Selepas sukaneka malam kedua, semua orang masih duduk lepak lepak di Beach Club. Masing-masing nak tunjuk skill billiard padahal skill apa pun takde. Biasalah benda ada depan mata selagi free bedal saja. eh eh tak free lah. Satu game 3 ringgit.
ai tak joint. Sebenarnya memang nak join tapi tersangkut dalam bilik lalu terus tidor =p Konon lepas susukan Adelia nak turun balik tapi lepas mengamuk mengamuk dengan budak-budak ni tak basuh badan terus tukar baju tidor, ai yang terus tidor. Sebenarnya nak marahkan maid ai tu, boleh je selamba suruh budak-budak terus tukar baju tidor lepas main pasir masa sukaneka tadi. Tapi tulah malas ah nak cakap benda-benda macam ni. Nak kata penat nak layan budak bukannya buat kerja rumah pun kan. Potong mood bercuti betul malam tu. Spoil tahu.
Baik, baik. Stop drama.
Hari ketiga adalah hari yang paling cantik view dia. Pagi-pagi lepas breakfast terus pi mandi laut. Baru terasa lautnya landai ke tengah and makin ketengah makin lembut pasir dia. Memang syiok uolls.
Yang tak seronoknya di sini kena check out jam 10 pagi. adoi 10 pagi weh. mana la nak sempat nak bergumbira lebih lebih pagi tu tapi kami selamba 10 pagi pun masih kat laut lagi. Sudahlah datang ke sini punyalah jauh, lepas tu nak keluar awal pulak. Memang jangan haraplah.
Jam 11 lebih baru masing-masing keluar bilik dan semua orang pun berlonggoklah depan pantai mengadap laut. Nasiblah laut tu cantik, mau nya kalau macam PD, memang nanges la kat situ nak tunggu feri balik jam 2 petang.
My Wan, Adelia & staff
Almost 95% gambar-gambar ni ai yang shoot. Konon dah habis seni la ni kan. ai need new lense la Bie. ewah tetiba.
Kami lunch dulu lepas terlalu lama lepak depan pantai. Lunch di kedai yang sama. Kali ni tunggu lebih lamaaa compared masa awal awal sampai.
*
Ragam Balqis
Lepas duduk lama di kedai makan pindah lagi duduk di jeti. Lagi berangin dan tak panas sangat. Sambil-sambil tu seronok bagi roti kat ikan.
Duduk santai-santai
Tiket feri untuk dewasa rm 25 sehala, untuk kanak-kanak rm20 sehala. Beza 5 hengget jew. ceh. Tiada tiket untuk warga emas ye, harap maklum. Tak mesra pelancongan namanya.
haih sepet ke tak sepet mata anak dara sorang ni.
ok, itu sahaja for now untuk Pulau Tioman. Memang teringin nak pergi lagi kalau ada rezeki. Berbaloi jalan jauh sampai 7 jam hohoho
daaaaaa
0 comments:
Post a Comment