09 July 2012

Apa yang susah Sangat Nak letak Tajuk Hari Ini?

haaa payah sangat, ai letak terus jadi tajuk =p

 

wow selama ini macam redho je dapat arkitek lemau. Bila ketuk baru nampak kerja. Tapi bila kontraktor comel ai adalah sangat aktif super efisien maka ohh baru sadar diri ye laaa memang arkitek ku lemau –____-"

 

Letih okeh bila arkitek ai call Jumaat lepas konon-konon nak bagitau penuh semangat plan rumah dah lulus. Rupa-rupanya yang ai tak tahu kontraktor sebenarnya awal-awal lagi dah call hubs bagitau yang plan rumah kami dah lulus 6 Jun lepas lagi. Lepas tu kontraktor pulak yang pi update kat arkitek bagitau plan rumah dah lulus. Boleeyy??

 

Cuba bayangkan kalau ai & kontraktor menunggu laaaa berita dari mps/arkitek ni, mahu tahun depan la gamaknya baru nampak tiang rumah weh. So, kesnya ni - MPS buat kerja, arkitek ahkaaakk  jugak yang tak buat kerja. nanges.

 

ok itu cerita rumah.

 

Kunun-kunun  plan nak pi Kuala Gandah bermesra bersama gajah tak jadi akhirnya. Satu, sebab salah ai tak teringat yang weekend tu adalah last weekend cuti sekolah. Memang cari penyakit kalau hari Ahad baru nak keluar dari karak highway. Karang tengok gajah baru 3 jam, dalam kereta 3 hari. Jalan-jalan cari pasal namanya jemah.

 

So, berangkat pulanglah kami anak beranak selepas makan kenduri hari Sabtu itu. Asal plan nak stay kat Temerloh hari Sabtu, hari Ahad baru gerak balik dan singgah di Kuala Gandah. Tapi apakan daya. Kesian kat budak-budak, cerita kat depa nak tengok gajah kemain sampai seminggu. Nak buat macam mana kan, mak pun kadang-kadang lemau jugak Nak :P

 

Nak pujuk anak-anak jugak, kami singgah kejap dekat Lipur Lentang. Tepi jalan je so, bolehlah bawak anak mandi sekejap. Baru dua kali datang sini. Suka pi sini, sungainya lebar dan tak dalam sangat. Sesuai la bawak budak-budak mandi. Pasir sungai tak kasar sangat and air pun cantik jugak.  Apa pun taklah rasa macam mandi air longkang sangat macam kat hulu langat. eh. hahahaha sori siapa yang suka pi mandi kat hulu langat tapi ai memang ada pengalaman tak best kat sana dan air longkang sungai kat sana memang bukan pilihan hati kami sekeluarga. eceh.

 

601093_4133695627368_337294238_n[1]

 

Gambar banyak dalam camera, seperti biasa diri ini yang buat-buat busy memanjang memang tak sempat-sempat nak transfer ke computer. Ini pun snap from hubs’s ipong – terang pulak kan? – dan ai ambik dari fb. Nampak tak kelebaran sungai? ya, memang lebar senah. Jangan ragu.

 

Percaya tak percaya cuti sekolah 2 minggu, ini jelah tempat yang kami bawak budak-budak berjalan. ai suka hubs’s idea yang tak suka pi jalan-jalan masa cuti sekolah. Satu, malas nak bersesak-sesak dengan manusia lain. Dua, ai cheapskate uols, harga hotel masa cuti sekolah mahal hahaha

 

daaa

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting