQ prepared by Beach Club. Sedap lah – ada chinese style sikit.
Habis makan terus sambung balik agenda sukaneka yang tak jadi buat petang tadi. Bersemangat betul Balqis & The Geng kutip hadiah. Padahal memang berapa orang je pun budaknya. Memang sorang-sorang angkut hadiah balik macam nak rak. Ini semua kerja si hidayah tu la.
Staff pun ada cabutan bertuah. Konon la buat ala-ala cabutan bertuah. Padahal semua orang dapat hadiah sorang satu. ai yang pi borong kat Houz Depot hari tu. Alah biasalah barang dapur je semua muehehe.
End of second day at Tioman. Esok pulak sambung final day. Gue nak balik. eh
First Day at Tioman - The Adventures – click here
Fisrt Day at Tioman – click here
daaa
0 comments:
Post a Comment